omniture

PrimeXBT Perluas Senarai Instrumen Perdagangan, Kurangkan Saiz Dagangan Minimum

PrimeXBT
2020-01-30 21:10 156

VICTORIA, Seychelles, 30 Januari 2020 /PRNewswire/ -- PrimeXBT, platform perdagangan margin berasaskan Bitcoin yang menawarkan leveraj sehingga 1000x dalam tukaran mata wang asing (forex), indeks saham, komoditi dan mata wang kripto, telah mengumumkan pelbagai instrumen baharu yang kini disediakan untuk diperdagangkan. 

Mata Wang Forex Baharu dan Pasangan Perdagangan

Dolar New Zealand (NZD) 

  • NZD/CAD
  • NZD/CHF
  • NZD/JPY
  • NZD/SGD
  • NZD/USD
  • AUD/NZD
  • EUR/NZD

Dolar Singapura (SGD) 

  • USD/SGD
  • EUR/SGD
  • GBP/SGD

Ruble Rusia (RUB) 

  • USD/RUB

Lira Turki (TRY) 

  • USD/TRY

Pasangan Perdagangan Baharu melalui Mata Wang Sedia Ada 

  • CAD/CHF
  • CAD/JPY
  • CHF/JPY

Indeks Saham Baharu 

  • Europe 50 (EUR50)
  • France 40 (FRANCE)
  • Spain 35 (SPAIN)
  • Wall Street 30 (DOWJ)

Instrumen Perdagangan Baharu Sediakan Lebih Banyak Peluang Untuk Pedagang Mendapat Keuntungan

Instrumen baharu menyediakan pedagang dengan peluang yang sebesar mungkin untuk keuntungan dan pempelbagaian portfolio.

Seorang jurucakap PrimeXBT berkata: "Matlamat kami adalah untuk menawarkan pengguna dengan sebanyak mungkin instrumen perdagangan. Kami akan terus memperluaskan barisan produk pada tahun 2020 dengan menambah alatan baharu, ciri-ciri, malah lebih banyak instrumen untuk diperdagangkan, seraya menjadikan PrimeXBT sebagai penyelesaian-semua-dalam-satu untuk pedagang moden."

Saiz Kedudukan Minimum Dikurangkan Merentas Kesemua Instrumen Perdagangan

Selain daripada instrumen baharu yang kini disediakan pada platform perdagangan, PrimeXBT telah mengurangkan saiz kedudukan minimum dalam kesemua instrumen yang disenaraikan pada platform berkenaan.

Ini membolehkan pedagang yang mempunyai jumlah modal permulaan yang kecil untuk mengakses dengan lebih mudah pasaran yang tidak dapat diakses oleh mereka sebelum ini. Sebelum perubahan ini, saiz dagangan minimum untuk kontrak minyak Brent ialah 100 tong. Namun demikian, selepas pengemaskinian berkenaan, pengguna kini boleh membuka kedudukan serendah 1 tong, menurunkan keperluan kemasukan daripada kira-kira $8,000 kepada $80 USD.

Digabungkan dengan komisen perdagangan yang kompetitif dan sistem diskaun progresif yang ditambah baru-baru ini untuk bayaran dagangan yang malah lebih rendah iaitu potongan sehingga 50%, PrimeXBT menjadikan perdagangan mudah dan boleh diakses, meskipun dengan modal permulaan yang kecil.

Latar Belakang PrimeXBT 

PrimeXBT ialah sebuah syarikat teknologi kewangan (fintech) yang ditubuhkan pada tahun 2018 yang menawarkan infrastruktur perdagangan Mata Wang Kripto, FX, Indeks dan Komoditi dengan leveraj sehingga 1000x untuk kedudukan panjang dan pendek serta kecairan diagregatkan daripada pelbagai penyedia kecairan. Syarikat ini memberi akses kepada data pasaran pada waktu sebenar dan pelbagai jenis alatan analisis perdagangan di samping mengekalkan keselamatan, kecairan serta mendayakan persekitaran perdagangan yang selamat dan cekap buat semua.

Untuk mengetahui lebih lanjut, kunjungi https://primexbt.com.

Ikuti PrimeXBT di Facebook dan Twitter.

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/1083201/PrimeXBT_Logo.jpg

Source: PrimeXBT
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Corporate Expansion Blockchain Financial Technology