omniture

Bekas Veteran Blue Yonder Amit Bagga, Dilantik Ketua Pegawai Hasil di FarEye

FarEye
2020-05-04 21:57 1053

- Pelantikan Amit Bagga dibuat ketika FarEye menjalankan rancangan agresif untuk pengembangan global

- Bagga memegang tampuk kepimpinan dengan jawatan-jawatan Eksekutif penting di Blue Yonder (JDA) dan Oracle bagi memacu pertumbuhan menguntungkan di rantau Asia Pasifik

NEW DELHI, 4 Mei 2020 /PRNewswire/ -- FarEye, platform SaaS yang terkemuka untuk keterlihatan prediktif dan pengoptimuman langkah terakhir hari ini mengumumkan pelantikan Amit Bagga, seorang pemimpin berpengalaman yang memegang rekod prestasi terbukti dalam mendorong pertumbuhan transformatif merentas geografi, sebagai Ketua Pegawai Hasil (CRO). Pengumuman tersebut dibuat ketika syarikat ini bersiap sedia untuk mencapai tahap pertumbuhan yang seterusnya dan merancang untuk berkembang dengan agresif di benua Amerika, Eropah dan Asia Pasifik selepas pengumuman baru-baru ini mengenai pusingan pendanaan yang membuahkan hasil.

Amit Bagga. CRO, FarEye
Amit Bagga. CRO, FarEye

Bagga menyertai pasukan kepimpinan FarEye dan akan mendorong salah satu fungsi yang paling kritikal dalam syarikat yang mengutamakan teknologi seperti FarEye. Menerusi jawatan ini, Bagga akan memberi tumpuan bagi memanfaatkan peluang pendapatan utama dalam jualan dan operasi, pengalaman pelanggan yang dipertingkatkan, pemasaran dan strategi rakan kongsi, kesemuanya yang akan membantu mengalihkannya ke arah fokus yang mengutamakan pelanggan buat syarikat ini.

Sebelum menyertai FarEye, Bagga berjaya memimpin pertumbuhan untuk Blue Yonder (dahulunya JDA Software) Asia Pasifik, penyelesaian On Demand (Atas Permintaan) Oracle dan menyandang pelbagai jawatan di HP. Di bawah kepimpinan Bagga, Blue Yonder dapat menangani cabaran utama yang dihadapi oleh industri rantaian bekalan di APAC dan memberi nilai yang ketara dengan bantuan kecerdasan buatan dan penyelesaian pembelajaran mesin. Bagga menyediakan laluan untuk mencapai pertumbuhan yang menguntungkan, membantu membolehkan pelanggan Blue Yonder untuk melalui perjalanan transformasi digital yang memanfaatkan teknologi moden. Beliau membina dan memimpin pasukan berprestasi tinggi dan rangkaian rakan kongsi di rantau tersebut bagi menyampaikan penyelesaian Rantaian Bekalan generasi seterusnya dengan tumpuan yang tinggi terhadap penggunaan teknologi baharu bagi melonjakkan pasaran.

"Saya berasa gembira untuk menyertai sebuah syarikat dengan budaya hebat yang menerima kepelbagaian pelanggan mahupun pekerjanya dan merupakan sebuah organisasi SaaS logistik yang berkembang dengan amat pantas yang telah menentukan semula keterlihatan prediktif untuk perusahaan di seluruh dunia. Saya tidak sabar-sabar untuk bekerjasama dengan pasukan FarEye, membina strategi mampan yang membolehkan kami untuk memanfaatkan peluang besar yang berada di hadapan kami dan memberi pertumbuhan yang menguntungkan," kata Amit Bagga.

Mengalu-alukan beliau ke FarEye, Kushal Nahata, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Bersama, FarEye, mengulas, "Amit mempunyai pemahaman yang unik mengenai persilangan antara teknologi dan perniagaan, digandingkan dengan semangat yang tinggi terhadap kejayaan pelanggan. Beliau memegang rekod prestasi terbukti dalam membina perniagaan yang berjaya dengan semangat yang tinggi untuk menyusun strategi dan menentukan peluang bagi memaksimumkan pendapatan. Di tengah-tengah perjalanan yang menarik ini, saya yakin Amit akan membawa wawasan dan kepakaran yang sama di FarEye."

Menerusi langkah ini, FarEye mengumumkan hasratnya untuk mengasaskan pertumbuhan mendadak yang dialami sejak lebih 3 tahun yang lalu dan meluaskan pasukan lapangannya bagi menyediakan penglibatan bertumpu pelanggan merentas geografi utama yang akan memberi pertumbuhan yang boleh diskalakan buat syarikat.

Latar Belakang FarEye:

FarEye ialah platform SaaS yang terkemuka untuk keterlihatan prediktif. Ia membolehkan jenama-jenama mengatur, menjejaki dan mengoptimumkan proses logistik mereka. Platform berasaskan pembelajaran mesin yang utama ini memperkasa perusahaan global untuk memendekkan masa penghantaran sehingga 27%, meningkatkan produktiviti kurier sehingga 15%, menghapuskan risiko sehingga 57% dan mencapai kecemerlangan operasi.

Ia meningkatkan kecekapan dalam pergerakan barangan untuk segmen B2B mahupun B2C dan membantu perniagaan mencapai pertumbuhan dan pengalaman pelanggan yang luar biasa pada kos yang dikurangkan. FarEye mempunyai daya tarikan yang kuat dengan lebih 150 Penjual Runcit global, syarikat CPG dan penyedia Logistik & Pengangkutan termasuk DHL, Amway, Hilti, Walmart dan Dominos.

Hubungan Media untuk SEA, AS dan Eropah:
Komal Puri
Pengarah Pemasaran, FarEye
+91-9718049526

Logo: https://mma.prnewswire.com/media/1136180/FarEye_Logo.jpg 
Foto: https://mma.prnewswire.com/media/1163415/Amit_Bagga_CRO_FarEye.jpg  

 

Source: FarEye
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Electronic Design Automation Internet Technology Telecommunications Transportation Personnel announcements