omniture

Designer Parfums Umum Lesen Dengan Formula 1® untuk Kategori Minyak Wangi

Designer Parfums
2019-05-13 21:52 307

Cita-citanya adalah untuk membawakan keriangan, keghairahan, teknologi dan kedinamikan Formula 1® ke dunia wangian 

LONDON, 13 Mei 2019 /PRNewswire/ -- Designer Parfums hari ini mengumumkan satu perjanjian yang memberi penambahan kepada portfolio gaya hidup dan selebritinya yang semakin berkembang.

Hari ini, Formula 1® dan Designer Parfums mengumumkan bahawa kedua-duanya telah menandatangani satu perjanjian lesen yang menyaksikan Designer Parfums menjadi rakan kongsi Minyak Wangi rasmi yang pertama seumpamanya untuk Formula 1®.

Berita ini, yang menyusuli pengumuman yang dibuat bulan lalu bahawa CAA-GBG Global Brand Management Group, syarikat pengurusan jenama ulung di dunia dan subsidiari Global Brands Group, bekerjasama dengan Formula 1® untuk mengembangkan audiens global mereka dan meningkatkan pengalaman peminat keseluruhan.

Designer Parfums teruja untuk menceritakan kisah yang membangkitkan kenangan Formula 1® melalui minyak wangi, dan merancang untuk memanfaatkan warisan, prinsip dan teknologi canggih sukan tersebut bagi meluaskan capaian dan memastikan agar peminat di seluruh dunia dapat menikmati satu lagi cara untuk berhubung dengan jenama yang inovatif ini.

Dilesh Mehta, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Designer Parfums, berkata: "Kami berbesar hati kerana Formula 1 mempercayai kebolehan kami untuk menterjemah jenama sukan dan hiburan global yang mengagumkan ini, yang mempunyai lebih 500 juta peminat di seluruh dunia, menjadi cadangan minyak wangi yang menarik dan inovatif. Cita-cita kami adalah untuk membina jenama minyak wangi yang menggabungkan pendekatan yang benar-benar boleh diterima oleh dunia wangian dengan nilai-nilai teras Formula 1."

Mehta menyambung, "Kami berusaha dengan begitu gigih untuk melakukan hal ini dengan cara berbeza dan kami sanggup mengambil risiko, sama seperti sukan, bermula dengan cara kami membangunkan minyak wangi yang paling mengagumkan, kepada konsep dan cara kami memasarkannya, daripada botol kepada pempakejan. Kami ingin memastikan peminat dan pengguna dapat merasakan hubungan yang kuat dengan nilai-nilai Formula 1®. Sehubungan dengan itu, kami telah menugaskan pereka berwawasan Ross Lovegrove untuk membantu kami menterjemahkam semangat ini secara estetik dan menghasilkan satu reka bentuk yang menggabungkan antara teknologi, bahan baharu dengan pempakejan inovatif."

Latar Belakang Designer Parfums 

Designer Parfums mempunyai berbagai-bagai jenis produk wangian dan kecantikan berprestij dan banyak dalam portfolionya, menerusi fesyen, gaya hidup dan juga selebriti. Sama ada mencipta jenama dari permulaan atau memperoleh lesen daripada jenama sedia ada, gabungan antara penyelesaian pemasaran yang inovatif, kepantasan dibawa ke pasaran, kefleksibelan untuk menangani cabaran dan menerima rakan kongsi, menjadi asas kejayaan global mereka.

Portfolio semasa mereka diagihkan di lebih 80 negara dan mencakupi spektrum klasik dengan warisan sebenar bersama-sama jenama-jenama minyak wangi pereka dan selebriti termasuk Jennifer Lopez, Naomi Campbell, Ariana Grande, Ghost, Aigner Parfums, Porsche Design, Scherrer, Cerutti 1881, Playboy dan kini Formula 1®.

Maklumat lanjut disediakan di http://www.designerparfums.com atau di contacts@designerparfums.com

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/885344/Designer_Parfums_Logo.jpg  

 

Source: Designer Parfums
Keywords: Household/Consumer/Cosmetics Retail Sporting Events Sports Licensing/marketing agreements