omniture

Duta Global Program Sosial Kanak-kanak Antarabangsa Gazprom Bola Sepak untuk Persahabatan Franz Beckenbauer bakal Kongsi Kemahiran dengan Pemain-pemain Muda dari Serata Dunia di Madrid

Gazprom Football for Friendship
2019-05-13 22:18 324

Duta Global Program Sosial Kanak-kanak Antarabangsa Gazprom Bola Sepak untuk Persahabatan Franz Beckenbauer akan mengambil bahagian dalam acara-acara akhir Musim Ketujuh program di Madrid mulai 28 Mei hingga 2 Jun. Acara-acara tersebut akan diadakan dalam kerangka Peringkat Akhir Liga Juara-juara UEFA 2019.

MOSCOW, 13 Mei 2019 /PRNewswire/ -- Buat julung kalinya, Forum Bola Sepak untuk Persahabatan Antarabangsa akan menjadi sebahagian daripada acara-acara akhir program berkenaan. Para jurulatih, doktor-doktor pasukan kanak-kanak, wartawan-wartawan syarikat media yang terkemuka di dunia, pemain-pemain bola sepak terkenal, wakil-wakil akademi dan persekutuan bola sepak akan membincangkan persoalan-persoalan dalam mempersiapkan pemain-pemain muda bola sepak untuk pertandingan peringkat antarabangsa, kaedah-kaedah baharu dalam pendidikan sukan, prinsip-prinsip dalam membentuk pasukan kanak-kanak yang berjaya, selain cara-cara pembangunan profesional Pemain-pemain Muda.

Football for Friendship Global Ambassador Franz Beckenbauer
Football for Friendship Global Ambassador Franz Beckenbauer

Tahun ini, salah seorang penceramah Forum ialah legenda sukan bola sepak seluruh dunia, pemegang Bola Emas (Ballon d'Or) sebanyak dua kali, Franz Beckenbauer.

Di Madrid, Franz Beckenbauer akan bertemu dengan Peserta-peserta Muda Bola Sepak untuk Persahabatan sebagai Duta Global dan akan berkongsi bersama mereka tentang pengalaman sukan beliau, kes-kes menarik dalam amalam profesional beliau, berkongsi pengetahuan yang diperlukan oleh atlet-atlet baharu bagi mencapai hasil terbaik.

"Saya amat berbesar hati kerana dapat menjadi sebahagian daripada Program Sosial Kanak-kanak Antarabangsa Gazprom Bola Sepak untuk Persahabatan. Nilai-nilai yang dipromosikan oleh Peserta-peserta Muda dari negara-negara berbeza tak lapuk dek zaman: tanpa idea kesamarataan, kebaikan dan keadilan, anda tidak dapat membayangkan sebuah dunia yang seimbang. Membesarkan kanak-kanak yang bersedia untuk bekerjasama dan berkomunikasi adalah matlamat utama kerana kebolehan untuk berkompromi, untuk mencari aspek berkomunikasi yang sama dengan individu yang paling berbeza merupakan kunci kejayaan dalam kehidupan tanpa mengira sama ada mereka memilih kerjaya sukan profesional atau sebarang kerjaya lain," kata Duta Global Bola Sepak untuk Persahabatan Franz Beckenbauer.

"Saya berasa sangat gembira kerana program Bola Sepak untuk Persahabatan memberi peluang kepada saya untuk bertemu pemain-pemain bola sepak profesional dan tahun ini di Madrid, saya akan bertemu dan berbual bersama legenda sukan bola sepak sebenar Franz Beckenbauer! Hebat rasanya dapat menjadi sebahagian daripada projek global sedemikian yang disokong oleh atlet-atlet terkenal dari seluruh dunia! Bagi saya, ia merupakan satu motivasi hebat untuk mencapai impian saya!" ujar Sophie Folds, Duta Muda Bola Sepak untuk Persahabatan berusia 12 tahun dari Washington (AS).

 

Foto: https://mma.prnewswire.com/media/885679/Franz_Beckenbauer.jpg
Logo: https://mma.prnewswire.com/media/837140/Gazprom_Football_for_Friendship_Logo.jpg

 

Source: Gazprom Football for Friendship
Keywords: Education Gas Oil/Energy Publishing/Information Service Sporting Events Sports Utilities Children-related news Corporate Social Responsibility Not for profit Trade show news