omniture

Cint perkenal identiti jenama baharu bersedia lonjak tahap pertumbuhan seterusnya

Cint
2020-02-03 17:02 102

Penjenamaan baharu merangkumkan komitmen syarikat teknologi terhadap inovasi dan ikrar untuk mempercepatkan transformasi digital dalam industri penyelidikan pasaran 

STOCKHOLM, 3 Februari 2020 /PRNewswire/ -- Cint, tulang belakang teknologi bagi syarikat-syarikat tinjauan yang paling berjaya di dunia, hari ini mendedahkan identiti jenama korporat baharunya di www.cint.com. Sebahagian daripada visi syarikat untuk masa depan, jenama baharu tersebut menggambarkan momentum ke hadapan yang berterusan untuk Cint ekoran penyatuan bersama syarikat teknologi sampel, P2Sample, pada Ogos lalu.

 

"Sejak beberapa bulan yang lalu, kami telah mengukuhkan komitmen kami untuk menyediakan kepada pelanggan dan rakan kongsi kami platform automatik yang memberikan penyelesaian kalis masa depan yang terbaik dalam kelas untuk mengumpul tinjauan dengan lebih pantas, secara lebih berkesan kos dan meluas," kata Tom Buehlmann, Ketua Pegawai Eksekutif Cint. "Kami mengambil langkah yang besar ke arah matlamat ini apabila kami berganding bahu dengan P2Sample pada tahun lalu dan penjenamaan baharu kami mencerminkan misi berterusan kami untuk membantu pelanggan kami mengubah cara mereka menjalankan perniagaan dalam penyelidikan pasaran."

Jenama baharu Cint, yang melibatkan logo moden yang berani dan slogan baharu iaitu "Mempercepatkan tinjauan.", dibina berdasarkan pemahaman bahawa syarikat-syarikat memerlukan akses kepada tinjauan pengguna yang pantas dan tepat bagi memaklumkan keputusan perniagaan yang kritikal. Jenama baharu ini dibina berasaskan warisan mantap Cint dalam industri tinjauan sebagai pertukaran sampel pertama dan pasaran global untuk pembeli daripada audiens bagi memperoleh tinjauan. Dengan menawarkan penyelesaian sejagat dan andal, Cint membantu orang ramai menyelesaikan masalah ketidakcekapan dalam proses penyelidikan melalui penggunaan teknologi automatik yang pintar."

Penjenamaan baharu ini dibangunkan untuk memperlihatkan dengan lebih baik komitmen Cint terhadap inovasi sepanjang jejak globalnya yang pesat berkembang. Syarikat ini telah mengalami kadar pertumbuhan tahun-demi-tahun yang mengagumkan sejak penubuhannya dan kini mempunyai jangkauan audiens global seramai lebih 100 juta pengguna berprofil dengan kebenaran, menjadikan Cint sebagai platform pertukaran sampel yang terbesar di dunia. Syarikat ini menggaji 300 orang kakitangan daripada lebih 40 kerakyatan, dengan rancangan tahun 2020 untuk peningkatan besar kakitangan, peluasan pejabat di New York dan London serta sebuah pejabat Singapura baharu dirancang untuk bulan Mac.

Hadirin di acara SampleCon minggu ini di Atlanta, iaitu sebuah acara tahunan untuk pembelajaran, pengetahuan dan perkongsian amalan terbaik untuk komuniti tinjauan pengguna, akan dapat melihat jenama baharu ini dipaparkan di acara ini termasuk pada beg peserta persidangan.

Latar Belakang Cint 

Cint ialah tulang belakang teknologi bagi syarikat-syarikat tinjauan yang paling berjaya di dunia. Platform Cint mengautomasikan kerja lapangan sampel dan operasi agar syarikat-syarikat dapat mengumpul tinjauan dengan lebih pantas, secara lebih berkesan kos dan meluas. Lebih daripada 2,000 penyelidik, agensi dan jenama termasuk Kantar, Zappi, GfK dan SurveyMonkey menggunakan Cint untuk mengubah bagaimana mereka memperoleh tinjauan dan berdaya saing dalam pasaran. Cint mempunyai pasukan yang berkembang pesat merentas 16 pejabat global termasuk London, New York, Stockholm, Los Angeles, Atlanta, Barcelona, Tokyo dan Sydney. (www.cint.com) 

Hubungan media: Shawn Cabral, shawn.cabral@cint.com, +44 20 3514 2100

Video - https://www.youtube.com/watch?v=wNt9EM6d-fE  
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/1084309/Cint_Logo_Logo.jpg  

 

Source: Cint
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Corporate Expansion Financial Technology