omniture

Perniagaan Litium FMC bakal Dinamakan Livent Corporation

FMC Corporation
2018-07-26 19:30 2086

PHILADELPHIA, 26 Julai 2018 /PRNewswire/ -- FMC Corporation (NYSE: FMC) hari ini mengumumkan ia akan menjenamakan semula perniagaan bahan-bahan litium sebagai Livent Corporation (disebut sebagai lye-vent) susulan rancangan yang diumumkan sebelum ini untuk memisahkan FMC Lithium menjadi syarikat yang diniagakan secara awam.

"FMC telah menjadi pengeluar utama sebatian-sebatian litium selama lebih 40 tahun," kata Paul Graves, ketua pegawai eksekutif Livent Corporation. "Sebagai sebuah syarikat bebas, Livent akan meneruskan kekuatan kami sebagai peneraju teknologi litium yang bersepadu sepenuhnya yang mempunyai portfolio produk yang luas untuk kenderaan elektrik dan aplikasi simpanan tenaga lain, polimer dan sintesis, aloi litium, pelincir berprestasi tinggi dan kegunaan khas yang lain."

Livent Corporation ialah salah satu daripada sebilangan kecil syarikat yang mempunyai keupayaan, reputasi dan kepakaran untuk menghasilkan sebatian-sebatian litium berprestasi tinggi yang dapat membantu memenuhi peningkatan permintaan terhadap litium.

"Pengumuman hari ini merupakan satu lagi langkah penting dalam perkembangan kami untuk mewujudkan dua buah syarikat awam utama yang berdiri sendiri," kata Pierre Brondeau, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengerusi FMC Corporation. "Sebagai sebuah syarikat bebas, Livent akan mempunyai kebebasan dan kebolehan untuk mengatur haluan dan strategi perniagaannya. Kepimpinan dan kakitangannya akan mempunyai kefleksibelan untuk mengkaji, berkembang maju dan meneruskan rancangan pertumbuhannya bersama jenama baharu yang hebat. Kami turut berasa teruja dengan masa depan FMC sebagai salah sebuah syarikat teknologi pertanian terbesar yang menumpu untuk membawakan inovasi termaju dan penyelesaian mampan kepada warga petani seluruh dunia."

Brondeau dijangka berkhidmat sebagai pengerusi lembaga Livent susulan pengasingan tersebut, dan akan terus memimpin FMC Corporation sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan pengerusi.

Livent mempunyai tarikan sejagat, sesuai untuk syarikat bertumpu sepenuhnya pada sains bahan litium unggul yang dengan jejak global yang luas dan peluang perniagaan seluruh dunia. Jenama baharu Livent™, termasuk tanda jenama dan identiti visual, akan didedahkan menjelang tarikh pengasingan.

Latar Belakang FMC
Selama lebih seabad lamanya, FMC Corporation menyediakan perkhidmatan untuk pasaran pertanian, perindustrian dan pengguna global menerusi penyelesaian inovatif, aplikasi dan produk yang berkualiti. Pada 1 November 2017, FMC memperoleh sebahagian besar daripada perniagaan DuPont Crop Protection. FMC menggaji kira-kira 7,000 kakitangan di seluruh dunia dan mengendalikan perniagaannya dalam dua segmen: FMC Agricultural Solutions dan FMC Lithium. Untuk maklumat lanjut, layari www.FMC.com.

Kenyataan Perlindungan Selamat di bawah Akta Sekuriti Persendirian 1995: Kenyataan-kenyataan dalam siaran media ini yang merupakan kenyataan-kenyataan jangkaan tertakluk kepada pelbagai risiko dan ketidaktentuan berkenaan faktor-faktor tertentu yang dijelaskan dalam Borang 10-K 2017 FMC Corporation dan pemfailan SEC lain. Maklumat sedemikian yang terkandung di dalam kenyataan ini merupakan pertimbangan terbaik pihak pengurusan pada tarikh ini berdasarkan maklumat yang kini tersedia. FMC Corporation tidak berhasrat untuk mengemas kini maklumat ini dan menafikan sebarang tanggungjawab undang-undang yang sebaliknya. Maklumat terdahulu tidak semestinya menunjukkan prestasi masa depan.  

 

Source: FMC Corporation
Related Stocks:
NYSE:FMC
Related Links:
Keywords: Agriculture Chemical Oil/Energy Utilities New products/services