omniture

Avantgarde Properties - Kualiti Hidup Kalis Krisis: Vienna - Kota Paling Sesuai Didiami di Dunia

Avantgarde Properties GmbH
2020-05-20 14:35 42

VIENNA, 20 Mei 2020 /PRNewswire/ -- Ketika aktiviti dunia seolah-olah terhenti, terdapat satu pelaburan yang selamat: hartanah. Vienna, khususnya menawarkan suatu kenyataan kalis krisis yang jarang ditemui. Dalam sebuah bandar yang menawan hati sebagai satu gabungan sempurna antara sejarah empayar dan metropolis moden.

Vienna_1
Vienna_1

Pelaburan yang selamat 

Terutamanya bagi sektor hartanah mewah di Vienna, banyak yang dapat ditawarkan dan - seperti mana yang ditunjukkan oleh pandemik masa kini - terselamat walaupun pada waktu yang paling mencabar. Lagipun, pasaran untuk hartanah mewah sememangnya merupakan kelas aset yang paling kalis krisis. Aset-aset ketara menikmati populariti yang semakin meningkat, terutamanya ketika pasaran saham mengalami kemerosotan yang ketara.

Austria buktikan tindakan bersasaran semasa pandemik 

Dalam situasi corona yang sedang berlaku pada masa kini, Austria menonjol menerusi tindakannya yang tepat, dirancang dengan teliti dan pantas. Bilangan mangsa yang rendah menjadi buktinya. Langkah-langkah perlindungan, bahkan di pintu masuk ke Vienna, adalah berperingkat-peringkat dan mempunyai kejayaan yang besar. Vienna menawarkan keselamatan pada semua peringkat dalam kehidupan harian.

Kukuh, menarik dan cekap 

Sistem penjagaan kesihatan Vienna boleh dijelaskan dengan tepat hanya dengan tiga perkataan ini. Dengan 45 hospital dan sekitar 5,300 doktor di klinik swasta, metropolis ini menawarkan ketumpatan perkhidmatan yang amat khusus yang tidak dapat ditemui di mana-mana tempat lain di Austria. Laluan diagnosis dan terapi yang singkat merupakan sebahagian daripada perkhidmatan penjagaan perubatan yang komprehensif.

Anda boleh bergerak bebas di Vienna 

Walaupun semasa berlakunya pandemik, seseorang boleh bergerak dan pergi membeli belah di Vienna hampir tanpa sekatan. Ketibaan menggunakan kereta dibenarkan. Malah berjalan-jalan di kawasan sekitar Vienna yang indah lagi mengagumkan dapat dilakukan tanpa sekatan dan membolehkan anda menikmati gaya hidup yang sedia ada, jauh daripada sebarang sekatan. Begitu juga dengan perjalanan ke tempat kediaman kedua dapat dilakukan dan tidak memerlukan permohonan yang berasingan. Aktiviti sukan luar boleh dijalankan tanpa sekatan dan boleh dilakukan pada bila-bila masa.

Keindahan yang mendamaikan 

Ibu kota ini dijangka memecahkan rekod dua juta seawal tahun 2026. Ia juga mempunyai banyak lagi untuk ditawarkan - pada bila-bila masa sepanjang tahun! Vienna merupakan keindahan mendamaikan yang anda temui beransur-ansur. Lebih separuh daripada metropolis ini, yang meliputi kawasan seluas 414 km2, dipenuhi tumbuhan hijau. Daripada pelbagai taman, di atas Prater, Danube Island hinggalah Vienna Woods yang berbukit, anda dapat menemui semua yang anda hasratkan. Pada bulan-bulan dalam musim panas, anda akan berasa seperti bercuti di Danube dan seleksi luas restoran untuk setiap citarasa dan mood menyempurnakan kehidupan mewah penuh makna yang dapat ditawarkan oleh Vienna.

Vienna menggamit perhatian dan abadi … 

... melalui budayanya yang beradab, tradisi yang tak lapuk dek zaman dan sejarah empayarnya. Lagipun, banyak komposer yang paling penting dalam sejarah pernah menetap dan bekerja di sini: bermula dengan Mozart dan Strauss hinggalah Beethoven. Oleh itu, metropolis ini, yang menjadi semakin penting dan terus berkembang, merupakan satu pelaburan yang berbaloi. Di hartanah kalis krisis yang jarang ditemui seperti istana bandar atau megapuri dengan ruang keluarga berkeluasan 700m2 dan taman atas bumbung berkeluasan 600m2. Vienna merupakan permata yang penuh kecantikan yang dapat menyerlahkan potensi penuhnya (hartanah) terutamanya pada waktu yang sangat tertekan seperti masa kini.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1169406/Vienna_1.jpg  
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1169407/Vienna_2.jpg  

Hubungi:
Avantgarde Properties GmbH – Ibu Pejabat
Mag. Sophie Karoly
Seilergasse 2/Top 2
1010 Wien
+43-1890-5533l
office@avantgardeproperties.com 
https://www.avantgardeproperties.com/

Vienna_2
Vienna_2

 

Source: Avantgarde Properties GmbH
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Art Entertainment Overseas Real Estate (non-US) Real Estate Residential Real Estate Travel Economic news, trends, analysis New products/services