omniture

Xbox Perkenal Pirate Blaster Pertama di Dunia dalam Cubaan pecah gelaran GUINNESS WORLD RECORDS™

Xbox
2018-03-13 08:47 433

TAMPA, Florida, 13 Mac 2018 /PRNewswire/ -- Semua orang dijemput bersama-sama Xbox meraikan pelancaran IP terbesar yang baharu tahun ini, Sea of Thieves, permainan pengembaraan dunia bersama baharu yang memberikan kebebasan, tindakan dan keseronokan mewujudkan pengalaman lanun yang unggul. Saksikan sejarah tatkala Xbox cuba memecahkan gelaran GUINNESS WORLD RECORDS dengan Pelancaran Peluru Meriam Manusia Sea of Thieves.


Pada hari Selasa, 13 Mac pukul 1 tengah hari Waktu Timur, David "The Bullet" Smith akan cuba memecahkan gelaran GUINNESS WORLDS RECORDS untuk Jarak Perjalanan Terjauh sebagai Peluru Meriam Manusia menggunakan Pirate Blaster Xbox, sebuah meriam seberat 12,000 paun, 34 kaki panjang yang akan meluncurkan David dari 0 hingga 60 batu per jam dalam masa satu perlima saat. Untuk mencapai kelajuan ini, David akan dilancarkan ke atas dengan daya berlepas purata 10g yang memecut di laras meriam. Dia akan mencuba tembakan meriam 200 kaki sebelum pemberhentian hentaman 12g di atas beg udara pendaratan.

Dalam Sea of Thieves, meriam ialah kaedah yang cekap untuk membuat lubang pada kapal pesaing (dan kaedah yang cekap untuk mendarat). Para peminat digalakkan untuk mengikuti pengalaman penstriman langsung yang unik dan interaktif di Mixer Xbox Channel, di mana anda boleh menggunakan spark, mata wang yang digunakan secara meluas di laman web Mixer yang diperolehi semasa menonton dan menstrim permainan, untuk membantu menyalakan meriam Smith.

Pastikan anda menonton pada hari esok, 13 Mac pukul 1 tengah hari Waktu Timur di Mixer untuk menyaksikan cubaan gelaran GUINNESS WORLD RECORDS secara langsung dan nantikan Xbox Wire untuk mengetahui keputusannya. Untuk rekod  permainan lain yang hebat, semak Guinness World Records 2018: Edisi Pemain.

Selain itu, jangan lupa untuk dapatkan Sea of Thieves anda, yang tersedia untuk pra-pesanan hari ini di Kedai Microsoft atau bermain dengan Xbox Game Pass pada hari Selasa, 20 Mac. Permainan ini boleh didapati di Xbox One dan Windows 10 PC.

Hubungan Media: Erica Teller, 212-774-6829, eteller@endeavorco.com

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/653255/Xbox_Pirate_Blaster_Human_Cannon.jpg

Source: Xbox
Keywords: Electronics Gaming Entertainment Awards New products/services Future Events