omniture

Collectcent Digital Media Kini "TAG Certified Against Fraud"

Collectcent Digital Media Private Limited
2020-05-04 18:57 1031

GURGAON, India, 4 Mei 2020 /PRNewswire/ -- Collectcent Digital Media, salah sebuah syarikat platform teknologi SSP bebas yang terkemuka di India, dengan sukacitanya mengumumkan bahawa mereka telah diakreditasi dengan Meterai "TAG Certified Against Fraud" oleh Trustworthy Accountability Group (TAG) sebagai sebuah syarikat yang diaudit secara bebas dalam kategori 'pengantara'.

Mengamalkan toleransi sifar terhadap penipuan dalam pasaran mereka, Collectcent telah memenuhi syarat-syarat untuk pensijilan TAG dengan menerima pakai garis panduan ketat program berkenaan, termasuk senarai hitam IP, mematuhi syarat-syarat pengesanan dan penapisan trafik tidak sah Media Rating Council dan melaksanakan sistem ID pembayaran.

"Program TAG Certified Against Fraud mengukuhkan lagi keyakinan rakan-rakan kongsi terhadap kami. Kami percaya dengan kepimpinan melalui teladan dan sejajar dengan usaha kami untuk mewujudkan dan mengikuti amalan terbaik dalam industri ini, kami komited untuk melindungi kepentingan pengiklan kami dengan menyampaikan apa yang mereka benar-benar harapkan dalam ekosistem digital yang bersih," kata Andesh Bhatti, Ketua Pegawai Eksekutif Collectcent.

Komitmen tidak berbelah bahagi Collectcent terhadap perlindungan penipuan termasuk pasukan dalaman yang diketuai oleh Pegawai Pematuhan TAG syarikat, perkongsian global yang utama, dan strategi operasi yang telus bagi mengurangkan dan melindungi daripada risiko-risiko penipuan dalam tempoh jangka panjang. Pasukan-pasukan ini sentiasa berjaga-jaga dalam mengenal pasti dan menghapuskan penipuan sebaik sahaja ia dikesan, dengan mematuhi piawaian Antarabangsa dan melaksanakan teknologi semasa.

"Kami berbesar hati Collectcent telah menerima pakai piawaian ketat yang diperlukan untuk menjadi TAG Certified Against Fraud dan kami berharap dapat bekerjasama dengan Collectcent bagi mengukuhkan lagi usaha-usaha industri, agar kami dapat menghentikan aliran wang kepada penjenayah di seluruh dunia yang mengaut keuntungan daripada penipuan iklan," kata Mike Zaneis, Ketua Pegawai Eksekutif TAG.

Berserta perkongsian TAGnya, Collectcent turut mengambil pelbagai langkah lain bagi mengekalkan platform pembelian media yang bersih dengan syarat-syarat kualiti inventori dan keselamatan jenama yang ketat.

Protected Media - Satu lagi perkongsian penting yang dimulakan adalah dengan Protected Media - salah sebuah syarikat teknologi pengesanan penipuan yang terkemuka. 100% daripada inventori diimbas setiap hari, berdasarkan beberapa kriteria termasuk Kebolehlihatan, MRC, Perlindungan jenama dan Kualiti trafik, demi menjamin bekalan dengan IVT kurang daripada 3% pada platform ini.

Penerimaan penggunaan Ads.txt - Collectcent merupakan salah satu pengamal awal pelaksanaan ads.txt. Mereka menggalakkan setiap pelanggan penerbit untuk menerima pakai ads.txt dan menyokong mereka menerusi garis panduan pelaksanaan ads.txt untuk proses berkenaan.

Sellers.json - Atas arahan daripada IAB Tech labs, platform Bursa Collectcent ini diubah suai dan didayakan bagi menyediakan mekanisme yang membolehkan pembeli mendapat keterlihatan yang lengkap terhadap setiap langkah yang diambil dalam permintaan tawaran antara mereka sendiri dan penerbit akhir, lalu membolehkan DSP untuk membuat keputusan pembelian yang lebih baik buat pelanggan mereka.

Ikhtiar Masa Depan - Syarikat berhasrat untuk mewujudkan ekosistem paling selamat yang menggabungkan langkah-langkah antipenipuan yang berkesan. Syarikat ini akan terus menerima pakai inisiatif operasi yang ketat dan perkembangan teknologi yang terkini dalam usaha memerangi penipuan. Kunjungi kami untuk mengetahui lebih lanjut mengenai landskap programatik yang bersih dan selamat.

hello@collectcent.com 
+91-9769763311

Logo- https://mma.prnewswire.com/media/1159648/Collectcent__Logo.jpg

 

Source: Collectcent Digital Media Private Limited
Keywords: Advertising Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Feature News Releases Licensing/marketing agreements Data Analytics