omniture

Skin Inc Pelopori Kemajuan Baharu dengan Peluasan Saluran E-dagang: En. Cooper McGuire sebagai Ketua Pegawai Operasi Skin Inc

Skin Inc
2018-03-05 09:00 742

SINGAPURA, 5 Mac 2018 /PRNewswire/ -- Skin Inc, nama yang begitu sinonim dengan inovasi yang menggembirakan pelanggan, meluaskan operasi e-dagangnya, bagi menjadikan penjagaan kulit tersuainya lebih mudah diakses oleh lebih ramai orang di seluruh dunia. Menerusi lebih satu juta pemeriksaan Identiti Kulit dilakukan di iloveskininc.com/skinidentity, Skin Inc terus memanfaatkan pangkalan data proprietari uniknya bagi membangunkan produk-produk baharu yang dapat memenuhi keperluan individu untuk kulit yang sihat.

Bagi membantu memimpin usaha yang bersungguh-sungguh itu secara dalam talian, baru-baru ini, Skin Inc mengalu-alukan En. Cooper McGuire ke dalam pasukan kepimpinannya. En. McGuire membawakan kepakaran dalam membangunkan, meluaskan dan membiayai perniagaan peruncitan dengan kadar pertumbuhan tinggi kepada Skin Inc yang mana beliau akan menjawat jawatan sebagai Ketua Pegawai Operasi dan Ketua Pegawai Kewangan. En. McGuire ialah seorang usahawan berpengalaman hasil usaha yang beliau lakukan. Beliau terlibat dalam beberapa syarikat peringkat awal, dan paling penting sebagai pengasas bersama dan Ketua Pegawai Kewangan Zalora Group yang mana beliau membantu membangunkan Zalora menjadi syarikat destinasi fesyen dalam talian yang terkemuka di Asia Pasifik. En. McGuire memulakan kerjaya beliau di Goldman Sachs, New York yang mana beliau bertugas sebagai penganalisis penyelidikan ekuiti yang merangkumi industri-industri kewangan khusus dan insurans. En. McGuire berkelulusan sebagai Robertson Scholar daripada University of North Carolina di Chapel Hill dan Duke University, AS dengan kelulusan ijazah sarjana muda Kajian Antarabangsa yang fokus pada Ekonomi, Perdagangan & Pembangunan Global.

En. McGuire menyertai pasukan Skin Inc yang terdiri daripada ahli-ahli lembaga berprofil tinggi termasuk En. Francois Arpels, Penasihat Lembaga Jenama & Strategi, Dr. Shekhar Mitra, Penasihat Lembaga Inovasi Produk dan Tan Yen Yen, Penasihat Lembaga Teknologi & Inovasi. En. Arpels ialah pewaris jenama mewah Van Cleef & Arpels, yang merupakan hasil penubuhan bersama datuk beliau, dan mempunyai "pemahaman intim" tentang pasaran-pasaran jenama mewah dan premium. Shekhar Mitra, PhD ialah pakar inovasi global yang disegani dan sebelum ini merupakan Naib Presiden Kanan Penyelidikan & Pembangunan Prestij Global, Kecantikan dan Wangian & Perisa Korporat di Procter & Gamble. Dr. Mitra ialah Felow Penyelidik Jane Coffin di Yale University, dan memiliki lebih 50 paten. Cik Tan Yen Yen ialah Presiden, Asia-Pasifik untuk Vodafone Global Enterprise, satu unit perniagaan yang bertanggungjawab terhadap pelanggan global terbesar Vodafone. Beliau berkelulusan ijazah sarjana muda dalam Komputer Sains daripada National University of Singapore dan MBA Eksekutif daripada Helsinki School of Economics Executive Education.

Melalui pelantikan En. McGuire, dan ahli-ahli lembaga penasihat yang lain, Skin Inc bersedia melancarkan tahap pertumbuhan dalam talian baharu dan terus mengubah industri kecantikan dalam seluruh platform  semua salurannya. En. McGuire berkata, "Membina jenama sebenar merupakan perkara paling sukar untuk dilakukan dalam sesebuah perniagaan dan Sabrina serta pasukan Skin Inc telahpun melaksanakannya. Saya berasa teruja untuk membawakan pengalaman saya dari segi kebolehan mengembangan perniagaan dalam talian dengan pesat untuk syarikat, tatkala kami menembusi pasaran-pasaran baharu seperti China dan melabur lebih banyak di AS." Sabrina Tan berkata: "Kami begitu berbesar hati dengan penyertaan Cooper ke dalam Skin Inc sebagai Ketua Pegawai Operasi dan Ketua Pegawai Kewangan. Beliau merupakan pemimpin cemerlang yang mempunyai pengalaman di peringkat Asia dan global dalam beberapa industri, dan saya berasa teruja apabila beliau menyertai kami untuk membina legasi inovasi dan teknologi Skin Inc. Cooper mempunyai kepakaran yang luas dalam mengembangkan perniagaan serta meluaskan platform edagang dan digital selain akan menjadi aset yang luar biasa untuk pasukan Skin Inc."

Latar Belakang Skin Inc

Setelah bekerja di syarikat-syarikat multinasional (MNC) yang besar seperti IBM, HP dan Oracle, pakar IT yang beralih menjadi pakar penjagaan kulit Sabrina Tan menubuhkan Skin Inc pada tahun 2008 dengan matlamat untuk mencipta penyelesaian penjagaan kulit yang boleh disesuaikan. Beliau mencari regimen yang berkesan dan mudah yang dapat dikhususkan mengikut keperluan kulit individu melalui pendekatan "satu-saiz-sesuai-untuk-satu" dan bukannya "satu-saiz-sesuai-untuk-semua". Produk-produk Skin Inc membawakan serum berkepekatan tinggi berserta bahan-bahan aktif yang asli. Teknologi pengkapsulan inovatif yang berpaten dari Jepun menggabungkan bahan-bahan (tanpa wangian dan paraben tambahan) berserta sistem penyampaian kulit yang paling canggih demi hasil yang optimum. Serum Skin Inc yang mengandungi pelbagai bahan aktif berbeza dapat disesuaikan berdasarkan data daripada usia, genetik dan gaya hidup pelanggan, lantas menghasilkan rumusan unik bagi memenuhi keperluan penjagaan kulit seseorang. Selama bertahun-tahun, syarikat telah meluaskan tawaran produknya bagi merangkumkan pencuci, pelembap, pupur dan alat kecantikan yang inovatif. Setakat ini, Skin Inc mempunyai lebih 200 outlet pengagihan (dan semakin berkembang) merentasi lebih 100 bandar di 3 benua, kehadiran dalam talian global dan lebih 100 anugerah untuk jenamanya.

Apabila kecantikan bertemu teknologi

Tan berjaya memacu pertumbuhan perniagaan melalui gabungan inovatif antara kecantikan dan teknologi, dan benar-benar percaya bahawa inovasi berteknologi ialah masa depan industri kecantikan. Beliau terus mengubah industri kecantikan menerusi konsep penjagaan kulit yang sebenar. Skin Inc sentiasa mendepani industri ini, memanfaatkan kedua-dua inovasi digital dan teknologi bagi mengembangkan perniagaan dan terus meningkatkan penawaran dan pengalaman untuk pengguna. Bermula dengan pemerkasaan pengguna untuk menafsirkan identiti kulit mereka menerusi alat diagnostik kulit dalam talian mereka 'My Skin Identity', kepada penggunaan teknologi-teknologi canggih untuk membangunkan rangkaian produk baharu serta protokol rawatan di kemudahan penyelidikan & pembangunan (R&D) mereka yang berpangkalan di Jepun, Skin Inc ialah perintis dalam inovasi penjagaan kulit. Pada Januari 2015 Skin Inc memperkenalkan alat rawatan muka mudah dibawa, menggabungkan kuasa Kromoterapi cahaya LED diinspirasikan-NASA dan Terapi Frekuensi Rendah untuk meningkatkan kecekapan penjagaan kulit, menggalakkan penyerapan bahan-bahan aktif dan membolehkan pengguna menyesuaikan rawatan mereka di rumah. Bulan-bulan mendatang akan menyaksikan Skin Inc melangkah lebih jauh dalam usaha penyepaduan teknologi digital mereka dengan menginovasi segmen m-dagang melalui pemeriksaan kulit yang mesra peranti mudah alih dan memanfaatkan data besar untuk menyelaraskan produk-produknya.   

Untuk maklumat lanjut, kunjungi kami di www.iloveskininc.com

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:

Dr. Colin D'Silva
Pengarah Global,
Hal Ehwal Saintifik dan Komunikasi Jenama
Tel: +65-9017-1957
Emel: colin@skininc.jp

Skin Inc boleh didapati di Kedai Konsep Skin Inc:

ION Orchard
2 Orchard Turn, #B3-43
238801 Singapura
Tel: +65-6222-7428
Waktu operasi: 10.00 pagi - 10.00 mlm (Isnin-Ahad)

Scotts Square
6 Scotts Road, #03-14/15
228009 Singapura
Tel: +65-6535-6789/8218-0668
Waktu operasi: 11.00 pagi - 9.30 mlm (Isnin-Ahad)

Vivocity
1 Harbourfront Walk, #01-01
098585 Singapura
Tel: +65-6352-7854
Waktu operasi: 10.00 pagi - 10.00 mlm (Isnin-Ahad)

Kedai-kedai Sephora seluruh pulau

Boleh didapati secara dalam talian di: https://www.iloveskininc.com/store.html

Serta e-kedai yang berikut:
Zalora: http://www.zalora.sg/skin-inc/
Sephora: http://www.sephor.sg/brands/skin-inc

Source: Skin Inc
Keywords: Computer/Electronics Cosmetics & Personal Care Electronic Commerce Household/Consumer/Cosmetics Retail