omniture

ERBA Mannheim Bersedia Jadi Pengubah Industri dalam Pengautomatan Makmal Menyeluruh di Medlab Timur Tengah 2020

Erba Mannheim
2020-02-03 18:25 126

10 Pelancaran Baharu di pameran MEDLAB ME kukuhkan kedudukan Erba sebagai penyedia hujung-ke-hujung yang lengkap.  

LONDON, 3 Februari 2020 /PRNewswire/ -- Erba Mannheim mengukuhkan portfolio penyelesaiannya yang hebat dan mampu milik dengan kemunculan pelancaran baharu dan pratayang sistem penuh pengautomatan makmal NEXUS generasi akan datang mereka. 

Pengautomatan makmal penuh NEXUS akan menawarkan penyelesaian modular yang hebat menggunakan pengimejan canggih dan juga kecerdasan buatan. Penganalisis imunocerakinan AI NEXUS menggunakan teknologi manik CLIA magnetik unik dan panel yang luas bagi memberikan penyelesaian yang andal dan mampu milik, manakala penganalisis Hematologi H Infinity Nexus menggunakan visi komputer untuk benar-benar 'melihat' sampel dan memberi diagnosis termaju dengan menghitung, mewarnakan, mengimejkan dan menganalisis 1000 sel dalam masa kurang daripada seminit.

Pelancaran Baharu 

  • Kimia Klinikal: Penganalisis elektrolit EC 90 baharu dengan saput tebal generasi akan datang, elektrod tanpa penyelenggaraan dalam kartrij sensor semua-dalam-satu.
  • Diabetes: Penganalisis meja automatik HB715 baharu mengukur hemoglobin glikasi (HbA1c, HbA1ab, HbA1c, HbF, HbA0, HbA2/E/D, HbS, HbC) dan direka bagi tujuan kemudahan penggunaan dan pengendalian berkos rendah.
  • Imunocerakinan: Penganalisis ELAN 30s baharu & Ujian Pantas Baharu – pemproses mikrojalur ELISA meja kerja kompak yang automatik sepenuhnya menjalankan 6 ujian berbeza secara serentak dan Ujian Malaria dan Denggi Pantas dengan sistem Pengesanan Dwiwarna yang unik.
  • Hematologi: ESL 30 baharu – Penyelesaian pengujian ESR automatik sepenuhnya yang meningkatkan kualiti keputusan, keselamatan makmal dan kecekapan dalam makmal bersaiz sederhana pada harga yang berpatutan.
  • Perisian LIMS: Penyelesaian perisian tengah yang komprehensif bagi tujuan penyepaduan keputusan daripada instrumen Erba dan bukan Erba.

Berserta produk-produk baharu, versi dikemas kini bagi penganalisis kimia klinikal XL 200 dan XL 640+ istimewa akan dipamerkan.

"Di MEDLAB ME, kami terus menunjukkan komitmen kami untuk menjadi pemain utama dalam pasaran IVD. Bersama NEXUS, kami menawarkan sistem aras permulaan unik untuk Pengautomatan Makmal Menyeluruh, membolehkan makmal untuk mengembangkan perniagaan mereka dengan pengautomatan yang lebih tinggi. Selain itu, dengan mengukuhkan portfolio produk kami untuk makmal bersaiz kecil dan sederhana dengan ketara serta meluaskan kumpulan pelanggan global kami, kami berkedudukan baik untuk mencapai cita-cita kami," Ketua Pegawai Pematuhan, Romain Fournials.

Kunjungi Erba Mannheim di reruai Z4.B10, Dewan 4 di MEDLAB ME 3-6 Feb 2020.

Latar Belakang Erba Mannheim 

Erba Mannheim ialah sebuah syarikat bertaraf global yang memberi tumpuan untuk menyediakan penyelesaian penjagaan kesihatan yang inovatif, mampu milik dan mampan. Beroperasi dan menyediakan produk diagnostik klinikal di lebih 100 buah negara, Erba Mannheim memanfaatkan gabungan penyelidikan dan pembangunan (R&D) Eropah yang canggih dengan pembuatan berkos rendah yang cekap bagi menghasilkan teknologi inovatif, yang boleh diakses untuk makmal-makmal dalam semua persekitaran sumber.  

Hubungi: Arlene Hooper, Pengurus Komunikasi Pemasaran Global, +44(0)749-420-8556, a.hooper@erbamannheim.com

 

Source: Erba Mannheim
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals New products/services Trade show news STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics) Future Events