omniture

Pembukaan Pejabat Baharu Aptilo Networks di Kuala Lumpur, Malaysia

Aptilo Networks
2018-03-06 11:54 794

STOCKHOLM, 6 Mac 2018 /PRNewswire/ --

Aptilo Networks, pembekal #1 dunia dalam penyelesaian pengurusan perkhidmatan Wi-Fi untuk Wi-Fi berskala besar, dengan berbesar hati mengumumkan pembukaan ibu pejabat wilayah Asia Pasifiknya yang baharu di KL Sentral, Kuala Lumpur, Malaysia.

Aptilo kini meluaskan kehadiran dan operasinya di wilayah Asia Pasifik. Pengendali mudah alih di Asia kini sedang memesatkan pelaburan mereka dalam Wi-Fi bagi menambah dan meluaskan rangkaian mudah alih pada tempat yang besar, untuk memastikan sambungan data berkelajuan tinggi tersedia kepada pelanggan mereka.

"Selepas proses pengubahsuaian yang mengambil masa berbulan-bulan, detik pembukaan pintu pejabat baharu kami di dalam bangunan pencakar langit berciri ultramoden di Q Sentral dirasakan begitu hebat," kata Paul Mikkelsen, Ketua Pegawai Eksekutif, Aptilo Networks. "Kini kami lebih bersedia menghadapi pertumbuhan perniagaan di Asia Pasifik."

Ibu pejabat Asia Pasifik Aptilo terletak di 33-13, Level 33 - Menara Q Sentral - Jalan Stesen Sentral 2 - 50470 Kuala Lumpur.  Mereka boleh dihubungi di talian +60-3-2780-6900.

Ketahui lebih lanjut dengan mengunjungi Reruai Aptilo 5G66 di Kongres Dunia Mudah Alih.

Latar Belakang Aptilo Networks 

Aptilo Networks adalah penyedia terkemuka dalam sistem kelas pembawa untuk pengurusan perkhidmatan data dengan fungsi lanjutan bagi pengesahan, kawalan polisi dan pengecajan. Aptilo Service Management Platform™ (SMP) kini sinonim dengan pengurusan perkhidmatan Wi-Fi dan pelepasan beban Wi-Fi dalam pelaksanaan berskala besar dengan 100+ pengendali di lebih 75 negara, dan merupakan komponen penting panggilan Wi-Fi dan IoT. Untuk maklumat lanjut sila lawati http://www.aptilo.com.

Source: Aptilo Networks
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Corporate Expansion