omniture

Memperkenalkan Koleksi Matcha Tea Forté - Alami Pengalaman Ritual yang Enak

Tea Forte
2017-12-30 00:34 564

CONCORD, Massachusetts, 30 Disember 2017 /PRNewswire/ -- Pengalaman mewah Tea Forté bertemu matcha tradisional dengan Set Mangkuk Ceremonial Matcha baharu kami dan Matcha Single Steeps®. Teh matcha organik kami yang dituai pada musim bunga, ditanam di kawasan teduh, dikisar dengan batu dapat disajikan dengan cara terbaik dalam majlis teh Jepun berusia berabad-abad lamanya yang digelar sebagai chanoyu: teknik persediaan yang terkenal dengan kualiti bertumpu meditasi.

Introducing Tea Forté's Matcha Collection - Savor The Experience Of A Delicious Ritual
Introducing Tea Forté's Matcha Collection - Savor The Experience Of A Delicious Ritual

"Pelancaran koleksi Matcha Tea Forte memperlihatkan komitmen berterusan kami terhadap kesejahteraan dan menggalakkan semua potensi faedah teh kepada kesihatan mental dan fizikal," kata Ketua Pegawai Eksekutif Tea Forté Michael Gebrael. "Selain Matcha asli kami yang berkualiti tinggi, kami turut mengadunkan empat jenis matcha dengan rasa berbeza. Dibungkus sebelum dijual untuk satu hidangan, Single Steeps Matcha amat sesuai untuk dihidangkan di pejabat, ketika dalam perjalanan atau dibawa bersama untuk anda kekal cergas pada bila-bila masa."

Mangkuk teh adat kami yang dibuat sendiri, pemukul buluh buatan tangan dan senduk pengukur menggalakkan kenikmatan yang tenang bagi adunan matcha Kosher premium, bebas gluten dan vegetarian kami. Ini termasuk:

MATCHA ASLI Lazat ketika panas, stim, dicampur ais atau dikisar dengan susu pilihan anda.

MATCHA COKLAT Rasa koko dan vanila memberikan kepuasan yang bertenaga.

MATCHA KELAPA Sedikit rasa kelapa yang kaya dan berkrim memberikan rasa tropika kepada matcha klasik.

MATCHA HALIA Matcha berwarna hijau zamrud mendapat faedah daripada halia yang dipanaskan.

MATCHA CHAI Dua adunan teh klasik digabungkan: chai pedas dan matcha asli.

Selain rasanya yang unik dan menjadi idaman, matcha dihargai kerana faedah kesihatannya. Teh hijau yang direndam hanya mengandungi antioksida yang boleh diekstrak dalam air, manakala dengan matcha, seluruh daun digunakan. Matcha bergred tinggi kami diletakkan di tempat teduh beberapa minggu sebelum dituai, bagi meningkatkan kandungan klorofil dan menggalakkan warna hijau zamrud yang gelap. Tea Forté berbangga dapat memberikan minuman yang sihat ini kepada generasi baharu peminum teh.

Kini tersedia di kedai-kedai terpilih dan secara dalam talian melalui teaforte.com, bermula pada harga $35.

Ikuti Tea Forté di @teaforteofficial.

LATAR BELAKANG TEA FORTÉ

Ritual merendam teh dan duduk bagi menghirup secawan teh yang sempurna adalah untuk mencari ketenangan dalam pengalaman yang turut melibatkan rasa. Teh buatan tangan yang diperoleh dengan sempurna, penapis piramid rendaman sekali berpaten dan aksesori yang didorong reka bentuk membawakan rasa yang halus dan penyempurnaan mudah kepada setiap cawan. Dengan nilai kemewahan yang sukar ditafsir, Tea Forté menjadi kepuasan para pencinta teh setiap hari di lebih 35 negara. Tersedia di hotel, restoran, pusat peranginan dan peruncit yang terkemuka di dunia, Tea Forté turut dihidangkan sebagai pembekal teh yang eksklusif untuk Yayasan James Beard. Ketahui lebih lanjut di teaforte.com.

Perhubungan Media: Christie Kozak
christie@learypr.com, T 978.502.5747

Foto - http://mma.prnewswire.com/media/623287/Tea_Forte_Matcha_Collection.jpg
Logo - http://mma.prnewswire.com/media/457714/Tea_Forte_Logo.jpg

 

Source: Tea Forte
Related Links:
Keywords: Beverages Non-Alcoholic Beverages New products/services