omniture

Pelancaran global platform KidsLoop tanda bermulanya era baharu untuk industri pembelajaran awal

Calm Island
2020-05-02 03:03 1524

SHANGHAI, 2 May 2020 /PRNewswire/ -- Calm Island, sebuah syarikat Teknologi Pendidikan (EdTech) global yang terkemuka, mengadakan acara penstriman dalam talian bagi menandakan pelancaran global platform pembelajaran awal adaptifnya, KidsLoop. KidsLoop akan mempercepatkan dan meningkatkan anjakan paradigma digital dalam pendidikan awal kanak-kanak (ECE) melalui persekitaran pembelajarannya yang interaktif dan menarik.

Platform adaptif KidsLoop untuk tahun-tahun awal
Platform adaptif KidsLoop untuk tahun-tahun awal

Calm Island bersama-sama mengumumkan perkongsian strategik dengan peneraju pendidikan global, Pearson Education. Perkongsian ini akan menyaksikan kandungan pendidikan bertaraf dunia daripada Pearson disepadukan ke dalam KidsLoop, lalu menyediakan cara baharu dan interaktif untuk kanak-kanak melibatkan diri dengan kurikulumnya.

Joe Lam, Pengarah Urusan Pearson Rantau Besar China dan India, menyatakan bahawa perkongsian strategik antara kedua-dua pihak berlaku pada masa yang penting untuk Pearson selepas tercetusnya pandemik COVID-19.

Jenama-jenama pendidikan Cina lain yang terkenal termasuk Owen Group, cRAdleGrow dan MoreCare turut mengumumkan sokongan mereka untuk menggunakan platform KidsLoop. Pada bulan Mei, Calm Island dijangkakan untuk mengumumkan penyertaan jenama-jenama pendidikan global tambahan ke platform KidsLoop.

"Ini merupakan satu penghormatan apabila dapat bekerjasama dengan syarikat-syarikat yang berkaliber tinggi dan menawarkan kurikulum pendidikan awal yang terbaik," ujar Ketua Pegawai Eksekutif Calm Island, David Roberts. "KidsLoop ialah pengalaman baharu yang menyeronokkan untuk kanak-kanak, guru mahupun ibu bapa. Kami yakin bahawa kami akan membawa kegembiraan dan meningkatkan kualiti pengajaran buat kanak-kanak di seluruh dunia."

Penawaran SaaS berbilang aspek daripada KidsLoop menggabungkan sistem pengurusan kandungan dan pembelajaran (CLMS) yang beraneka, lengkap dengan perpustakaan kandungan yang interaktif dan alatan perancangan pelajaran, selain daripada KidsLoop Live, yang memudahkan pelajaran strim langsung yang interaktif dan terjamin.

Satu lagi aspek penting KidsLoop ialah koleksi dan analisis data pembelajaran. Privasi data diberi jaminan melalui penyulitan hujung-ke-hujung pada bahagian belakang rantaian blok. Di samping itu, Harta Intelek penyedia kandungan dilindungi melalui penandaan genang digital dan teknologi DRM. Melindungi privasi pengguna dan IP pemilik kini merupakan ciri-ciri penting untuk sebarang platform pendidikan baharu.

"COVID-19 telah mempercepatkan banyak trend digital dan kami dapat melihat dengan jelas bahawa pendidikan awal turut berubah. Ketika sekolah-sekolah beradaptasi dengan paradigma baharu ini, mereka memerlukan penyelesaian dalam talian apabila pembelajaran dalam kelas terganggu. KidsLoop akan membantu penyedia pendidikan awal dengan peralihan Luar Talian-ke-Dalam Talian (O2O) mereka," jelas Ketua Pegawai Eksekutif David Roberts.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://kidsloop.net/

Latar Belakang Calm Island 

Calm Island ialah sebuah syarikat Teknologi Pendidikan (EdTech) global yang ditubuhkan pada tahun 2011, mempunyai pejabat-pejabat di Hong Kong, Seoul, Shanghai dan Los Angeles. Syarikat ini berusaha untuk memadankan kandungan yang menarik dari segi emosi dengan teknologi dan data untuk meningkatkan tahap bacaan dan literasi awal kanak-kanak. Melalui jenama Badanamu yang popular dan platform pendidikan awal KidsLoop, Calm Island menyediakan penyelesaian pembelajaran yang menarik kepada kanak-kanak di seluruh dunia.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200430/2791067-1?lang=0

 

Source: Calm Island
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Education Multimedia/Online/Internet Children-related news New products/services