omniture

Universiti-universiti Perlu Bertindak untuk Terus Bertahan Selepas COVID-19, Pakar-pakar Global Desak dalam Panel Economist Intelligence Unit Ditaja oleh Qatar Foundation

Qatar Foundation
2020-05-05 21:14 1321

DOHA, Qatar dan WASHINGTON dan ATLANTA dan LONDON, 5 Mei 2020 /PRNewswire/ -- Pelajar-pelajar akan mempunyai kuasa untuk memufliskan universiti-universiti yang tidak memenuhi jangkaan mereka dalam dunia pasca COVID-19, seorang pendidik AS memberi amaran semasa pelancaran laporan penyelidikan baharu yang utama mengenai masa depan pengajian tinggi, ditugaskan oleh Qatar Foundation (QF).

'Aliran fikiran baharu: Model inovatif untuk membawakan pengajian tinggi', dikeluarkan oleh Economist Intelligence Unit (EIU), telah menggariskan bagaimana institusi-institusi pengajian tinggi perlu beradaptasi untuk terus bertahan ketika institusi-institusi tersebut menghadapi pendanaan awam yang semakin berkurangan, persoalan mengenai nilai institusi-institusi dan cabaran yang ditimbulkan oleh teknologi dan pengautomatan.

Ketika laporan ini dilancarkan hari ini, perbincangan panel EIU yang ditaja oleh QF menyaksikan pakar-pakar pendidikan dari tiga benua meninjau dapatannya dan berkongsi pandangan mereka mengenai masa depan pengajian tinggi, dengan Ben Nelson, Pengasas, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Minerva Schools di Keck Graduate Institute, berkata: "Pelajar-pelajar mempunyai tanggungjawab yang luar biasa pada tahun ini kerana, buat julung kalinya dalam sejarah, mereka berupaya untuk menyebabkan institusi-institusi jatuh bankrap.

"Mereka boleh menunjukkan tanda membangkang dengan cara yang tidak pernah dapat dilakukan oleh mereka sebelum ini – memilih untuk berhenti dari kolej selama setahun benar-benar mampu menutup sebuah institusi. Buat kali pertama, peranan pelajar adalah sebagai rakan kongsi penentu – menentukan apa yang harus dilakukan oleh universiti-universiti dan universiti-universiti manakah yang berhak menawarkan perkhidmatan kepada mereka untuk maju ke hadapan.

"Apabila masyarakat dan pelajar-pelajar berbincang dengan institusi-institusi dan tidak mendapat apa yang dibayar oleh mereka, akan berlakulah satu perhitungan."

Dr. Mary Schmidt Campbell, Presiden Spelman College, memaklumkan kepada panel perbincangan tersebut bahawa perkongsian akademik adalah "amat penting pada waktu seperti ini," menambah: "Institusi-institusi harus berhenti menjadi sesuatu yang terlalu berharga, terpisah dan terasing."

"Semua orang mendapat manfaat daripada kolaborasi, namun ia memerlukan penetapan minda yang amat berbeza berbanding apa yang kita ada sekarang. Sekiranya kita kembali semula ke mod pemasaran dan persaingan, kita tidak akan dapat melangkah lebih jauh."

Selain itu, Francisco Marmolejo, Penasihat Pendidikan QF, berkata bahawa institusi-institusi pengajian tinggi harus "mencabar andaian mereka", dengan berkata: "Melainkan kita berbuat demikian, berubah dan bersedia untuk menanggung risiko, sebaik sahaja keadaan kembali menjadi semacam normal, kita boleh cuba untuk menjadi sama seperti sebelum ini. Krisis ini memaklumkan kepada kita bahawa kita tidak lagi mempunyai kelebihan untuk mengandaikan bahawa segala sesuatu akan kembali seperti dahulu."

'Aliran fikiran baharu: Model inovatif untuk membawakan pengajian tinggi' boleh dimuat turun di sini.

Rakaman perbincangan disediakan di sini.

Qatar Foundation – Menyerlahkan Potensi Manusia 

Qatar Foundation for Education, Science and Community Development (QF) ialah sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang menyokong Qatar dalam perjalanannya untuk menjadi ekonomi yang pelbagai dan mampan. QF berusaha untuk berbakti kepada penduduk Qatar dan selanjutnya dengan menyediakan program-program khusus dalam ekosistem bertumpu inovasinya yang melibatkan pendidikan, penyelidikan dan pembangunan serta pembangunan masyarakat.

QF ditubuhkan pada tahun 1995 oleh Yang Amat Mulia Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani, Amir Ayahanda dan Yang Amat Mulia Sheikha Moza bint Nasser, yang berkongsi wawasan untuk menyediakan Qatar dengan pendidikan berkualiti. Hari ini, sistem pendidikan bertaraf dunia QF menawarkan peluang belajar sepanjang hayat kepada anggota masyarakat seawal umur enam bulan hingga peringkat kedoktoran, lalu membolehkan para siswazah untuk berkembang maju dalam persekitaran global dan menyumbang kepada pembangunan negara.

QF turut mewujudkan hab inovasi berbilang disiplin di Qatar, yang mana penyelidik-penyelidik tempatan berusaha untuk menangani cabaran tempatan dan global. Dengan menggalakkan budaya belajar sepanjang hayat dan memupuk penglibatan sosial melalui program-program yang merangkumkan budaya Qatar, QF komited untuk memperkasa masyarakat tempatan dan menyumbang kepada dunia yang lebih baik buat semua.

Untuk senarai penuh inisiatif dan projek QF, sila kunjungi: www.qf.org.qa  

Untuk sebarang pertanyaan media, sila hubungi: pressoffice@qf.org.qa

Berita ini diedarkan oleh RF|Binder Partners Inc. bagi pihak Qatar Foundation. Maklumat tambahan disediakan di Jabatan Keadilan, Washington, DC.

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/1163685/Qatar_Foundation_Logo.jpg

Source: Qatar Foundation
Keywords: Education Higher Education New products/services Survey, Polls & Research Public Interest