omniture

Bangunan Empire State Bakal Berkilau di Puncak Setiap Jam

Empire State Realty Trust, Inc.
2018-03-11 00:24 446

Bangunan Paling Terkenal di Dunia Perkenal Tradisi Pencahayaan Dinamik Baharu pada Waktu Jimat Siang

NEW YORK, 11 Mac 2018 /PRNewswire/ -- Empire State Building (ESB) hari ini mengumumkan ia akan memancarkan lampu LED terkenal di dunianya setiap hari untuk lima minit setiap jam antara matahari terbenam dan 2 pagi Waktu Timur. Kilauan setiap jam akan bermula pada hari Ahad, 11 Mac 2018, untuk menandakan penetapan jam dengan satu jam ke depan untuk meraikan hari-hari yang lebih panas dan cerah yang bakal tiba. Penduduk New York dan para pelawat kini boleh menggunakan Bangunan Empire State bukan sekadar sebagai kompas di Bandar Raya New York tetapi juga sebagai jam.


ESB meraikan banyak budaya dan perjuangan dalam komuniti dunia dengan cahaya yang ikonik. Cahaya menaranya mengiktiraf pencapaian, acara, organisasi amal, negara dan perayaan penting, tradisi yang bermula dalam tahun 1932 apabila lampu cari yang ringkas telah digunakan untuk mengumumkan pelantikan Franklin Delano Roosevelt yang dilahirkan New York sebagai Presiden.

Dalam tahun 2012, ESB telah menaik taraf sistem pencahayaan menaranya daripada lampu sorot kepada lampu menara LED, yang membolehkan keupayaan lampu yang tersesuai daripada lebih 16 juta palet warna dalam kombinasi tanpa had bersama dengan kesannya. Semenjak itu, ESB telah memperkenalkan persembahan muzik-kepada-cahaya ikonik yang direka oleh pereka pencahayaan terkenal dunia Marc Bricman, yang menampilkan muzik daripada bintang-bintang seperti Mariah Carey, Alicia Keys, Zedd dan Taylor Swift.

"Sama seperti bagaimana dunia mentafsir latar langit Bandar Raya New York dengan bayang-bayang terkenal kami, lampu menara ikonik kami terkenal di seluruh dunia sebagai ikon latar langit Bandar Raya New York pada waktu malam," kata Anthony E. Malkin, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Empire State Realty Trust. "Kami teruja untuk mendedahkan kesan kilauan baharu yang akan terus meningkatkan latar langit New York."   

Para pelawat dan orang tempatan digalakkan untuk berkongsi gambar dan video lampu-lampu yang berkilauan di saluran sosial mereka dengan tanda pagar #ESBsparkle.

Latar Belakang Bangunan Empire State
Tersergam setinggi 1,454 kaki di Midtown Manhattan (dari tapak ke antenna), Bangunan Empire State, yang dimiliki oleh Empire State Realty Trust, Inc., merupakan "Bangunan Paling Terkenal di Dunia". Dengan pelaburan baharu yang dibuat dalam kecekapan tenaga, prasarana, kawasan awam dan kemudahan, Bangunan Empire State telah menarik minat penyewa kelas pertama daripada pelbagai industri di seluruh dunia. Teknologi penyiaran bangunan pencakar langit yang mantap menyokong semua stesen televisyen dan radio FM utama dalam pasaran metropolitan New York. Bangunan Empire State diiktiraf sebagai bangunan kegemaran Amerika dalam satu tinjauan yang dijalankan oleh Institut Arkitek Amerika, manakala Balai Cerap Bangunan Empire State merupakan salah satu daripada tarikan paling digemari di dunia dan sebagai destinasi pelancongan nombor 1 di rantau ini. Untuk maklumat lanjut tentang Bangunan Empire State, sila layari www.empirestatebuilding.com, www.facebook.com/empirestatebuilding, @EmpireStateBldg, www.instagram.com/empirestatebldg, www.youtube.com/esbnyc atau www.pinterest.com/empirestatebldg/.

Latar Belakang Empire State Realty Trust
Empire State Realty Trust, Inc. (NYSE:ESRT), dana amanah pelaburan hartanah (REIT) yang terkemuka memiliki, mengurus, mengendali, mengambil alih, dan menetapkan semula kedudukan hartanah pejabat dan perniagaan di Manhattan dan kawasan sekitar metropolitan New York, termasuk Bangunan Empire State, bangunan paling terkenal di dunia. Beribu pejabat di New York, New York, portfolio pejabat dan perniagaan Syarikat meliputi 10.1 juta kaki persegi bagi kawasan boleh sewa, setakat 31 Disember 2017, merangkumi 9.4 juta kaki persegi kawasan boleh sewa bagi 14 hartanah pejabat, termasuk sembilan di Manhattan, tiga di Fairfield County, Connecticut dan dua di Westchester County, New York; serta kira-kira 700,000 kaki persegi kawasan boleh sewa dalam portfolio perniagaan.  

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/652613/Empire_State_Realty_Trust_new_sparkle_light_display.jpg

Source: Empire State Realty Trust, Inc.
Related Stocks:
NYSE:ESRT
Related Links:
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Banking/Financial Service Entertainment Real Estate Travel New products/services