omniture

Bond No. 9 kini memuncak di Harrods, menuju ke Salon de Parfums di tingkat 6 untuk menawarkan koleksi haruman berfokuskan New York yang terkenal dalam suasana layanan istimewa VIP yang intim dan ultra-mewah

Bond No. 9 New York
2017-11-29 22:37 511

Bersedialah untuk mengalami keajaiban

NEW YORK, 29 November 2017 /PRNewswire/ -- Selama lebih 10 tahun, Bond No. 9 yang berpangkalan di New York telah meraih kejayaan besar yang berterusan di seberang laut di London, secara khususnya di tingkat utama institusi runcit paling ikonik di dunia, Harrods.  Namun, setelah datangnya September, pembuat wangian Amerika yang disanjung dan pemenang anugerah ini akan terus menguasai pusat beli-belah hebat ini, meluaskan kehadirannya ke oasis janji temu yang privasi dan tenang di lokasi selesa tingkat 6 berprestij yang menempatkan 17 kedai haruman paling ultra-mewah dengan keluasan 5,000 kaki persegi.

Alami Siaran Berita Multimedia interaktif di sini:
https://www.multivu.com/players/English/8229451-bond-no-9-harrods-salon-de-parfums/

Unik seantero dunia, Salon de Parfums, namanya yang dikenali, ialah destinasi untuk para connoisseur dan peminat VIP yang mencari pengasingan rahsia tatkala mereka memilih haruman paling eksklusif yang wujud di dunia.  Kedai Bond No. 9 yang akan muncul tidak lama lagi, ialah fantasi deria yang menggabungkan kosmopolitanisme Pinggir Bandar New York dengan getaran Pusat Bandar New York yang eklektik, akan menjadi replika pertama terhampir bagi keluaran perdananya yang paling berjaya. 

Disokong oleh pakar haruman yang menyambut mesra dan memberi perhatian penuh, dan sentiasa memberikan khidmat layanan istimewa yang berterusan, kedai Bond No. 9 di Salon de Parfums akan menjadi perintis kepada tempat jualan mewah hari ini yang lebih kecil dan mementingkan pengalaman.   Manakala dari segi barangan, semua haruman Bond No. 9 New World yang berfokuskan New York akan tersedia, termasuklah 8 bauannya yang dicipta khusus untuk Harrods.

Selain itu, kedai Bond No. 9 di Salon de Parfums akan menawarkan beberapa khidmat tempahan. Ini termasuk mencuba pewangi, khidmat nasihat terperinci, dan waktu tawaran istimewa, serta dua barangan perdana istimewa yang boleh dibanggakan. Perkhidmatan Bond No. 9 yang luar biasa dan luar jangka ialah Swarovski atas Permintaan, iaitu revolusi bertatah kristal untuk botol haruman yang diberi sentuhan peribadi. 

"Kami berasa seronok untuk menyambut butik Bond No. 9 ke Salon de Parfums Harrods yang baru diperluas.  Kami benar-benar teruja dengan jumlah perkhidmatan tempahan yang akan ditawarkan Bond No. 9 di ruangan mereka, yang merupakan butik UK mereka yang pertama dan eksklusif di Harrods UK daripada pengadunan separa lazim yang hebat sehingga perkhidmatan Swarovski atas permintaan - kedua-duanya akan mencetuskan pengalaman unik yang menakjubkan kepada pelanggan kami di Harrods dan sudah tentu menjadi tambahan yang dinanti-nantikan di hub haruman Salon de Parfums kami di Tingkat Enam.'' Pengarah Kecantikan Harrods, Annalise Fard

Mengenai Bond No. 9 New York: Telah berada dalam perniagaan selama 13 tahun, Bond No. 9 ialah sebuah pemprosesan haruman pinggir bandar yang berkelebihan, komited untuk mereka bentuk memori wangian para tukangnya di kejiranan dan jalan-jalan New York, dari Riverside Drive ke Chinatown ke Pulau Coney.   Bond No. 9 mempunyai dua misi, iaitu  untuk mengembalikan keindahan seni pemprosesan haruman, dan menandakan setiap kejiranan New York dengan baunya yang tersendiri.  Setiap haruman mewakili pinggir bandar tertentu, pertengahan bandar, atau lokasi pusat bandar atau daya kederiaan seluruh bandar. 

Latar Belakang Harrods 
Harrods bermula sebagai pekedai runcit borong dan pedagang teh di timur London, kali pertama membuka perniagaan pada 1834. Semenjak itu, Harrods telah berkembang menjadi gedung serbaneka paling terkenal di dunia, dengan pelbagai dagangan mewahnya yang dikenali tidak mempunyai tandingan. Selain jenama eksklusif dan pelbagai kedai serbaneka, satu daripada ciri Harrods yang paling terkenal Harrods ialah perkhidmatannya yang tidak ada bandingan. Harrods secara berterusan dipandu oleh falsafahnya "apapun mungkin" dan, hingga hari ini, pelanggan kami kekal sebagai keutamaan dalam segala usaha kami. 

Source: Bond No. 9 New York
Keywords: Cosmetics & Personal Care Household/Consumer/Cosmetics Retail Corporate Expansion