omniture

Merck Tandatangani Perjanjian Pengedaran dengan Avanti® Polar Lipids

Merck
2017-12-11 21:00 392

- Merck bakal edarkan portfolio lipid terbaik di luar Amerika Syarikat

- Tingkatkan akses pelanggan melalui platform e-dagang

DARMSTADT, Jerman, 11 Disember 2017 /PRNewswire/ -- Merck, sebuah syarikat sains dan teknologi utama, hari ini mengumumkan ia memeterai satu perjanjian dengan Avanti® Polar Lipids untuk menjadi pengedar multinasional eksklusif bagi portfolio lipid penyelidikan syarikat yang berpangkalan di AS untuk pengedaran di luar Amerika Syarikat.

generated by system

Menurut terma-terma perjanjian, Merck akan memanfaatkan kepakaran jualan, pemasaran dan e-dagangnya untuk mengedarkan portfolio lipid penyelidikan Avanti® Polar Lipids. Perjanjian pengedaran initermasuk semua lokasi seluruh dunia kecuali Amerika Syarikat, yang mana Avanti® Polar Lipids akan terus mendekati pelanggan melalui saluran-saluran miliknya. Butiran kewangan tidak didedahkan.

"Lipid berkualiti tinggi merupakan komponen ketepatan utama dalam makmal," kata Klaus Bischoff, Ketua bagi bidang perniagaan Penyelesaian Penyelidikan, Life Science di Merck. "Lipid penyelidikan Avanti® Polar Lipids mengukuhkan seluruh portfolio Life Science Merck, memberi pelanggan dengan akses kepada portfolio yang luas merangkumi lipid dengan tahap ketulenan tertinggi dalam pasaran."

Merck menawarkan portfolio produk dan penyelesaian lengkap yang mendayakan penemuan saintifik, termasuk reagen dan kit sains hayat, bahan kimia makmal dan khusus serta alat-alat pengasingan makmal dan juga aliran kerja.

Avanti® Polar Lipids ialah pengeluar dan pembekal utama bagi lipid berketulenan tertinggi bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan produk farmaseutikal. Melalui perjanjian ini, pelanggan-pelanggan di luar Amerika Syarikat boleh mendapat akses atas permintaan yang dipertingkat kepada portfolio lipid penyelidikan Avanti® melalui perniagaan sains hayat daripada platform e-dagang Merck yang mantap, SigmaAldrich.com, inventori serantau dan wakil jualan syarikat. Produk-produk akan dibekalkan ke seluruh dunia demi ketersediaan yang lebih baik untuk pelanggan.

Peralihan kira-kira 2,000 produk daripada portfolio lipid penyelidikan Avanti® kepada Merck dijangka selesai pada awal tahun 2018. Sementara itu, produk-produk ini akan terus disediakan melalui saluran Avanti® Polar Lipids sedia ada.

Produk-produk lipidomik Avanti® yang terangkum dalam perjanjian ini menyediakan satu pendekatan baharu bagi merungkai persoalan-persoalan penting tentang struktur dan fungsi lipid serta memenuhi kehendak penyelidik lipid. Untuk maklumat lanjut, layari www.SigmaAldrich.com/Avanti.

Semua siaran berita Merck diedarkan melalui emel dan turut tersedia di laman sesawang Merck. Sila layari www.merckgroup.com/subscribe untuk mendaftar dalam talian, menukar pilihan atau untuk berhenti melanggan perkhidmatan ini. 

Latar Belakang Merck
Merck ialah sebuah syarikat sains dan teknologi terkemuka dalam bidang penjagaan kesihatan, sains hayat dan juga bahan prestasi. Kira-kira 50,000 kakitangannya berusaha untuk terus memajukan teknologi yang dapat menambah baik serta mempertingkat kualiti kehidupan – bermula dengan terapi biofarmaseutikal bagi merawat kanser atau sklerosis berbilang, sistem yang canggih untuk tujuan penyelidikan saintifik dan pengeluaran, kepada kristal cecair untuk telefon pintar dan juga televisyen LCD. Pada tahun 2016, hasil jualan Merck mencecah €15 bilion di 66 negara.

Ditubuhkan pada tahun 1668, Merck ialah syarikat farmaseutikal dan bahan kimia yang paling lama bertapak di dunia. Keluarga pengasasnya kekal sebagai pemilik majoriti syarikat korporat senaraian awam ini. Syarikat memegang hak global nama dan jenama "Merck". Ini tidak termasuk Amerika Syarikat dan Kanada, memandangkan syarikat beroperasi sebagai EMD Serono, MilliporeSigma dan EMD Performance Materials.

 

Source: Merck
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Licensing/marketing agreements New products/services