omniture

Renault-Nissan-Mitsubishi: Pelantikan Kepimpinan Perikatan untuk Percepat Sinergi

Renault-Nissan-Mitsubishi
2018-03-15 20:04 778

PARIS, TOKYO dan YOKOHAMA, Jepun, March 15, 2018  /PRNewswire/ --

Mulai 1 April, penumpuan tambahan akan dilaksanakan bagi mempercepatkan sinergi dalam segmen-segmen operasi utama sebagai sebahagian daripada rancangan separuh penggal Perikatan 2022.

Renault, Nissan dan Mitsubishi hari ini mengumumkan ketiga-tiganya telah bertemu dengan kumpulan perwakilan kakitangan yang diperlukan untuk projek-projek penumpuan yang diumumkan pada 1 Mac lalu. Organisasi pengurusan berikut akan berkuat kuasa mulai 1 April 2018.

Carlos Ghosn, pengerusi dan ketua pegawai eksekutif Perikatan tersebut berkata: "Kami memperkenalkan pasukan-pasukan Perikatan yang akan melaksanakan peringkat penumpuan yang seterusnya. Melalui pendapatan tambahan, penjimatan kos dan langkah-langkah pengelakan kos, mereka akan menyumbang untuk menggandakan sinergi tahunan kepada lebih 10 bilion euro menjelang akhir Perikatan 2022, meningkat daripada 5 bilion euro pada tahun 2016."

Pengumuman yang dibuat hari ini merupakan satu lagi langkah ke arah usaha meningkatkan dengan pesat prestasi dan pertumbuhan syarikat-syarikat ahli Perikatan sekaligus memelihara autonomi dan strategi-strategi berbeza antara Groupe Renault, Nissan Motor Company dan Mitsubishi Motors.

Setiap seorang daripada sembilan pemimpin Perikatan yang disenaraikan di bawah akan melapor diri kepada Carlos Ghosn, pengerusi dan ketua pegawai eksekutif Perikatan.

  • Tsuyoshi Yamaguchi, Naib Presiden Eksekutif Perikatan, Kejuruteraan.

Fungsi ini akan mengurus semua aktiviti kejuruteraan, khususnya pembangunan produk. Ia akan memastikan penyerahan teknologi yang kompetitif dan transformasi keupayaan, dengan keputusan yang dibuat bersama-sama bagi mengelakkan berlakunya duplikasi dan penyimpangan. Ia akan meningkatkan penyerahan dan kecekapan kejuruteraan melalui KPI, proses, piawaian, kaedah dan alat yang dikongsi bersama.

Berkuat kuasa pada 1 April, individu-individu berikut akan menyertai pasukan Kejuruteraan yang diketuai oleh Tsuyoshi Yamaguchi:

  • Gaspar Gascon, Timbalan Naib Presiden Eksekutif Perikatan, Kejuruteraan
  • Takao Asami, Naib Presiden Kanan Perikatan, Penyelidikan dan Kejuruteraan Lanjutan
  • Philippe Brunet, Naib Presiden Kanan Perikatan, Rangkaian Kuasa dan Kejuruteraan EV
  • Christian Steyer, Naib Presiden Kanan Perikatan, Pembangunan Produk 1
  • Kunio Nakaguro, Naib Presiden Kanan Perikatan, Pembangunan Produk 2
  • Alexandre Corjon, Naib Presiden Global Perikatan, Kejuruteraan EE dan sistem
  • Karim Mikkiche, Naib Presiden Global Perikatan, Pejabat Transformasi dan Prestasi
  • Hiroshi Nagaoka, Naib Presiden Global Perikatan, Prestasi Pelanggan dan Kejuruteraan CAE / Ujian
  • Akihiro Otomo, Naib Presiden Global Perikatan, Platform dan Kejuruteraan Komponen Kenderaan
  • John Martin, Naib Presiden Eksekutif Perikatan, Pengilangan, Kejuruteraan Pengeluaran dan Pengurusan Rantaian Bekalan (SCM).

Fungsi ini memimpin penumpuan Pengilangan, Kejuruteraan Pengeluaran dan SCM. Ia bertanggungjawab untuk memaksimumkan sinergi melalui penambahbaikan penyerahan dan kecekapan, penggunaan sepenuhnya aset-aset Perikatan dan dengan mengoptimumkan pengurusan perbelanjaan modal serta jejak pengilangan bagi syarikat-syarikat ahli Perikatan.

Berkuat kuasa pada 1 April, individu-individu berikut akan menyertai pasukan Pengilangan, Kejuruteraan Pengeluaran dan Pengurusan Rantaian Bekalan yang diketuai oleh John Martin:

  • Jose Vicente de Los Mozos, Timbalan Naib Presiden Eksekutif Perikatan, Operasi Pengilangan dan Pengurusan Rantaian Bekalan 1
  • Hideyuki Sakamoto, Timbalan Naib Presiden Eksekutif Perikatan, Operasi Pengilangan dan Pengurusan Rantaian Bekalan 2
  • Jun Seki, Naib Presiden Kanan Perikatan, Kejuruteraan Pengeluaran
  • Mark Sutcliffe, Naib Presiden Kanan Perikatan, Pengurusan Rantaian Bekalan dan Strategi Perindustrian
  • Colin Lawther, Naib Presiden Kanan Serantau Perikatan, Peralihan MFG TQM, PMO, TdC
  • Véronique Sarlat Depotte, Naib Presiden Eksekutif Perikatan, Pembelian dan Pengerusi serta Pengarah Urusan Organisasi Pembelian Perikatan.

Fungsi ini merangkumi satu pasukan untuk mengurus aktiviti-aktiviti pembelian yang dibuat oleh syarikat-syarikat ahli Perikatan. Ia bertanggungjawab terhadap pemilihan dan pengurusan asas bekalan terbaik untuk Perikatan. Ia akan memanfaatkan pertumbuhan dan volum pembekal Perikatan bagi menjamin daya saing yang mampan untuk setiap jenama. Fungsi ini akan menyumbang secara aktif terhadap definisi dan pelaksanaan strategi Perikatan untuk Pendapat Keseluruhan (OaO) dan penemuan teknologi.

Berkuat kuasa pada 1 April, individu-individu berikut akan menyertai pasukan Organisasi Pembelian Perikatan yang diketuai oleh Véronique Sarlat Depotte:

  • Shohei Yamazaki , Naib Presiden Global Perikatan, Pembelian dan Timbalan Pengarah Urusan Organisasi Pembelian Perikatan
  • Yukihiro Hattori , Naib Presiden Global Perikatan, Pembelian dan Timbalan Pengarah Urusan Organisasi Pembelian Perikatan
  • Christian Vandenhende, Naib Presiden Eksekutif Perikatan, Kualiti dan Kepuasan Pelanggan Keseluruhan (TCS).

Fungsi ini akan membangunkan Strategi Kualiti yang sama, mengesyorkan langkah-langkah untuk menyelaraskan proses jaminan kualiti dalam projek-projek yang dibangunkan oleh kejuruteraan Perikatan. Ia bertujuan untuk meningkatkan OaO dalam semua pasaran dan menjamin Kepuasan Pelanggan dalam Produk dan Perkhidmatan. Fungsi ini juga akan turut menyasarkan untuk mengurangkan risiko dan merendahkan kos bukan kualiti melalui KPI, proses, kaedah, piawaian, alat dan audit yang sama.

Berkuat kuasa pada 1 April, individu-individu berikut akan menyertai pasukan Kualiti dan TCS yang diketuai oleh Christian Vandenhende:

  • Arnaud Bouthenet, Naib Presiden Global Perikatan, Kualiti dan Strategi TCS
  • Hidenobu Miyagi, Pengarah Global Perikatan, Kualiti dan Audit TCS
  • Kent O ' Hara, Naib Presiden Kanan Perikatan, Selepas Jualan.

 

Fungsi ini memimpin penggunaan sistem pengurusan data, amalan terbaik dalam pengurusan hubungan pelanggan dan ekonomi skala dalam logistik, inventori serta pembelian alat ganti yang sama. Sebagai sebahagian daripada Perikatan 2022, syarikat-syarikat ahli menyasarkan sinergi dan kerjasama yang dipertingkat dalam aktiviti-aktiviti Selepas Jualan seperti aksesori, alat ganti, kejuruteraan, pembelian dan perkhidmatan terhubung.

Berkuat kuasa pada 1 April, individu-individu berikut akan menyertai pasukan Selepas Jualan yang diketuai oleh Kent O'Hara:

  • Hakan Dogu, Naib Presiden Global Perikatan dan Timbalan Pengarah Urusan, Selepas Jualan
  • Pietro Berardi, Naib Presiden Serantau Perikatan, Semua Alat Ganti
  • Hadi Zablit, Naib Presiden Kanan Perikatan, Pembangunan Perniagaan.

Fungsi ini akan menumpu pada aktiviti-aktiviti masa depan dan inovasi penemuan ulung termasuk pembangunan platform segmen-A Keluarga Modul Bersama, perkongsian dengan Pengeluar Peralatan Asli (OEM), Perkhidmatan Kenderaan Terhubung dan Mobiliti Perikatan, penyegerakan perancangan teknologi dan produk baharu serta Usaha Niaga Perikatan. Ia akan turut mendapatkan penumpuan dalam aktiviti-aktiviti lain termasuk pengurusan maklumat dan pendigitan selain pengalaman pelanggan.

Berkuat kuasa pada 1 April, individu-individu berikut akan menyertai pasukan Pembangunan Perniagaan yang diketuai oleh Hadi Zablit:

  • Ogi Redzic, Naib Presiden Kanan Perikatan, Kenderaan Terhubung dan Perkhidmatan Mobiliti
  • Gérard Detourbet, Naib Presiden Global Perikatan, Inovasi Penemuan Ulung
  • Jacques Verdonck, Naib Presiden Global Perikatan, Kerjasama dengan Daimler Group dan Perkongsian OEM
  • François Dossa, Pengarah Global Perikatan, Usaha Niaga Perikatan
  • Nils Saclier, Pengarah Global Perikatan, Perancangan Produk dan Teknologi
  • Arun Bajaj, Naib Presiden Kanan Perikatan, Bakat.

Fungsi ini bertanggungjawab untuk memastikan Perikatan mengenal pasti, menarik, membangunkan dan mengekalkan bakat kepimpinan terbaik bagi memacu hasil perniagaan pada masa kini, serta pada masa depan. Ia dapat dicapai dengan melaksanakan pelengkap penuh bagi strategi pengurusan bakat dalam syarikat-syarikat ahli Perikatan.

  • Ashwani Gupta, Naib Presiden Kanan Perikatan, Perniagaan LCV Renault-Nissan-Mitsubishi.

Fungsi ini bermatlamat untuk meluaskan kepimpinan pasaran kenderaan komersial ringan (LCV) di bawah satu unit perniagaan dan meningkatkan jualan dengan menonjolkan potensi penuh Renault, Nissan dan Mitsubishi. Hal ini mendorong lebih banyak sinergi menerusi satu unit perniagaan, di samping memastikan pembezaan jenama, memaksimumkan pembangunan silang dan pengilangan silang, perkongsian teknologi serta pengurangan kos.

  • Arnaud Deboeuf, Naib Presiden Kanan Perikatan, Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif.

Fungsi ini bertanggungjawab untuk mengukuhkan dan memantapkan kerjasama dalam Perikatan bagi meningkatkan prestasi dan kecekapan setiap rakan kongsi. Ia mengurus dan menggalakkan penumpuan melalui badan-badan tadbir urus Renault-Nissan-Mitsubishi: Jawatankuasa Operasi Perikatan dan Jawatankuasa Strategik Perikatan. Fungsi ini turut dipertanggungjawabkan untuk mempercepatkan sinergi dan amalan terbaik dalam fungsi-fungsi lain dan mengkaji bidang penumpuan baharu.

Biografi eksekutif disediakan melalui laman sesawang Renault-Nissan-Mitsubishi: https://www.alliance-2022.com/executives/

LATAR BELAKANG RENAULT-NISSAN-MITSUBISHI: 

Groupe Renault, Nissan Motor dan Mitsubishi Motors mewakili perikatan automotif yang terbesar di dunia. Ia merupakan perkongsian rentas budaya yang paling lama bertahan dan paling produktif dalam industri auto. Rakan-rakan kongsi ini bersama-sama menjual lebih 10.6 juta kenderaan hampir di 200 negara pada tahun 2017. Syarikat-syarikat ahli menumpu pada kolaborasi dan pemaksimuman sinergi demi meningkatkan daya saing. Syarikat-syarikat ahli turut menjalin kerjasama strategik bersama kumpulan-kumpulan automotif yang lain, termasuk Daimler Jerman dan Dongfeng China. Perikatan strategik ini merupakan peneraju industri bagi kenderaan tanpa emisi dan membangunkan teknologi-teknologi canggih yang terkini, dengan rancangan untuk menawarkan pemanduan berautonomi, ciri-ciri ketersambungan dan perkhidmatan untuk pelbagai pilihan kenderaan mampu milik.

http://www.alliance-2022.com

http://www.media.renault.com

http://www.nissan-newsroom.com

http://www.mitsubishi-motors.com/en/newsrelease/

https://www.alliance-2022.com/news/alliance-leadership-appointments-to-accelerate-synergies/

Logo - http://mma.prnewswire.com/media/556610/Renault_Nissan_Mitsubishi_Logo.jpg  

Source: Renault-Nissan-Mitsubishi
Keywords: Auto Transportation Personnel announcements