omniture

MGH Terbangkan Pesawat Carter SpiceJet Jamin Rantaian Bekalan India Semasa Berlakunya Pandemik COVID-19

MGH Group
2020-05-04 18:30 966

GURGAON, India, 4 Mei 2020 /PRNewswire/ -- Armada dengan lima pesawat angkut khusus SpiceJet melintasi langit dunia yang membawa bekalan penting termasuk ubat-ubatan, peralatan perubatan, bekalan perubatan rantaian sejuk, hasil pertanian untuk pelbagai kerajaan, syarikat perubatan dan farmaseutikal, penjual runcit dan pertubuhan peladang dalam perjuangan global bagi memerangi pandemik COVID-19 ini.

MGH operated cargo loaded on a weekly freighter
MGH operated cargo loaded on a weekly freighter

SpiceJet telah mengangkut sekitar 4000 tan kargo dalam lebih 430 penerbangan sejak perintah berkurung seluruh negara bermula di India sebulan yang lalu - lebih 70% daripada semua kargo udara oleh syarikat penerbangan India.

SpiceJet, syarikat penerbangan kedua terbesar di India, telah membawa bekalan perubatan yang penting dari dan ke Shanghai, Hong Kong, Singapura, Sri Lanka, Kuwait, Abu Dhabi, Bandar Raya Ho Chi Minh, Colombo, Kabul dan Dubai, antara tempat-tempat lain. Operasi kargo SpiceJet telah ditingkatkan dengan ketara oleh armada pesawat penumpang syarikat penerbangan tersebut yang mana kedua-dua pesawat B737 dan Q400 telah mengendalikan penerbangan kargo-atas-tempat-duduk.

MGH Group, Global Cargo GSA SpiceJet, terlibat secara aktif dan menyokong penerbangan pesawat angkut SpiceJet dari Singapura ke Chennai dan Bengaluru bagi membawa bekalan perubatan penting sambil menghulurkan sokongan penuh kepada operasi kargo biasa syarikat penerbangan tersebut ke Hanoi dan Bangkok.

"Langkah berani dan berpandangan jauh oleh Ajay Singh untuk menubuhkan cabang kargo bebas buat SpiceJet telah memberi dividen yang tinggi bukan sahaja dengan memastikan agar rantaian bekalan utama tetap utuh, tetapi juga menyediakan aliran tunai yang baik buat Syarikat apabila operasi penumpang telah dilarang untuk terbang sepenuhnya. Beliau merupakan seorang yang benar-benar berwawasan. Tidak ada syarikat penerbangan India lain yang mengendalikan armada pesawat angkut khusus dan ia sememangnya satu pertaruhan yang berani dibuat pada tahun 2018," kata Anis Ahmed, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif MGH Group.

SpiceJet berserta MGH Group telah merancang untuk memperluaskan lagi operasi pesawat angkutnya dan menambah pelbagai laluan global kepada jaringannya yang berkembang pantas memandangkan terdapatnya peningkatan permintaan untuk bekalan penting dan bekalan perubatan di seluruh dunia.

SpiceXpress, cabang kargo khusus SpiceJet, dilancarkan pada September 2018, yang beroperasi di laluan domestik seta antarabangsa dan dikuasakan oleh jaringan pengangkutan bersepadu sepenuhnya SpiceJet termasuk kargo udara, pengangkutan darat dan kemudahan pergudangan di seluruh negara.

SpiceJet telah membantu mengangkut bekalan penting termasuk pelitup muka, pensanitasi, bekalan pembedahan penting, Termometer IR (diperlukan untuk mengesan COVID-19), sut Hazmat, Kit Ujian Pantas Coronavirus di dalam dan luar India. Syarikat penerbangan ini turut mengendalikan penerbangan khas bagi membawa penumpang yang dikuarantin ke kemudahan kerajaan bagi menyokong pesawat, anak kapal dan kakitangannya yang menjalankan tugas negara.

Ketahui lebih lanjut mengenai MGH Group: http://www.mghgroup.com/

Ketahui lebih lanjut mengenai SpiceJethttps://book.spicejet.com/ 

Hubungan Media

Shishir Ghildiyal
+919730191648
shishir.ghildiyal@mgh-logistics.com

Amit Chadha
+919810906560
amit.chadha1@spicejet.com

Source: MGH Group
Related Links:
Keywords: Air Freight Airlines/Aviation Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Transportation Workforce Management/Human Resources Corporate Social Responsibility Economic news, trends, analysis