omniture

Keluaran Julung Kali 'Live from Leningrad, 1960' Bersejarah Byron Janis, Tersedia di www.byronjanislive.com

Janis Eleven Enterprises, LTD.
2018-05-07 22:47 464

NEW YORK, 7 Mei 2018 /PRNewswire/ -- Byron Janis, dianggap sebagai pemain piano masih hidup yang terhebat, mempersembahkan Live from Leningrad, 1960, rakaman rahsia bagi persembahan Perang Dingin beliau di Rusia atas perintah JFK. Dilancarkan buat julung kalinya di www.byronjanislive.com, kewujudannya tidak diketahui sehinggalah baru-baru ini.

Alami Hebahan Berita Berbilang Saluran Interaktif di sini: https://www.multivu.com/players/English/8108052-byron-janis-live-from-leningrad-1960/

Ia mengandungi 16 karya klasik daripada enam penggubah muzik, termasuk Piano Sonata yang digubah oleh Aaron Copland pada tahun 1939, yang menggambarkan ketakutan WW II Copland dan diakhiri dengan loceng-loceng indah yang "mengumumkan harapan untuk kedamaian," kata Janis. Penggubah-penggubah muzik lain yang ditampilkan: Chopin, de Falla, Liszt, Mozart dan Schumann.  

Artis berusia 90 tahun itu masih mencipta muzik, termasuk untuk muzikal "Silver Skates" yang ditayangkan di Broadway. Beliau dan juga Naxos Records baru sahaja menandatangani perjanjian pengedaran seluruh dunia.

Live from Leningrad ialah yang kedua dalam siri rakaman persembahan langsung Janis yang tidak dikeluarkan sebelum ini. Beliau mengeluarkan Byron Janis Live on Tour, Vol.1 pada musim luruh yang lalu.

"Pada mulanya saya kecewa kerana rakaman konsert ini dihasilkan dan dijual di USSR tanpa pengetahuan saya. Tetapi kini, saya bersyukur kerana detik unik dalam sejarah muzik yang dapat dirakam," tambah Janis, yang dilantik sebagai Duta Budaya pertama negara kami ke Rusia.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Byron Janis, atau membeli album terkini beliau Live from Leningrad, 1960 atau Bryon Janis Live on Tour, Vol. 1, sila layari www.byronjanislive.com. Maklumat lanjut tentang Maestro Janis disediakan di www.byronjanis.com, facebook.com/ByronJanis, twitter.com/@ByronJanisMusic, https://www.youtube.com/user/ByronJanisMusic, instagram.com/#ByronJanisMusic

Latar Belakang Byron Janis:

Byron Janis terkenal di peringkat antarabangsa sebagai salah seorang pemain piano terhebat di dunia. Beliau membuat penampilan sulung orkestra ketika berumur 15 tahun bersama NBC Symphony Orchestra Toscanini. Tahun berikutnya, beliau dipilih oleh Vladimir Horowitz sebagai pelajar pertama beliau. Ketika berusia 18 tahun, beliau menjadi artis paling muda yang pernah menandatangani kontrak bersama RCA Victor Records. Dua tahun kemudian, pada tahun 1948, beliau membuat kemunculan sulung di Carnegie Hall yang dinobatkan sebagai kejayaan yang tiada tandingan. Beliau pernah bermain dengan setiap orkestra simfoni utama di A.S. dan luar negara. Rakaman beliau yang begitu banyak muncul pada label-label RCA, Mercury Phillips, Sony, Universal dan EMI. byronjanis.com  

Bagi mendapatkan senarai acara dan majlis penghormatan akan datang, maklumat akhbar atau untuk mengaturkan temubual, penampilan dan penglibatan umum terhad, sila hubungi Raina Grossman, Ketua, Wolf and Rain Communications, LLC (646) 879-5859 raina@wolfandrain.com, Bettina L. Klinger, Ketua, Brand Varietals, INC (917-930-8654)  bklinger@brandvarietal.com.

Maklumat Perhubungan: 

Bettina Klinger
bklinger@brandvarietal.com
917-930-8654

Source: Janis Eleven Enterprises, LTD.
Keywords: Art Entertainment Music Broadcast feed announcements New products/services