omniture

Rosatom Rusia Pamer Penyelesaian Tenaga Mampan Canggih di WFES Abu Dhabi

Rusatom International Network Communications Department
2017-12-30 03:38 822

MOSCOW, December 30, 2017 /PRNewswire/ --

Rosatom, Syarikat Tenaga Atom Negara milik Rusia akan mempamerkan teknologi, inovasi dan produk terkini demi pembangunan mampan dalam Sidang Kemuncak Tenaga Masa Depan Dunia (WFES) pada 15-18 Januari 2018 di Abu Dhabi.

Bertempat di Pusat Pameran Kebangsaan sebagai sebahagian daripada Minggu Kemampanan Abu Dhabi, WFES diadakan setiap tahun sebagai satu inisiatif Syarikat Tenaga Masa Depan Abu Dhabi, Masdar, dan merupakan acara global yang utama di dunia, khusus untuk memajukan tenaga boleh diperbaharui dan teknologi bersih.

Rosatom akan menyediakan gerai pameran berserta maklumat terkini tentang teknologi inovatif Rusia, keupayaan dan kepakaran unik dalam membantu rakan-rakan kongsi seluruh dunia memperoleh gabungan tenaga yang seimbang dan mampan.

Gerai pameran Rosatom akan turut mempamerkan penyelesaian terkini daripada syarikat melibatkan kejuruteraan dan pembinaan loji kuasa nuklear. Pakar-pakar Rosatom akan turut mempamerkan teknologi unik MultiD, platform berorientasikan laman sesawang digital bagi tujuan pengurusan projek infrastruktur sepanjang seluruh kitar hayatnya.

Rosatom mempunyai pengalaman selama lebih 70 tahun dalam semua cabang industri nuklear, yang menjadikannya sebagai peneraju dunia dalam penemuan teknologi. Sebagai peneraju bagi teknologi nuklear, Rosatom meletakkan tahap premium yang tinggi dalam memupuk kerjasama antarabangsa dari segi penggunaan teknologi atom secara aman dan melakukan yang terbaik untuk menyokong rakan-rakan kongsi luar negara. Penyelesaian reka bentuk dan kaedah moden yang digunakan oleh syarikat untuk membangunkan infrastruktur nuklear di seluruh dunia menjadikan Rosatom sebagai rakan kongsi andal di 12 negara, yang menyasarkan untuk membangunkan industri-industri kuasa nuklear berteknologi tinggi dengan pesat.

Namun begitu, Rosatom adalah lebih daripada sekadar kuasa nuklear. Syarikat kini terlibat dalam pembangunan kawasan-kawasan "hijau" yang lain bagi penjanaan kuasa bukan nuklear. Pada tahun 2016, Rosatom memenangi bidaan untuk pembinaan tiga ladang angin di bahagian selatan Rusia. Syarikat turut bergiat aktif dalam membina loji-loji hidroelektrik bersaiz kecil.

Untuk rujukan  

Rosatom, Syarikat Tenaga Nuklear Negara milik Rusia, terdiri daripada 340 syarikat dan institusi penyelidikan yang beroperasi dalam industri nuklear. Dengan pengalaman selama lebih 70 tahun, Rosatom menawarkan perkhidmatan bersepadu mencakupi seluruh skop industri nuklear, bermula dengan pengayaan uranium kepada pembinaan loji kuasa nuklear. Di peringkat antarabangsa, syarikat mengutamakan pelaksanaan teknologi inovatif dan pengurusan alam sekitar. Rosatom kini terlibat dalam pembinaan 33 loji kuasa nuklear di 12 negara seluruh dunia. 

Laman Sesawang: http://www.rosatom.com


 


Source: Rusatom International Network Communications Department
Keywords: Alternative Energies Green Technology Oil/Energy Trade show news Future Events