omniture

Peruncit Dalam Talian Global SHEIN Umum SHEIN TOGETHER Tampilkan Persembahan Penghibur Utama Oleh Katy Perry Dan Lil Nas X

SHEIN
2020-05-05 21:05 1327

Acara Maya Beri Manfaat kepada COVID-19 Solidarity Response Fund Untuk WHO Dilaksanakan Oleh United Nations Foundation

LOS ANGELES, 5 Mei 2020 /PRNewswire/ -- E-peruncit global yang terkemuka dalam industri SHEIN mengumumkan festival hiburan digital yang pertama seumpamanya oleh jenama ini, SHEIN Together, pada 9 Mei 2020. Acara digital selama empat jam SHEIN Together akan distrim melalui aplikasi percuma SHEIN dan akan membantu untuk menyokong dan meningkatkan kesedaran serta sumbangan bagi memberi manfaat kepada COVID-19 Solidarity Response Fund untuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) - dilaksanakan oleh United Nations Foundation.

COVID-19 Solidarity Response Fund untuk WHO ialah satu-satunya cara individu, syarikat, yayasan dan organisasi lain di seluruh dunia boleh menyokong secara langsung usaha global WHO untuk membantu negara-negara mencegah, mengesan dan bertindak balas kepada pandemik COVID-19. Dana ini juga menyokong usaha kedua-dua rakan kongsi, UNICEF dan Coalition for Epidemic Preparedness Innovations (CEPI).

Pameran maya yang unik tersebut bermula pada hari Sabtu, 9 Mei jam 1 petang PT dan akan dipenuhi dengan persembahan muzik eksklusif, segmen selebriti, penampilan pempengaruh istimewa dan tetamu TikTok. Dihoskan oleh pengacara "The Rundown" E! News Erin Lim, penonton akan dapat menyaksikan tutorial kecantikan oleh Chrisspy, sesi penggayaan di rumah oleh jurugaya selebriti Maeve Reilly dan Karla Welch, serta banyak kejutan!

PERSEMBAHAN OLEH:
KATY PERRY
LIL NAS X
RITA ORA    |    DOJA CAT

TETAMU ISTIMEWA:
HAILEY BIEBER
YARA SHAHIDI
MADELAINE PETSCH
STORM REID
VANESSA MORGAN
LELE PONS
TYLER CAMERON
KIMBERLY LOAIZA
SOFIA WYLIE

SHEIN komited untuk menyumbang sebanyak $100K untuk dana tersebut yang mana penonton juga dapat mengambil bahagian dengan membeli koleksi kemeja-T #SHEINtogether edisi terhad yang mana 100% daripada hasil kutipan akan disumbangkan kepada UN Foundation untuk COVID-19 Solidarity Response Fund untuk WHO. Kemeja-T #SHEINtogether akan dijual pada harga $10.00 USD dan sedia dibeli bermula pada 4 Mei 2020 di www.shein.com. Di samping itu, penonton juga boleh menyumbang melalui pautan derma pada aplikasi tersebut dan semua dana akan disumbangkan bagi menyokong dana tersebut.

"Sebagai jenama global, kami sedia maklum bahawa krisis ini telah menjejaskan semua komuniti kami, pengguna dan keluarga mereka dan kami tidak boleh duduk diam dan tidak membantu," kata Molly Miao, Pengasas Bersama SHEIN. "Selain daripada usaha kami dengan menyumbang pelitup muka kepada mereka di barisan hadapan di peringkat antarabangsa, kami juga ingin memastikan agar penonton kami memahami kepentingan menyokong usaha ini dan atas sebab inilah kami mengemukakan idea untuk mengehoskan SHEIN Together."

Muat turun aplikasi pada iPhone atau Android di Apple App Store atau kunjungi www.shein.com untuk butiran lanjut.

Latar Belakang SHEIN Together:
SHEIN Together ialah pameran hiburan maya bagi memberi manfaat kepada COVID-19 Solidarity Response Fund untuk WHO - dilaksanakan oleh United Nations Foundation. Dihoskan oleh pengacara "The Rundown" E! News Erin Lim, siaran yang distrim tersebut menampilkan persembahan muzik yang eksklusif oleh Katy Perry, Lil Nas X, Rita Ora dan Doja Cat. Segmen selebriti, pempengaruh istimewa dan penampilkan TikTok oleh Hailey Bieber, Yara Shahidi, Madelaine Petsch, Storm Reid, Vanessa Morgan, Lele Pons, Tyler Cameron dan ramai lagi. SHEIN Together akan disiarkan secara eksklusif melalui aplikasi SHEIN yang sedia dimuat turun untuk iPhone dan Android pada 9 Mei 2020 jam 1 petang PT. 

Latar Belakang SHEIN:
Ditubuhkan pada tahun 2008, SHEIN ialah e-peruncit fesyen-pantas dengan rangkaian global mencakupi 220 negara dan wilayah. Di SHEIN, kami meletakkan nilai premium bukan pada pakaian kami, tetapi pada pilihan. Atas sebab inilah kami menyediakan 500 barangan fesyen baharu pada setiap hari, memanjakan pelanggan kami dengan pilihan rambang mata pakaian wanita mengikut trend yang boleh dicampurkan dan dipadankan bagi menggembirakan hati mereka. Kami melakukan usaha ini kerana kami percaya bahawa pakaian yang dipakai oleh kita mencerminkan personaliti kita dan kami ingin memperkasa wanita hari ini bagi meneroka dan mengekspresikan keperibadian mereka. Dengan begitu banyak pilihan yang kami sediakan, pelanggan kami boleh menghasilkan secara terperinci penampilan sempurna yang mencerminkan keperibadian mereka. Ringkasnya, kami membantu anda menyerlahkan diri anda.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai SHEIN, ikuti kami di shein.com, instagram.com/shein dan youtube.com/shein.

Latar Belakang UN Foundation:
UN Foundation menghimpunkan idea, orang ramai dan sumber bagi membantu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mendorong kemajuan global dan menangani masalah segera. Ciri utama kami adalah untuk berkolaborasi demi perubahan yang berkekalan dan menginovasi bagi menangani cabaran terbesar umat manusia. Ketahui lebih lanjut di www.unfoundation.org


Logo - https://mma.prnewswire.com/media/1163414/SHEIN_LOGO_Logo.jpg
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1163416/SHEIN_TOGETHER_FINAL.jpg

Source: SHEIN
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Entertainment Fashion Household/Consumer/Cosmetics Music Retail Not for profit Future Events