omniture

Bangunan Empire State Dan Tacombi Lancar Menu Eksklusif Tersedia Hanya Untuk Pengunjung Bangunan Paling Terkenal Di Dunia

Empire State Realty Trust, Inc.
2018-03-13 14:46 630

NEW YORK, 13 Mac 2018 /PRNewswire/ -- Empire State Realty Trust, Inc. (NYSE: ESRT) mengumumkan restoran Mexico yang popular, Tacombi, terletak di Bangunan Empire State (ESB) yang ikonik kini menawarkan kepada para pengunjung yang mengunjungi tarikan mercu tanda itu dengan pilihan untuk membeli hidangan makan tengahari atau makan malam prix fixe yang disediakan secara eksklusif kepada pengunjung Balai Cerap ESB yang terkenal di dunia.

"Kami berasa teruja untuk bekerjasama dengan Tacombi bagi menawarkan para tetamu dari seluruh dunia dengan peluang untuk menikmati pantai Yucatan yang nyaman, secara terus di tengah-tengah Manhattan," kata Jean-Yves Ghazi, Naib Presiden Kanan Balai Cerap. "Pakej ini memberi peluang kepada pengunjung dari dalam dan luar negara untuk mengalami budaya taco asli Tacombi berserta perjalanan yang tidak dapat dilupakan ke Balai Cerap kami."

Pada harga $39.00 setiap orang, menu prix fixe ini merangkumi pembuka selera, empat pilihan taco, minuman pilihan, cukai dan ganjaran. Tawaran baharu ini disediakan pada hari Ahad hingga Khamis mulai 11 pagi hingga 11 malam Waktu Timur dan pada hari Jumaat dan Sabtu mulai 11 pagi hingga 12 tengah malam Waktu Timur kecuali pada Cinco de Mayo, Hari Kesyukuran dan Hari Krismas.

Terletak di sepanjang 33rd street, Tacombi turut serta bersama-sama restoran-restoran terkenal yang lain di ESB seperti STATE Grill and Bar, Chop't dan Sushi-Teria – bagi menambah lebih banyak pilihan hidangan masakan kepada kejiranan untuk para pelancong dan juga penduduk tempatan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.empirestatebuilding.com dan http://tacombi.com/.

Latar Belakang Bangunan Empire State
Tersergam setinggi 1,454 kaki di Midtown Manhattan (dari tapak ke antena), Bangunan Empire State, yang dimiliki oleh Empire State Realty Trust, Inc., merupakan "Bangunan Paling Terkenal di Dunia." Dengan pelaburan baharu yang dibuat dalam kecekapan tenaga, prasarana, kawasan awam dan kemudahan, Bangunan Empire State telah menarik minat penyewa kelas pertama daripada pelbagai industri di seluruh dunia. Teknologi penyiaran bangunan pencakar langit yang mantap menyokong semua stesen televisyen dan radio FM utama dalam pasaran metropolitan New York. Bangunan Empire State diiktiraf sebagai bangunan kegemaran Amerika dalam satu tinjauan yang dijalankan oleh Institut Arkitek Amerika, manakala Balai Cerap Bangunan Empire State merupakan salah satu daripada tarikan paling digemari di dunia dan sebagai destinasi pelancongan nombor 1 di rantau ini. Untuk maklumat lanjut tentang Bangunan Empire State, sila layari www.empirestatebuilding.com, www.facebook.com/empirestatebuilding, @EmpireStateBldg, www.instagram.com/empirestatebldg, www.youtube.com/esbnyc atau www.pinterest.com/empirestatebldg/.

Latar Belakang Empire State Realty Trust
Empire State Realty Trust, Inc. (NYSE: ESRT), dana pelaburan hartanah (REIT) yang terkemuka memiliki, mengurus, mengendalikan, mengambil alih, dan menetapkan semula kedudukan hartanah pejabat dan perniagaan di Manhattan dan kawasan sekitar metropolitan New York, termasuk Bangunan Empire State, bangunan paling terkenal di dunia. Beribu pejabat di New York, New York, portfolio pejabat dan perniagaan Syarikat meliputi 10.1 juta kaki persegi bagi kawasan boleh sewa, setakat 31 Disember 2017, merangkumi 9.4 juta kaki persegi kawasan boleh sewa bagi 14 hartanah pejabat, termasuk sembilan di Manhattan, tiga di Fairfield County, Connecticut dan dua di Westchester County, New York; serta kira-kira 700,000 kaki persegi kawasan boleh sewa bagi portfolio perniagaan.

Latar Belakang Tacombi Bangunan Empire State
Dari kawasan pantai Mexico, tertubuhnya taqueria yang kelima dan terbesar milik Tacombi di Bangunan Empire State yang ikonik, menyediakan layanan Mexico yang mesra dan budaya taco asli ke Midtown Manhattan yang hiruk pikuk. Tortilleria, dapur terbuka dan bar luas Vista Hermosa di lokasi dengan seleksi Tequilas, Mezcales, Cocteles y Ice-Cold Cerveza, menawarkan pengenalan yang akrab tradisi kulinari Mexico. Diilhamkan oleh taqueria dengan hiasan seni utama dan hampir lenyap yang unik untuk Bandar Raya Mexico, Tacombi Bangunan Empire State ialah tempat pertemuan kejiranan untuk rakan-rakan, kumpulan dan rakan sekerja berehat sambil menikmati taco asli dan esquites jagung, meminum Mezcal atau menikmati perahan segar Super Jugos, Aguas Frescas y Sodas daripada Tacombi.

 

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/479871/Empire_State_Realty_Trust_Inc_Logo.jpg

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/520442/Empire_State_Building_Logo.jpg  

 

Source: Empire State Realty Trust, Inc.
Related Stocks:
NYSE:ESRT
Related Links:
Keywords: Commercial Real Estate Real Estate Restaurants Retail Travel New products/services