omniture

Hydroid Serahkan Sonar Apertur Sintetik Interferometer Tinggi Resolusi Pertama

Hydroid, Inc.
2018-03-14 12:00 867

Pejabat Oseanografi Tentera Laut terima REMUS 600 dengan muatan batimetri modular pertama berserta sonar HISAS 2040, EM 2040 dan penyelesaian navigasi bersepadu

POCASSET, Massachusetts, 14 Mac 2018 /PRNewswire/ -- Hydroid, Inc., sebuah subsidiari Kongsberg Maritime dan pengeluar robotik marin yang terkemuka, hari ini mengumumkan ia berjaya menyerahkan muatan batimetri modular pertamanya menerusi HISAS 2040 baharu, sonar bukaan sintetik interferometer tinggi resolusi (HISAS). Sistem ini, yang direkayasa dan dikeluarkan di Kongsberg Maritime di Horten, Norway, diserahkan kepada Pejabat Oseanografi Tentera Laut (NAVOCEANO).

Direka menggunakan teknologi dan keupayaan terkini, muatan batimetri 2040 dipasang pada kenderaan dalam air berautonomi (AUV) REMUS 600 Hydroid. Sistem ini diserahkan secara bersepadu sepenuhnya dengan navigasi, dan ditentukur bagi menyediakan imejan dan batimetri liputan penuh, penuh-ruang dalam pakej AUV modular dengan faktor bentuk kecil. Sonar HISAS 2040 memberikan resolusi 10 kali ganda lebih tinggi berbanding sonar konvensional dan menawarkan pemprosesan masa sebenar berprestasi tinggi dan penilaian berkualiti sonar. Pengurus Projek NAVOCEANO, Doug Cronin berkata prestasi sonar HISAS 2040 adalah, "Mengagumkan. Antara imejan terbaik yang pernah saya lihat."

HISAS 2040 berupaya membangunkan siri imej sonar bukaan sintetik (SAS) yang menunjukkan sudut pemantauan yang berbeza. Melalui pengimejan berbilang aspek ini, pengendali AUV berupaya memperoleh dimensi tambahan dalam set data memandangkan banyak objek rumit mempunyai gema bersandar aspek yang tinggi serta struktur bayang.

"Sonar HISAS 2040 membawakan dimensi serba baharu kepada pasaran sonar bukaan sintetik," kata Duane Fotheringham, presiden Hydroid. "Berbanding sonar tradisional, sonar HISAS 2040 dapat mengurangkan masa tinjauan dan memberikan kualiti data terunggul, yang berguna khususnya dalam peninjauan oseanografi dan operasi pencegahan periuk api. Kami berasa teruja untuk menawarkan teknologi Kongsberg baharu ini melalui kenderaan REMUS kami."

Julat frekuensi HISAS 2040 ialah 220-280 kHz, dengan jarak prestasi-operasi biasa 130m pada setiap sisi kenderaan pada kelajuan 2 m/s. Ia mempunyai resolusi praktikal 5cm x 5cm untuk semua jarak.

Latar Belakang Hydroid, Inc.

Terletak di A.S. dan merupakan subsidiari Kongsberg Maritime, Hydroid ialah pengeluar yang paling dipercayai di dunia bagi Kenderaan Dalam Air Berautonomi (AUV) yang canggih dan terbukti di lapangan. AUV REMUS dan sistem robotik marin kami menyediakan penyelesaian gambaran-penuh yang inovatif dan andal untuk pasaran penyelidikan marin, pertahanan, hidrografi dan luar pesisir/tenaga.

Dibangunkan oleh pasukan jurutera yang berpengalaman luas, produk-produk Hydroid menyediakan jawapan yang selamat dan andal terhadap cabaran yang menghalang penerokaan dan keselamatan lautan. Untuk maklumat lanjut tentang teknologi kami, sila layari www.hydroid.com.

Perhubungan Media
Kaitlyn Rhue
Hydroid, Inc.
krhue@hydroid.com

Source: Hydroid, Inc.
Related Links:
Keywords: Maritime/Shipbuilding Transportation New products/services