omniture

Syarikat Teknologi Minneapolis Lancar Kios Keselamatan Kesihatan Rintis bantu Kurangkan Penularan Covid-19

Sentry Health
2020-05-04 18:41 1009

Bantu Mudahkan Pembukaan Semula Sektor Swasta dan Awam Dengan Selamat 

Memastikan Suhu Badan dan Sanitasi Tangan Mematuhi Kemasukan Terkawal dan Pemantauan Topeng Muka Pilihan 

MINNEAPOLIS, 4 Mei 2020 /PRNewswire/ -- Municipal Parking Services, Inc. (MPS) hari ini mengumumkan pelancaran sistem automatik yang pertama dan satu-satunya bagi membantu mengurangkan penularan asimptomatik Covid-19 terhadap premis persendirian dan awam melalui pengesanan suhu yang tinggi, sanitasi tangan yang diaudit dan kawalan akses kemasukan.

Dikenali sebagai Sentry Health Kiosk™, sistem berkenaan diinspirasikan oleh barisan produk letak kereta pintar tanpa sentuh syarikat ini yang kini dipasang di kawasan perbandaran dan universiti di seluruh dunia. Sentry Health Kiosk™ ialah kios tanpa sentuh yang mengambil dan melaporkan suhu badan, mewajibkan sanitasi tangan dan mengurus kawalan akses secara automatik sekali gus mewujudkan jejak audit yang komprehensif.


 


Sistem ini memanfaatkan teknologi berpaten MPS bagi memberi keselamatan yang terbaik dalam kelas serta ketenangan minda buat pengguna, pekerja dan juga majikan. Dengan fungsi pengecaman wajah pilihan, ia juga dapat menjamin pematuhan di lokasi-lokasi yang mana pelitup muka perlu dipakai.

"Kajian-kajian menunjukkan bahawa kebanyakan individu yang dijangkiti Covid-19 adalah asimptomatik, maka dengan adanya alat yang hanya mengambil suhu sangat tidak mencukupi," kata Joe Caldwell, pengasas Sentry Health. "Menurut pakar-pakar, cara terbaik untuk melindungi diri anda dan mengurangkan penularan virus hanyalah dengan mencuci tangan anda. Sentry Health Kiosk ialah satu-satunya sistem yang memenuhi kedua-dua keperluan – bacaan suhu dan sanitasi tangan yang diaudit. Sekiranya seseorang tidak menyempurnakan proses ini, mereka tidak boleh masuk," tambah Caldwell.

  • Teknologi berkenaan juga membolehkan tinjauan kesihatan diri dibuat dan memberi maklumat lain, termasuk panggilan video jarak jauh atau di lapangan melalui skrin pintar interaktif kios tersebut.
  • MPS meluaskan dengan ketara kapasitinya untuk menampung permintaan pantas untuk kios berkenaan.
  • Syarikat akan menyumbang 5% daripada keuntungan Sentry Health untuk menyediakan kios berkenaan kepada bank makanan dan pertubuhan bukan untuk untung yang lain. 

Latar Belakang Municipal Parking Services (MPS) 

Ditubuhkan pada tahun 2009, MPS ialah peneraju bagi sistem pembayaran dan penguatkuasaan tanpa sentuh baik untuk institusi awam mahupun swasta. Sentry Health Kiosk merupakan sebahagian daripada MPS yang memberi tumpuan pada teknologi pengesanan dan pencegahan untuk penjual runcit, pengeluar, institusi awam, institusi pendidikan, kemudahan penjagaan kesihatan dan industri sukan serta hiburan.

Kunjungi www.sentryhealth.life untuk butiran dan spesifikasi produk lebih lanjut. Kunjungi www.mpspark.com untuk maklumat lanjut mengenai Municipal Parking Services.

Hubungi: Joe Caldwell joe@mpspark.com  

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1163291/Sentry_Health_Kiosk_Lobby_image.jpg  
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1163292/Sentry_Health_Hand_sanitizer_image.jpg  

 

Source: Sentry Health
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Infectious Disease Control New products/services