omniture

Tessa Therapeutics Tutup Pusingan Pembiayaan USD 80 Juta Dipimpin oleh Temasek

- Hasil kutipan digunakan untuk terus membangunkan rancangan imunoterapi tumor pepejal lanjutan Tessa
- Pusingan pembiayaan kukuhkan kedudukan Tessa sebagai peneraju baru muncul dalam bidang imunoterapi selular dengan visi untuk membawa perubahan transformatif kepada terapi kanser
Tessa Therapeutics
2017-12-21 14:58 717

SINGAPURA, 21 Disember 2017 /PRNewswire/ -- Tessa Therapeutics, sebuah syarikat biofarmaseutikal peringkat klinikal bertaraf antarabangsa yang memfokus pada terapi sel T untuk tumor pepejal, hari ini mengumumkan penyelesaian pusingan pembiayaan sebanyak USD 80 juta yang dipimpin oleh Temasek, sebuah syarikat pelaburan yang beribu pejabat di Singapura, dan disertai oleh EDBI, Karst Peak Capital, Heliconia, Heritas dan pelabur-pelabur lain.

Andrew Khoo, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Tessa Therapeutics mengulas: "Kami amat berbesar hati dengan kejayaan pusingan pembiayaan ini yang mengesahkan hasil kerja kami dan kemajuan berterusan dalam membangunkan teknologi platform dan rancangan klinikal sel T Khusus Virus daripada Tessa. Tessa merancang untuk memperluas kehadiran globalnya dan memajukan terapi selular generasi seterusnya dengan menyasarkan pelbagai indikasi kanser."

Tessa akan menggunakan hasil kutipan daripada pusingan pembiayaan ini untuk terus memajukan rancangan klinikalnya dan membawakan terapi-terapi baharu, berdasarkan platform sel T Khusus Virus (VST) syarikat, ke dalam percubaan klinikal.

Teknologi VST Tessa menunjukkan keputusan yang menggalakkan bagi rawatan tumor pepejal. Syarikat kini menjalankan percubaan Fasa III berbilang pusat yang menyasarkan kanser nasofarinks manakala percubaan Fasa I menyasarkan kanser serviks dan kanser orofarinks. Beberapa tahun kebelakangan ini, Tessa membangunkan keupayaan operasi dan rantaian bekalan yang mantap dengan membolehkan syarikat menyediakan rawatan terapi sel T autologus kepada kumpulan pesakit yang luas di peringkat antarabangsa dengan berkesan.

Sel-sel T Khusus-Virus dihasilkan melalui proses peluasan selektif yang memberikan sel-sel tersebut kebolehan untuk menembusi dan bertahan dalam tumor pepejal selama mungkin bagi menyerang dan memusnahkannya dari dalam, pembeza utama berbanding terapi-terapi sel lain. VST Tessa beralih ke tapak tumor dan membunuh sel-sel kanser dengan tepat, tanpa merosakkan sel-sel sihat, membawa kepada rawatan dengan tahap kecekapan dan keselamatan yang tinggi.

Hubungi 

Media: 

Tessa Therapeutics
Brunswick Group
Will Carnwath, Ben Fry
TessaTherapeutics@brunswickgroup.com
+65-6426-8188

Perhubungan Pelabur: 

Tessa Therapeutics
Trout Group
Pete Rahmer
prahmer@troutgroup.com
+1-646-378-2973

Latar Belakang Tessa Therapeutics

Tessa Therapeutics ialah sebuah syarikat biofarmaseutikal peringkat klinikal yang mempunyai visi saintifik untuk merevolusikan rawatan kanser dengan mengalihkan tindak balas imun antivirus poten tubuh bagi mengenali dan membunuh sel-sel kanser. Platform sel T khusus virus (VST) teras Tessa menunjukkan keputusan yang menggalakkan bagi rawatan tumor pepejal, dan syarikat membangunkan portfolio terapi bagi menangani pelbagai jenis tumor dengan menggabungkan kualiti platform sel T dengan teknologi-teknologi pelengkap. Percubaan Fasa III utama Tessa untuk karsinoma nasofarinks (NPC) ialah percubaan imunoterapi sel T Fasa III yang terbesar di dunia untuk sebarang indikasi kanser. Syarikat turut membangunkan keupayaan operasi dan rantaian bekalan yang mantap bagi menyediakan rawatan terapi sel T autologus untuk kumpulan pesakit yang luas merentasi lima negara dengan jayanya. Gabungan teknologi daripada rakan akademik, klinikal dan penyelidikan komersial membolehkan syarikat mewujudkan pendekatan yang bersepadu sepenuhnya terhadap rawatan kanser dengan imunoterapi.

Untuk maklumat lanjut tentang Tessa, sila layari www.tessatherapeutics.com

Latar Belakang Temasek

Diperbadankan pada tahun 1974, Temasek ialah sebuah syarikat pelaburan yang beribu pejabat di Singapura. Disokong oleh 10 pejabat di peringkat antarabangsa, Temasek memiliki portfolio bernilai S$275 bilion (US$197b) setakat 31 Mac 2017, terutamanya di Singapura dan seluruh pelosok Asia.

Portfolio kami mencakupi spektrum industri yang luas: perkhidmatan kewangan; telekomunikasi, media & teknologi; pengangkutan & perindustrian; pengguna & hartanah; sains hayat & perniagaan tani; selain tenaga & sumber. Kegiatan pelaburan kami berpandukan empat tema pelaburan dan trend jangka panjang yang diwakili oleh tema-tema ini: Mengubah Ekonomi; Meningkatkan Populasi Berpendapatan Pertengahan; Meluaskan Kelebihan Perbandingan; dan Juara-juara Baru Muncul.

Untuk maklumat lanjut tentang Temasek, sila layari www.temasek.com.sg

Source: Tessa Therapeutics
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Financing agreements