omniture

CELLRETURN, perniagaan pupur khusus LED, pilih pelakon Lee Min-ho jadi model jenama

CELLRETURN
2020-02-03 08:28 251
  • Jenama pupur LED CELLRETURN pilih pelakon Lee Min-ho sebagai salah satu model jenama, rancang bawa jenama ke pasaran antarabangsa 
  • CELLRETURN rancang perkukuh kesedaran jenama dalam pasaran pupur LED global dan turut penuhi keperluan lelaki yang berminat dalam produk kecantikan 

SEOUL, Korea Selatan, 3 Februari 2020 /PRNewswire/ -- Lee Min-ho telah terpilih sebagai model jenama bagi jenama khusus kecantikan dan penjagaan kesihatan global, CELLRETURN (Ketua Pegawai Eksekutif Kim Il-soo).

CELLRETURN’s brand model, actor Lee Min-ho (picture provided by CELLRETURN)
CELLRETURN’s brand model, actor Lee Min-ho (picture provided by CELLRETURN)

CELLRETURN mengumumkan bahawa Lee Min-ho, seorang bintang Global dengan kumpulan peminat global yang mantap, telah terpilih sebagai model jenama untuk meluaskan kesedaran pupur LED jenama ini bukan sahaja dalam pasaran dalam negara bahkan juga pasaran antarabangsa, dan mengukuhkan kedudukan mereka dalam kalangan lelaki yang membuat pelaburan aktif dalam mengambil berat tentang rupa paras mereka.

Lee Min-ho merancang untuk kembali ke layar TV semasa separuh pertama 2020 menerusi rancangan drama, "The King: Eternal Monarch." Beliau disukai oleh peminat domestik dan antarabangsa kerana mencuba watak-watak yang berbeza dan mempamerkan spektrum lakonannya yang luas. Selain itu, Lee Min-ho ialah bintang global yang tidak dapat ditandingi, kerana beliau dipilih sebagai pelakon Korea yang paling disukai di seluruh kawasan Asia, menurut "Laporan Global Hallyu 2019" yang dijalankan oleh Yayasan Korea untuk Pertukaran Kebudayaan Antarabangsa.

Sebuah iklan TV dengan model jenama CELLRETURN, pelakon Kang So-ra, pelakon Park Seo-joon, dan model baharu jenama Lee Min-ho disiarkan bermula pada 20 haribulan Januari. Iklan ini meraih banyak perhatian kerana ia merupakan komersial pertama Lee Min-ho pada tahun 2020.

Seorang pegawai dari CELLRETURN berkata, "Imej bersih dan sofistikated Lee Min-ho sesuai dengan imej premium CELLRETURN…harap anda teruja dengan CELLRETURN pada tahun 2020 bersama Lee Min-ho."

Selepas penubuhannya pada tahun 2008, CELLRETURN telah mengkhusus dalam menjalankan penyelidikan mengenai cahaya LED. Ia ialah perniagaan khusus pupur LED dengan asas teknologi yang kukuh dan produk berkualiti tinggi yang juga menjalankan sendiri R&D, perancangan, pengilangan, dan pembaikpulihan. Di samping itu, CELLRETURN ialah satu-satunya syarikat di Korea yang menggabungkan peralatan analisis LED untuk mengukur keberkesanan panjang gelombang LED, pakej modul, kadar penembusan terhadap bahan produk, dan banyak lagi. Berdasarkan teknologi ini, syarikat itu telah mendedahkan "pupur LED" (alat penjagaan kulit), "Neckle RAY" (alat penjagaan kulit leher), dan "Hair Alpha-Ray" (alat penjagaan kulit kepala dan rambut).

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200131/2708055-1?lang=0

Source: CELLRETURN
Related Links:
Keywords: Cosmetics & Personal Care Household/Consumer/Cosmetics New products/services