omniture

KEPServerEX Versi 6.4 Perkasakan Pengguna Sepadukan Inisiatif Kilang Pintar dengan Sistem Automasi Perindustrian Tradisional

Kepware
2017-12-13 22:03 338

Kemas kini termasuk pemacu MQTT Client baharu, peningkatan prestasi pelayan, dan keupayaan simpanan serta penghantaran untuk Ketersambungan Natif ThingWorx

PORTLAND, Maine, 13 Disember 2017 /PRNewswire/ -- Kepware®, sebuah perniagaan PTC yang membangunkan perisian ketersambungan perindustrian, hari ini mengumumkan pelancaran platform ketersambungan perindustrian KEPServerEX® versi 6.4. KEPServerEX versi 6.4 termasuk keupayaan pengumpulan data baharu, peningkatan akses data dan penyepaduan lancar dengan sistem-sistem Internet Komunikasi Benda (IoT) tradisional dan perindustrian, mendayakan pengguna untuk mengurus dan memantau tapak loji dengan mudah.

generated by system

Pemacu MQTT Client baharu ialah komponen penting bagi keluaran KEPServerEX versi 6.4. Kemasukan pemacu baharu ini membolehkan pengguna mengumpul data daripada rangkaian sensor dan peranti lain yang menggunakan MQTT—dan menjadikan data tersebut tersedia untuk peranti dan aplikasi automasi perindustrian yang mereka perlukan untuk mengendalikan kilang mereka dengan cekap.

"Banyak pengguna KEPServerEX kini memperoleh data perindustrian mereka dalam persekitaran operasi melalui sensor pintar baharu dan peranti sumber terbuka atau ringan," kata Jeff Bates, Pengurus Produk Kepware. "Pemacu MQTT Client dan KEPServerEX menggabungkan data dengan lancar daripada peranti-peranti ini—membolehkan pengguna mengakses data baharu pada masa sebenar dan menyediakan pandangan yang mantap terhadap operasi tapak loji mereka."

Pemacu MQTT Client yang disertakan dalam KEPServerEX versi 6.4 menawarkan pengguna dengan MQTT fungsi segera kepada penterjemah UA OPC yang disediakan secara komersial. Ia menggunakan instrumen penghuraian yang inovatif untuk membolehkan pengguna membuat tag daripada peranti popular yang menggunakan MQTT. Dengan pemacu baharu ini, KEPServerEX berupaya melanggan topik-topik MQTT dengan selamat melalui mana-mana broker MQTT, menerima maklumat terkini apabila data peranti baharu diterbitkan dan menjadikan data tersedia melalui pelbagai protokol. 

"Penambahbaikan dalam KEPServerEX versi 6.4 adalah amat penting untuk mana-mana pelanggan yang mana peranti mereka menggunakan protokol MQTT, termasuk pelanggan Penyelesaian Penderiaan Tanpa Wayar Wzzard," kata Mike Fahrion, Ketua Pegawai Teknologi dan Naib Presiden Teknologi IoT di Advantech B+B SmartWorx. "Terdapat faedah-faedah penting untuk menjadikan data Sensor IoT tersedia kepada aplikasi automasi perindustrian tradisional, dan kini ia dapat dilakukan dengan KEPServerEX."

Berserta pemacu MQTT Client, KEPServerEX versi 6.4 termasuk:

  • Peningkatan Baca/Tulis Pemacu Eternet TCP/IP Siemens: Membolehkan pengguna pemacu Eternet TCP/IP Siemens berserta pengawal S7-400 dan S7-1500 Siemens melaksanakan ciri baca/tulis yang lebih cekap dengan mengkonfigurasi saiz Unit Data Paket (PDU) mereka hingga ke tahap maksimum disokong oleh pengawal. Pengguna kini boleh memantau dengan mudah data kesetiaan tinggi dengan kiraan tag yang tinggi serta kadar perubahan data yang tinggi.
  • Keupayaan Simpanan Dan Penghantaran Dengan Antara Muka Natif ThingWorx®: Membolehkan pengguna menghantar data dengan andal antara KEPServerEX dan ThingWorx—walaupun dalam keadaan ketidakstabilan rangkaian. Semasa berlakunya gangguan komunikasi antara KEPServerEX dan ThingWorx, perkhidmatan simpanan dan penghantaran mengumpul data yang diminta oleh ThingWorx. Selepas disambung semula, data yang disimpan dihantar secara automatik kepada ThingWorx.
  • Keupayaan Pelayaran Tag Pemacu Eternet CODESYS: Pengguna pemacu Eternet CODESYS kini mempunyai pilihan untuk memilih dan mengimport hanya tag-tag yang relevan ke dalam projek-projek KEPServerEX mereka. Ini membolehkan pengguna menghubungkan dan mula menstrim data daripada peranti CODESYS dengan lebih cekap.

Sumber-sumber Tambahan

Latar Belakang Kepware
@Kepware ialah syarikat pembangunan perisian milik PTC Inc. yang terletak di Portland, Maine. Kepware menyediakan portfolio penyelesaian perisian untuk membantu syarikat-syarikat menghubungkan pelbagai peranti automasi dan aplikasi perisian selain menyokong Internet Komunikasi Benda Perindustrian. Dari tapak loji ke tapak telaga hingga ladang angin, Kepware berkhidmat untuk pelbagai kumpulan pelanggan dalam banyak pasaran vertikal termasuk Pembuatan, Minyak & Gas, Automasi Bangunan, Kuasa & Utiliti, dan banyak lagi. Ditubuhkan pada tahun 1995 dan kini diedarkan di lebih 100 negara, penyelesaian perisian Kepware membantu beribu-ribu syarikat menambah baik operasi dan proses membuat keputusan. Ketahui lebih lanjut di https://www.kepware.com/.

Latar Belakang PTC
PTC memiliki teknologi Internet Komunikasi Benda paling mantap di dunia. Pada tahun 1986, kami merevolusikan reka bentuk 3D digital. Kini, platform IoT dan AR terkemuka kami dan penyelesaian yang terbukti di lapangan menyatukan dunia fizikal dan digital untuk mencipta semula cara anda mencipta, mengendali dan menservis produk. Dengan PTC, pengeluar bertaraf global dan ekosistem rakan kongsi serta pembangun dapat memanfaatkan jaminan IoT masa kini dan memacu masa depan inovasi.

PTC.com         @PTC         Blog

PTC, Kepware, KEPServerEX, ThingWorx dan logo-logo berkaitan ialah tanda dagangan berdaftar PTC Inc. atau subsidiarinya di Amerika Syarikat dan negara-negara lain. 

Perhubungan Media
Torey Penrod-Cambra
PTC
+1 (207) 775-1660
tpenrodcambra@ptc.com

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/476379/kepware_technologies_logo.jpg

 

Source: Kepware
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics