omniture

Huawei Pamer Penyelesaian ICT Lapangan Terbang Pintar Berorientasi Masa Depan di EKSPO Terminal Penumpang

Huawei
2018-03-22 18:26 871

Tonjolkan Sokongan Divisualisi demi Operasi Lapangan Terbang yang Selamat dan Cekap serta Pengalaman Penumpang Diperibadikan

STOCKHOLM, Sweden, 22 Mac 2018 /PRNewswire/ -- Mulai 20-22 Mac, Huawei mempamerkan penyelesaian ICT lapangan terbang pintarnya yang komprehensif bertemakan "Menerajui ICT Baharu, Jalan menuju Penerbangan Digital" di EKSPO Terminal Penumpang 2018. Pameran ini ialah salah satu daripada acara paling unggul dalam indudstri lapangan terbang, menghimpunkan lebih 7,000 delegasi dan 225 pempamer yang mewakili ekosistem penerbangan dunia bagi membincangkan perkembangan dan inovasi terkini.

Huawei berkolaborasi dengan rakan-rakan kongsi seperti TravelSky, Brilliant Technologies, Terra Vision, Huadong Electronic Information & Technology, dan Crystone untuk mempamerkan suit penuh penyelesaian ICT Lapangan Terbang Pintar yang utama dalam industri untuk operasi lapangan terbang cekap yang divisualisasikan, keselamatan lapangan terbang divisualisasikan dan khidmat penumpang diperibadikan. Dengan meningkatkan kecekapan dan keselamatan operasi, serta mengoptimumkan pengalaman penumpang, penyelesaian Huawei membolehkan industri penerbangan membangunkan lapangan terbang pintar masa depan.

Semasa EKSPO berlangsung, Huawei turut mengadakan majlis penandatanganan bagi mengumumkan perkongsian strategik dengan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA). Melalui perkongsian strategik ini, Huawei akan memanfaatkan penyelesaian dan kepakaran ICT baharunya untuk menyokong usaha-usaha IATA dalam mempercepatkan transformasi digital dalam industri penerbangan.

Huawei turut mengumumkan kejayaan penggunaan penyelesaian storan OceanStor 9000 di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad, membantu salah satu lapangan terbang utama di Timur Tengah untuk memenuhi keperluan storan yang besar untuk tempoh lima tahun akan datang.

Yuan Xilin, Presiden Sektor Pengangkutan Huawei Enterprise BG, berkata dalam Sidang Kemuncak Penerbangan Global Huawei 2018, "Konsep lapangan terbang pintar kini menjadi suatu kenyataan di seluruh dunia memandangkan lapangan terbang mengguna pakai ICT inovatif yang membolehkan perkhidmatan penerbangan, perkhidmatan penumpang dan operasi lapangan terbang yang bersifat digital dan divisualisasikan. Penyelesaian Huawei adalah berdasarkan ICT baharu seperti awan, Internet Komunikasi Benda (IoT) dan Kecerdasan Buatan (AI) dan membawakan kolaborasi awan-paip-peranti, menyediakan platform infrastruktur ICT inovatif yang sehenti bagi membantu pelanggan penerbangan membangunkan lapangan terbang pintar berorientasikan masa depan. Kami menyasarkan untuk memberi manfaat penting kepada pelanggan dari segi jaminan keselamatan, kecekapan pengendalian lapangan terbang dan kualiti perkhidmatan, demi mencipta pengalaman perjalanan yang terbaik dalam kelasnya untuk penumpang global."

Yuan Xilin, Presiden Sektor Pengangkutan Huawei Enterprise BG, berucap di Sidang Kemuncak Penerbangan Global Huawei 2018
Yuan Xilin, Presiden Sektor Pengangkutan Huawei Enterprise BG, berucap di Sidang Kemuncak Penerbangan Global Huawei 2018

Penyelesaian Lapangan Terbang Pintar Huawei Dorong Keselamatan, Kecekapan dan Perkhidmatan untuk Optimumkan Pengalaman Perjalanan

Reruai Huawei di EKSPO Terminal Penumpang 2018 menampilkan rangkaian penuh senario lapangan terbang, termasuk keselamatan dan sekuriti bangunan terminal, operasi apron dan pengalaman penumpang. Senario-senario menekankan keupayaan penyelesaian ICT Lapangan Terbang Pintar Huawei dalam seluruh lapangan terbang bermula daripada aliran penerbangan kepada aliran penumpang.

Keselamatan Operasi Lapangan Terbang: Penyelesaian Keselamatan Divisualisasikan Lapangan Terbang Pintar Huawei menyediakan kamera pintar 4K terhubung melalui angkut balik video jalur lebar menggunakan Rangkaian Optik Pasif (PON) yang tangkas. Platform awan video 'backend' menyediakan kebolehskalaan untuk mengehoskan imej pengawasan video dan video serta aplikasi analitik video pintar yang dibangunkan oleh rakan-rakan kongsi Huawei. Dengan menggunakan teknologi pengawasan video berpanorama pintar, penyelesaian ini mendayakan pengurusan keselamatan divisualisasi untuk lapangan udara, bangunan terminal dan kawasan awam. Kamera dengan teknologi pengecaman wajah membantu menjamin keselamatan operasi bangunan terminal dan membolehkan penumpang dikenal pasti dalam seluruh terminal menggunakan token biometrik unik. Penyelesaian ini memberikan proses-proses yang lancar dan ringkas untuk meningkatkan keselamatan seluruh lapangan terbang dan pengalaman penumpang dengan ketara.

Kecekapan Operasi Lapangan Terbang: Penyelesaian Operasi Divisualisasikan Lapangan Terbang Pintar Huawei mempunyai rangkaian tanpa wayar eLTE untuk penghantaran suara, video dan data termasuk data jalur sempit berasaskan IoT. Berdasarkan Platform Komunikasi Bersepadu (ICP) Huawei, penyelesaian ini menyediakan akses seragam kepada berbilang komunikasi seperti komunikasi jalur lebar eLTE, persidangan video dan telefoni IP. Ini dapat meningkatkan kecekapan operasi dan mengubah perkhidmatan pengendalian darat dengan mendayakan tugasan dan pelaporan tugas dalam masa sebenar.

Penyelesaian eLTE lapangan terbang Huawei digunakan oleh Lapangan Terbang Antarabangsa Chongqing Jiangbei China bagi mendayakan perkhidmatan pengendalian darat digital, yang meningkatkan dengan ketara produktiviti kakitangan daratnya. Selain itu, Huawei, bersama rakan-rakan kongsi Crystone dan Oviphone, menyediakan platform awan lapangan terbang yang mempunyai analitik IoT dan Data Besar. Platform ini membantu kakitangan lapangan terbang mengurus pencahayaan navigasi apron, mencari dan menjejak kenderaan berkuasa dan tanpa kuasa, serta memantau persekitaran terminal lapangan terbang, yang telah meningkatkan tahap kecekapan pengurusan aset lapangan terbang.

Pengalaman Perkhidmatan Unggul: Huawei, dengan kerjasama 7G dan rakan-rakan kongsi lain, menyediakan rangkaian kampus lapangan terbang yang andal dan tangkas. Memanfaatkan Perkhidmatan Berasaskan-Lokasi (LBS) melalui Wi-Fi, pengawasan video dan analitik Data Besar, Huawei mengoptimumkan pengalaman penumpang dengan mendayakan swakhidmat, navigasi dalaman dan promosi komersial dalam bangunan terminal untuk penumpang.

Huawei komited untuk menjadi rakan kongsi transformasi digital pilihan bagi pelanggan industri penerbangan. Dengan 20 tahun pengalaman dalam industri penerbangan awam, Huawei menyediakan produk, penyelesaian dan perkhidmatan ICT kepada lebih 50 lapangan terbang, syarikat penerbangan dan pihak berkuasa kawalan lalu lintas udara, termasuk lebih 15 lapangan terbang dunia yang mempunyai lebih 30 juta penumpang tahunan. Sebagai contoh, Huawei dan Lapangan Terbang Dubai baru-baru ini menyiapkan pembinaan Kompleks Pusat Data Modular (MDCC) diperakui Tahap III yang pertama di dunia di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, demi menyokong pertumbuhan pesat dan pengendalian rumit lapangan terbang tersebut.

Reruai Huawei di EKSPO Terminal Penumpang 2018 terletak di Gerai Pameran 1810, Dewan A Stockholmsmässan. Layari http://e.huawei.com/topic/2018passenger-terminal/ untuk maklumat lanjut.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180321/2085648-1-a

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Transportation Trade show news