omniture

Parallel Wireless dan Telefónica Selesaikan Program Teknologi Rintis yang Berjaya di Komuniti Terpencil LatAm

Parallel Wireless
2018-02-26 15:00 374

Penyelesaian inovatif RAN Terbuka Boleh Diprogramkan bakal mendayakan kemasukan digital dan rangkaian generasi seterusnya 

NASHUA, New Hampshire, 26 Februari 2018 /PRNewswire/ -- Parallel Wireless, Inc., peneraju dalam menghubungkan perkara dan orang ramai di rumah, ketika bekerja, bermain dan dalam kecemasan menerusi penyelesaian RAN Terbuka 2G, 3G dan 4G hujung-ke-hujung dengan menjadikan pelaksanaan mudah dan menjimatkan sama seperti Wi-Fi, dan Telefónica, salah sebuah syarikat telekomunikasi yang terbesar di dunia, hari ini mengumumkan kedua-duanya berjaya menyelesaikan program rintis teknologi berasaskan RAN yang boleh diprogramkan dan Terbuka Parallel Wireless bagi menghubungkan komuniti terpencil di LatAm menerusi jalur lebar mudah alih sebagai sebahagian daripada inisiatif "Internet Para Todos" Telefónica.

Beberapa lokasi di kawasan tersebut mendapat manfaat daripada fungsi ketersambungan tanpa wayar 3G dan 4G berdasarkan platform Pemprosesan Tujuan Am. Dua penyelesaian berbeza yang disediakan oleh Parallel Wireless turut digunakan:

  • Sistem Tanpa Wayar Tertumpu (CWS) ialah stesen utama yang dibina dengan komponen-komponen Komoditi Tersedia (COTS) yang menggabungkan akses 3G dan 4G dalam faktor bentuk yang sama.
  • Get Laluan HetNet (HNG) ialah platform perisian gred-pembawa yang mendayakan seni bina RAN Terbuka dengan menggunakan antara muka berasaskan standard dan terbuka antara komponen-komponen rangkaian bagi memudahkan pengurusan rangkaian dan penyepaduan produk-produk RAN baharu ke dalam bahagian teras rangkaian.

Kawasan penempatan tersebut menggunakan keupayaan SDR penuh daripada teknologi RAN Terbuka Parallel Wireless bagi menyediakan perkhidmatan data dan suara melalui teknologi 3G dan 4G kepada ribuan pelanggan. Program rintis yang dilaksanakan mengesahkan kematangan teknologi-teknologi ini untuk menyediakan fungsi ketersambungan yang berkesan kos di kawasan-kawasan dengan kepadatan rendah, memberikan pertumbuhan suara sebanyak 12% sebulan dan kadar panggilan berjaya Sandaran Suis Litar (CSFB) sebanyak 99%. Trafik 3G/4G mendapat manfaat daripada pemprosesan paket pintar teknologi ini yang menyediakan lebih 10GB bagi setiap penempatan untuk trafik data 3G dan 4G harian. Setiap ketersediaan sel mencecah 99% dengan HNG Parallel Wireless memberikan 100% kadar kejayaan mobiliti frekuensi intra yang menjamin Kualiti Pengalaman tertinggi untuk pengguna akhir.

Kata-kata sokongan

Patrick Lopez, Naib Presiden Inovasi rangkaian di Telefonica berkata, "Program rintis yang berjaya ini menjadi bukti komitmen kami untuk memudahkan dan mengurangkan kos rangkaian radio kami menggunakan penyelesaian inovatif. 'Internet Para Todos' ialah satu projek yang bertujuan untuk menghubungkan lebih 100 juta penduduk di LatAm. RAN yang terbuka dan boleh diprogramkan adalah bahagian penting dalam penyelesaian ini."

Steve Papa, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Parallel Wireless berkata, "Sebagai peneraju global dalam telekomunikasi bersepadu, Telefonica menetapkan standard untuk menghubungkan penduduk dunia. Kami berbangga dengan peranan kami dalam mendayakan ekosistem terbuka bagi menggalakkan inovasi sosial, ketersambungan tanpa wayar kawasan terpencil dan perkhidmatan tanpa wayar baharu seperti perladangan terhubung, pengangkutan terhubung, pendidikan dan kesihatan terhubung serta banyak lagi. Semua seni bina rangkaian IP Parallel Wireless yang dimudahkan, boleh diprogramkan dan maya membolehkan pengendali rangkaian mudah alih (MNO) mengurangkan kos, mempercepatkan tempoh untuk dipasarkan dan mengekalkan pertumbuhan yang menguntungkan. Inovasi kami menyokong perkhidmatan 2G, 3G dan LTE yang memberikan kualiti pengalaman tertinggi dan KPI terbaik untuk MNO serta pengguna akhir tatkala kami memperkenalkan program rintis ini bersama Telefonica."

Latar Belakang Telefónica
Telefónica ialah salah sebuah syarikat telekomunikasi terbesar di dunia berdasarkan permodalan pasaran dan bilangan pelanggan dengan tawaran yang komprehensif dan kualiti ketersambungan yang disediakan melalui rangkaian tetap, mudah alih dan jalur lebar bertaraf dunia. Sebagai syarikat yang berkembang maju, ia berbangga kerana dapat menyediakan pengalaman berbeza berasaskan kedua-dua nilai korporat dan kedudukan awamnya yang mempertahankan kepentingan pelanggan. Telefónica ialah sebuah syarikat senaraian 100%, serta mempunyai lebih 1.5 juta pemegang saham langsung. Modal sahamnya kini terdiri daripada 5,192,131,686 saham biasa yang didagangkan dalam Pasaran Saham Sepanyol dan pasaran-pasaran di London, New York, Lima dan Buenos Aires. www.telefonica.com

Latar Belakang Parallel Wireless
Parallel Wireless kini dalam misi untuk menghubungkan 4 bilion individu yang tidak terhubung dengan merangka semula rangkaian. Seni bina selular yang dirangka semula ini membolehkan pengendali menghubungkan perkara dan individu di rumah, ketika bekerja, bermain dan dalam kecemasan dengan menggunakan mana-mana rangkaian selular G dengan mudah dan berkesan kos sama seperti Wi-Fi perusahaan sama ada untuk kawasan luar bandar, perusahaan, keselamatan awam, M2M, Bandar Pintar mahupun bandar yang padat. Syarikat kini sedang menjalani proses pengeluaran di enam benua dan bekerjasama dengan banyak pengendali utama di seluruh dunia. Inovasi dan kecemerlangan Parallel Wireless dalam penyelesaian maya terbuka berbilang-teknologi telah diiktiraf menerusi 34 anugerah industri. Berhubung dengan Parallel Wireless melalui LinkedIn dan Twitter

www.parallelwireless.com

 

Source: Parallel Wireless
Keywords: Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment New products/services Survey, Polls & Research Trade show news