omniture

Pemasangan Bumbung BiOPV Terbesar Dunia Gunakan HeliaSol® Heliatek

Heliatek
2017-11-16 05:06 620

LA ROCHELLE, Perancis, 16 November 2017 /PRNewswire/ --

Hari ini, ENGIE, Heliatek dan Jabatan Charentes-Maritimes merasmikan pemasangan BiOPV pada bumbung yang terbesar di dunia. Filem solar Heliatek yang berukuran 500 m² itu dipasang pada bumbung sekolah menengah "Pierre Mendes France" di La Rochelle, Perancis. Dengan 3 panjang berbeza iaitu 2, 4 dan 5.7 meter, hampir 400 filem diaplikasikan dalam masa yang mencatat rekod. Hasilnya ialah BiOPV terbesar – Bangunan Fotovolta Organik bersepadu – pemasangan bumbung, seluruh dunia setakat ini, dan menjadi bukti betapa mudah dan pantas filem solar ini boleh dipasang.

generated by system

generated by system

Filem "sedia digunakan" HeliaSol® Heliatek digunakan bagi pemasangan bumbung buat pertama kalinya. Dengan pelekat kendiri bahagian belakang dan pendawaian yang diprakonfigurasi, HeliaSol® dipasang terus pada permukaan bumbung sedia ada dan hanya perlu disambungkan dengan bekalan elektrik. Dengan mengambil kira masa persediaan, 6 individu hanya memerlukan 8 jam untuk memasang 500m² HeliaSol® memandangkan pemasangan hanya memerlukan lebih 2 minit bagi setiap filem. Dengan kuasa dipasang sebanyak 22.5 kWp, kira-kira 23.8 MWh akan dijana setiap tahun, mewakili kira-kira 15% permintaan bekalan elektrik sekolah.

HeliaSol® ialah penyelesaian produk solar "sedia digunakan" untuk pasaran penaiktarafan permukaan bumbung dan permukaan bangunan. HeliaSol® sesuai untuk semua projek pengubahsuaian yang menjimatkan tenaga yang mana kekangan terhadap berat, statik, akses, penebat, jaminan atau penembusan bumbung memainkan peranan penting dalam pemilihan produk. Pemasangan Perancis ini merupakan langkah pertama dalam membuat persiapan bagi menembusi pasaran umum.

Heliatek menjangkakan pembangunan pasaran dan peningkatan keperluan untuk menggabungkan permukaan sedia ada ke dalam sistem tenaga bangunan. "Bumbung ringan, yang biasanya tidak membenarkan teknologi PV standard, kini dapat menghasilkan bekalan elektrik mesra alam menerusi HeliaSol® kami. Hasil sokongan rakan kongsi mantap kami dan pelabur ENGIE, kami berupaya merealisasikan projek menarik ini dengan pantas," kata Thibaud Le Séguillon, Ketua Pegawai Eksekutif Heliatek.

ENGIE memikul peranan utama dalam proses transformasi sektor tenaga. "Tenaga boleh diperbaharui merupakan bahagian penting dalam strategi penyahkarbonan, pemencaran serta pendigitan tenaga kami. Hampir separuh daripada penggunaan tenaga adalah daripada sektor bangunan. Bangunan yang sebelum ini tidak boleh digunakan untuk penghasilan tenaga akan berupaya untuk menampung keperluan bekalan elektrik mereka sendiri. Dengan teknologi Heliatek, mereka akan menyumbang kepada bekalan terpencar dan juga bekalan tenaga mesra alam," kata Isabelle Kocher, Ketua Pegawai Eksekutif ENGIE.

http://www.engie.com

http://www.heliatek.com

Maklumat Perhubungan Media:
Kathleen Walter
Tel: +49 351213034421;
kathleen.walter@heliatek.com  

HeliaSol dan HeliaFilm ialah tanda dagangan berdaftar Heliatek GmbH.

Source: Heliatek
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Utilities