omniture

QNB Terus Ungguli Jenama-jenama Perbankan di MEA dengan Nilai Jenama Cecah US $6.028bln

QNB Group
2020-02-05 12:10 161

DOHA, Qatar, 5 Februari 2020 /PRNewswire/ -- QNB Group, institusi kewangan yang terbesar di Timur Tengah dan Afrika (MEA), terus menjadi jenama yang paling bernilai di rantau MEA menerusi senarai 500 jenama perbankan utama dan mengukuhkan kedudukan utamanya antara 500 jenama global terbaik, menurut laporan Brand Finance Global 500 yang terkini.

QNB Group Headquarters in Doha, Qatar
QNB Group Headquarters in Doha, Qatar

QNB Group meningkat hampir 20% berbanding tahun lalu, dengan nilai jenama mencecah US $6.028 bilion. Indeks Kekuatan Jenama (BSI) QNB juga terus meningkat kepada 82 daripada 100, meningkat daripada 79 pada tahun 2019, didorong oleh prestasi kewangan mantap dan jejak antarabangsa yang semakin berkembang Kumpulan berkenaan.

Dari segi senarai kedudukan global, jenama QNB mengekalkan kepimpinannya dan menduduki tempat ke-342, meningkat 63 anak tangga berbanding kedudukan ke-405 antara 500 jenama global utama, manakala ia menduduki tempat ke-52 dalam senarai 500 jenama perbankan utama di seluruh dunia, meningkat daripada tempat ke-61 pada tahun 2019.

Jenama QNB Group terus menjadi pasaran dominan di MEA dan mengesahkan penarafan kekuatan jenama AAA- dengan tinjauan positif, yang turut menjadikannya jenama dengan penarafan tertinggi di Qatar.

Pada tahun 2019, keuntungan bersih QNB Group mencecah US $3.9 bilion, meningkat 4% berbanding tahun sebelumnya, manakala jumlah asetnya meningkat sebanyak 10% dari Disember 2018 untuk mencecah US $259 bilion, salah satu set keputusan yang terbaik dalam sejarah QNB Group.

En. Yousef Ali Darwish, Pengurus Besar - QNB Group Communications, berkata: "Usaha-usaha tertumpu dan inisiatif-inisiatif strategik yang kami ambil pada tahun 2019 membolehkan kami meningkatkan kekuatan jenama kami dan mengekalkan kedudukan utama kami di rantau MEA.

"Dengan merangkumkan nilai-nilai QNB, kakitangan kami yang berkaliber tinggi telah berusaha untuk melangkaui jangkaan pelanggan kami dengan membawakan penyelesaian dan perkhidmatan tersuai pada waktu yang tepat dan di tempat yang betul, memperlihatkan komitmen kami untuk memenuhi keperluan kewangan pelanggan kami yang pelbagai."

En. Darwish menambah: "Peningkatan mengagumkan tahun ini dari segi nilai jenama dan prestasi kewangan meletakkan kami di kedudukan yang kukuh untuk terus memacu pertumbuhan di Asia Tengara bagi menyokong visi kami untuk menjadi bank yang utama di Timur Tengah, Afrika dan Asia Tenggara (MEASEA) pada tahun 2020 serta ikon global menjelang tahun 2030."

Bagi En. David Haigh, Ketua Pegawai Eksekutif Brand Finance, beliau berkata: "Sebagai pemberi pinjaman yang terbesar di rantau ini, Qatar National Bank patut dipuji kerana menjadi peneraju yang jelas berbanding pesaing-pesaingnya, mencatatkan nilai jenama hampir 50% lebih tinggi berbanding saingan terdekatnya. Nilai jenama QNB telah meningkat sebanyak 20% setahun sejak tahun 2018 dan telah meluaskan portfolionya bagi menerokai pasaran-pasaran baharu, dengan tumpuan strategik yang ketara terhadap Asia Tenggara. Kami berharap dapat mengawasi Jenama QNB apabila ia meningkat naik kedudukannya dalam Brand Finance Banking 500 2020 kami."

Brand Finance, perunding penilaian jenama dan strategi yang terkemuka di dunia, merupakan syarikat di belakang Brand Finance Banking 500, satu senarai pesaing yang melibatkan bank-bank terbesar di dunia yang diterbitkan setiap tahun dengan kerjasama The Banker, sebuah penerbitan Financial Times.

Setiap jenama diberi nilai berdasarkan kajian penanda aras terhadap kekuatan jenama, risiko dan potensi masa depan berbanding pesaingnya dan ringkasan yang mengukur kekuatan kewangan serta penyampaian perniagaan tersebut.

Kehadiran QNB Group melalui subsidiari-subsidiarinya serta syarikat-syarikat bersekutu diperluaskan ke lebih 31 buah negara merentas tiga benua, menyediakan rangkaian komprehensif produk dan perkhidmatan termaju. Jumlah kakitangan adalah seramai lebih 29,000 orang yang beroperasi melalui 1,100 lokasi, dengan jaringan ATM melibatkan lebih daripada 4,300 mesin.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1085276/QNB_Group_HQ.jpg

 

Source: QNB Group
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Publishing/Information Service Accounting news, issues Economic news, trends, analysis Survey, Polls & Research