omniture

Festival Habanos XX Berakhir dengan Malam Gala Khusus untuk Partagás

HABANOS SA
2018-03-05 09:11 764

HAVANA, 5 Mac 2018 /PRNewswire/ --

  • Pada malam tersebut, Línea Maduro Partagás baharu telah diperkenal
  • 1,485,000 euro dikumpul dalam Lelongan Humidors tradisional
  • Orishas sediakan muzik untuk malam yang memberikan sentuhan terakhir kepada Ulang Tahun ke-20 Festival Habanos
  • Pelakon Demián Bichir, dengan pencalonan Oscar untuk Pelakon Terbaik, merupakan salah seorang tetamu

Festival Habanos XX telah berakhir dengan Malam Gala – penghormatan kepada edisi yang sangat istimewa, Ulang Tahun ke-20 – untuk pencinta tembakau terbaik dunia dari lebih 70 negara. Línea Maduro Partagás baharu telah diperkenalkan, menggabungkan dua vitola baharu yang dibezakan oleh pembalut maduro mereka.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik: https://www.multivu.com/players/uk/8284751-habanos-festival-closure-gala-evening/

Para hadirin merasa vitola Maduro No 2 (55 x 120mm) dan Maduro No 3 (50 x 145mm) baharu dan, juga, Maduro No 1 (52 x 130mm), diperkenalkan buat pertama kali dalam tahun 2015 untuk La Casa del Habano dan Pakar-pakar Habano, yang kini menyertai portfolio tetap barisan baharu ini. Pembalut maduro mereka, hasil dari tempoh tambahan penapaian, meningkatkan campuran kekuatan penuh mereka seiring dengan tradisi dan perisa Partagás yang kuat. Habanos ini dibuat Totalmente a Mano con Tripa Larga – Sepenuhnya menggunakan Tangan dengan Pengisi Panjang – dengan daun-daun yang dipilih khusus dari Pinar del Río*, Cuba*.

Malam Gala menampilkan persembahan oleh artis-artis seperti Elain Morales, Yaser Manzano, Carlos Varela dan Edesio Alejandro, Laritza Bacallao, Waldo Mendoza dan Irene Rodríguez dan Habana Compas.

Orishas, kumpulan dari Cuba yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, menghiburkan semua hadirin dengan irama dan kualiti muzik mereka yang terbaik.

Festival Habanos berakhir dengan Lelongan Humidors tradisional dengan 7 humidor dilelong, mengumpul 1,485,000€ untuk Sistem Kesihatan Awam Cuba.

Hadiah-hadiah Anugerah Habanos 2017 diberikan kepada: Franchesco Minetti, Kategori Komunikasi, Ercan Hazar, kategori Perniagaan, kerana membangunkan pasaran cerut Habano di Austria; Virginia Morales, kategori Pengeluaran.

Darius Namdar dari Great Britain memenangi Edisi XVII Pertandingan Habanosommelier Antarabangsa. Para peserta akhir berhadapan dengan ujian praktikal memotong dan menyalakan Habano dan sesi merasa dan memadan deskriptif  dengan minuman yang berbeza.

Pasangan pemenang daripada kalangan penggemar untuk Cabaran Dunia Habanos I ialah Alexis Tsielepis dan Raffi Der Gara Betian dari Cyprus.

Edisi khas Ulang Tahun ke-20 Festival Habanos telah mengumpulkan lebih 2,200 peserta dari lebih 70 negara.

Carla Lladó  
Tel: +34-669-54-69
press.habanos@yr.com

generated by system

Video: 
     https://www.multivu.com/players/uk/8284751-habanos-festival-closure-gala-evening/

Source: HABANOS SA
Related Links:
Keywords: Entertainment Music Tobacco