omniture

Cambium Networks Iktiraf Wira Ketersambungan Tanpa Wayar Seluruh Dunia

Cambium Networks
2018-03-06 23:00 817

Anugerah Wira Ketersambungan Iktiraf Mereka Yang Mengubah Kehidupan Melalui Ketersambungan Tanpa Wayar

ROLLING MEADOWS, Illinois, 6 Mac 2018 /PRNewswire/ -- Cambium Networks, penyedia penyelesaian rangkaian tanpa wayar yang terkemuka di dunia, hari ini mengumumkan penerima-penerima pertama bagi Anugerah Wira Ketersambungan syarikat. Diperkenalkan pada tahun 2017, anugerah ini mengiktiraf individu-individu yang mencetuskan perubahan dalam kehidupan orang ramai dan memperbaiki komuniti melalui usaha-usaha mereka untuk meluaskan fungsi ketersambungan tanpa wayar dan menghubungkan yang tidak terhubung.

"Seringkali teknologi, dan khususnya ketersambungan, dipandang ringan. Ramai orang menganggap mereka akan mendapat akses kepada apa jua maklumat yang mereka perlukan bila-bila masa mereka memerlukannya," kata Brandon Butler, Penganalisis Penyelidikan Kanan, IDC. "Hakikatnya, terdapat begitu banyak tahap berbeza dari segi penerimaan teknologi di seluruh dunia. Hasil daripada kerja keras lelaki dan wanita dalam seluruh industri teknologi, faedah-faedah ketersambungan yang dapat memberi manfaat secara luas menjadi lebih tersebar."

"Para pemimpin berwawasan mengambil langkah untuk menghubungkan yang tidak terhubung dan membuat perubahan yang besar," kata Atul Bhatnagar, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Cambium Networks. "Ketersambungan tanpa wayar mengubah kehidupan di seluruh dunia dengan meluaskan perkhidmatan pendidikan, perubatan dan juga keselamatan. Individu-individu ini menyediakan templat tindakan yang boleh dilaksanakan. Saya berbesar hati untuk mengiktiraf Evert Bopp of Disaster Tech Lab sebagai Wira Ketersambungan Tahun 2017. Evert dan pasukan sukarelawan beliau berjaya menunjukkan bahawa mereka akan pergi ke mana-mana sahaja dan membantu sesiapa jua dengan menyediakan fungsi ketersambungan selepas terjadinya suatu bencana."

Wira Ketersambungan Tahun Ini:

  • Evert Bopp, Disaster Tech Lab (DTL) – "Disaster Tech Lab, sebuah pertubuhan Bukan-kerajaan (NGO) yang berpangkalan di Ireland mengkhusus untuk menyediakan akses internet di kawasan-kawasan bencana. Kami dihubungi oleh pihak UNHCR (Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian) yang meminta untuk menyediakan akses internet kepada kem-kem pelarian yang bakal didirikan di Greece untuk menghubungkan lebih 400,000 pelarian." Badan amal pilihan Bopp ialah DTL, yang turut menyediakan fungsi ketersambungan selepas berlakunya bencana taufan.

Anugerah Wira Ketersambungan disampaikan kepada sehingga empat individu berwawasan pada setiap suku tahun, dan hanya terdapat satu anugerah tahunan. Penerima anugerah suku tahunan menerima $1,000 sebagai sumbangan untuk badan amal pilihan mereka. Pemenang tahunan pula menerima $5,000 sebagai sumbangan untuk badan amal pilihan mereka. Semua pemenang dipaparkan dalam laman sesawang Cambium Networks.

Pemenang-pemenang Anugerah Wira Ketersambungan untuk suku keempat 2017:

  • Paul Black, Wispa, pty – "Rangkaian kami terdiri daripada sambungan tanpa wayar jarak jauh, kebanyakannya di kawasan-kawasan terpencil bagi menghubungkan kesemua sembilan wilayah di Afrika Selatan. Sambungan paling jauh kami ialah 210 kilometer, dan kami menjamin 100% keandalan." Badan amal pilihan Black ialah Hope.org Thembalitsha, yang membawakan sinar harapan baharu kepada mereka yang miskin, dilupakan, sakit dan lemah di kawasan Cape Barat dan Timur.
  • Drew Lentz, Frontera Consulting – "Pasukan kami menyediakan fungsi ketersambungan Wi-FI selepas Taufan Harvey melanda Texas. Kami mengerahkan sukarelawan kami dan membina rangkaian Wi-Fi bagi membantu agensi-agensi bantuan dan keluarga serta merta." Badan amal pilihan Lentz ialah program literasi digital CodeRGV, yang menyediakan kem latihan, kelas dan sesi terbuka untuk menggalakkan kanak-kanak serta golongan dewasa pada semua peringkat usia melibatkan diri dalam teknologi.
  • Minn Thein, Frontiir Communications – "Kami membina rangkaian jalur lebar seluruh negara termasuk bandar-bandar dan kawasan perkampungan Myanmar untuk menyediakan akses digital yang berpatutan dan merapatkan jurang digital." Frontiir menyumbang peralatan dan kepakaran bagi membantu memulihkan Chin State yang terjejas teruk.

Pencalonan untuk pusingan seterusnya Anugerah Wira Ketersambungan kini dibuka dan boleh dihantar secara dalam talian.

Latar Belakang Cambium Networks
Cambium Networks ialah penyedia global yang terkemuka bagi penyelesaian tanpa wayar yang menghubungkan dengan mereka yang tidak terhubungOrang Ramai, Tempat dan Benda. Melalui portfolionya yang terdiri daripada platform jalur sempit dan jalur lebar yang andal, boleh diskala dan selamat, Cambium Networks membolehkan semua penyedia perkhidmatan dan pengendali rangkaian perindustrian, perusahaan dan kerajaan membangunkan fungsi ketersambungan yang mampu milik, andal dan tinggi prestasi. Kini, syarikat mempunyai berjuta-juta radio yang digunakan dalam beribu-ribu rangkaian yang mencabar di 147 negara. Beribu pejabat di luar Chicago dan menerusi pusat-pusat penyelidikan & pembangunan (R&D) di A.S, U.K. dan, India, Cambium Networks menjual melalui pelbagai pengedar global yang dipercayai. www.cambiumnetworks.com.

HUBUNGI: Sara Black, 213.618.1501, Sara@bospar.com

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/117974/cambium_networks_logo.jpg

 

 

Source: Cambium Networks
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Telecommunications Telecommunications Equipment Wireless Communications Awards Corporate Social Responsibility Not for profit