omniture

Pameran Canton Cari Rakan Kongsi dengan Rasa Tanggungjawab kepada Palang Merah

Pameran Canton
2017-11-29 01:22 819

GUANGZHOU, China, 29 November 2017 /PRNewswire/ -- Pameran Import dan Eksport China ke 122 (Pameran Canton) telah bekerjasama dengan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) dan menjadi tuan rumah kepada acara istimewa, Hari Perolehan Pameran Canton dengan Bangsa-bangsa Bersatu dan Organisasi Antarabangsa - Produk Industri Ringan, untuk mencari rakan kongsi berpotensi yang memiliki rasa tanggungjawab kepada ICRC melalui platform Pameran Canton. Acara ini bertujuan untuk menghubungkan ICRC dan organisasi yang berkaitan daripada Bangsa-bangsa Bersatu dengan syarikat-syarikat yang mengeluarkan produk industri ringan dengan pengaruh Pameran Canton.

Marie Otaegui, Pengurus Penyumberan Asia ICRC memperkenalkan proses memilih rakan kongsi ICRC di acara ini:

  • ICRC akan melihat kualiti dan pengurusan persekitaran syarikat, dan bagaimana ia memenuhi spesifikasi ICRC;
  • Pensijilan ISO merupakan standard penting; syarikat-syarikat yang mengeluarkan banyak sampah-sarap dan sisa toksik, serta yang dibina berdekatan kawasan kediaman, tidak akan dipertimbangkan;
  • ICRC juga menilai keadaan kerja di kilang-kilang, termasuk sekiranya kilang-kilang ini menggunakan buruh kanak-kanak.
Marie Otaegui, Asia Sourcing Manager of the International Committee of the Red Cross, introduced the ICRC’s process of choosing partners at the 122nd Canton Fair.
Marie Otaegui, Asia Sourcing Manager of the International Committee of the Red Cross, introduced the ICRC’s process of choosing partners at the 122nd Canton Fair.

Untuk menyemak proses perolehan penuh dan senarai inventori, sila lawati laman sesawang rasmi ICRC: https://www.icrc.org/en/doing-business-with-icrc 

Organisasi amal antarabangsa yang terkenal, ICRC menyediakan perlindungan dan bantuan kemanusiaan kepada mangsa peperangan dan konflik bersenjata. ICRC banyak mengambil sumber daripada keluaran industri ringan seperti bahan untuk kejuruteraan sivil/pemulihan, kabel dan aksesori elektrik, paip HDPE untuk bekalan air, kelengkapan, dan banyak lagi, dan mempunyai standard tinggi apabila memilih rakan kongsi termasuk tugas-tugas tanggungjawab sosial yang ketat selain daripada kriteria kualiti dan harga.

Alan Liu, Naib Pengarah Pejabat Hal Ehwal Luar Negeri Pameran Canton, menyatakan bahawa keperluan kepada tanggungjawab sosial ialah salah satu daripada sebab-sebab mengapa ICRC memilih Pameran Canton sebagai platfrom rakan kongsi. "Pameran Canton sentiasa mempertimbangkan tanggungjawab sosial sebagai salah satu daripada keperluan teras apabila membuat penilaian tentang pameran. Kami menilai para pempamer dengan ketat dari sudut kelayakan, kualiti produk dan integriti," kata Liu. "Kami percaya ada banyak lagi benda yang lebih berharga berdasarkan kualiti."

Latar Belakang Pameran Canton

Pameran Import dan Eksport China telah diadakan dua kali setahun di Guangzhou sejak 1957. Ia merupakan pameran terbesar dengan pelbagai barisan produk yang paling luas, pilihan pembeli paling pelbagai dan perolehan perniagaan tertinggi di China

Lawati http://www.cantonfair.org.cn/en/index.aspx 

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171127/2000892-1

 

Source: Pameran Canton
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics Corporate Social Responsibility Trade show news