omniture

Rig Perlombongan Mata Wang Kripto HubMiner Sedia untuk Pra-pesanan

HubMiner
2020-05-22 09:00 3482

TEL AVIV, Israel, 22 Mei 2020 /PRNewswire/ -- Bitcoin telah menjadi tajuk berita utama sejak beberapa tahun kebelakangan ini hasil daripada perubahan harganya yang dramatik. Kenaikan nilai Bitcoin telah mendorong orang ramai untuk melihat Bitcoin sebagai satu peluang pelaburan. Mata wang kripto boleh mendapat dan kehilangan nilai dengan amat pantas, terutamanya berdasarkan trend pasaran yang sukar untuk difahami. Memahami trend pasaran berkenaan dan bagaimana untuk mengenal pasti trend baharu boleh menjadi amat berguna untuk strategi pelaburan anda. Baru-baru ini HubMiner memperkenalkan rig perlombongan Direct Liquid berprestasi tingginya: F-X8 Machine, F-X32 Machine, F-X16 Machine, F-X16 x 5 Rack. Untuk maklumat lanjut mengenai pelombong: www.hubminer.com.

Direka Bentuk untuk Kuasa Perlombongan

Cip perlombongan HubMiner ASIC HubMiner BoosterX 7nm ialah hasil daripada reka bentuk perkakasan pintar yang dapat meningkatkan kadar 'hash' kepada potensi maksimum dan dalam masa yang sama mengekalkan penggunaan kuasa yang rendah. Kedua-duanya mempunyai pengawal terbina dalam dan perisian yang telah diprapasang. Selepas melalui tempoh ujian yang sengit, merangkumi penilaian, pemprototaipan dan ujian tekanan dalam keadaan melampau, produk-produk perkakasan F-X8 Machine, F-X32 Machine, F-X16 Machine dan F-X16 x5 Rack HubMiner kini bersedia untuk dikeluarkan secara besar-besaran.

Harga dan Ketersediaan

F-X8 Machine, F-X32 Machine, F-X16 Machine, F-X16 x5 Rack HubMiner diberi diskaun prajualan daripada www.hubminer.com. Harga bermula dengan $4,560. Pelanggan boleh menikmati penjimatan sebanyak $1,200 dengan membuat pratempahan, bermula sekarang hingga 30 Jun 2020.

Bayaran Penghantaran dan Bayaran Kastam akan ditanggung oleh HubMiner, pelanggan hanya perlu membayar unit tersebut dan menerima segala yang diperlukan untuk penetapan tanpa sebarang bayaran tersembunyi. "Kini pengguna mengetahui bahawa pesaing kami boleh ditewaskan. Mereka tidak dapat mencapai kuasa kami dan kos kuasa kami yang amat rendah. Kami mempunyai kuasa perlombongan yang besar. Ia merupakan pelaburan terbaik dalam pasaran," kata Richard McDermott, Pengarah Operasi, Ketua Pegawai Operasi, HubMiner. "Kami telah berusaha untuk memberikan pelanggan kami dengan pelaburan kelas pertama yang sebaiknya dalam pasaran."

Latar Belakang HubMiner 

Ditubuhkan pada tahun 2017, HubMiner, yang digambarkan sebagai syarikat dwi-pelombong yang pertama di dunia, ditubuhkan bagi membangunkan dan menjual dwi-pelombong mata wang kripto utama yang pertama di dunia menggunakan SHA-256 atau teknologi Scrypt. Bermula dengan HubMiner, tugas kami adalah untuk menyediakan lebih kuasa pada kos yang lebih rendah. HubMiner beribu pejabat di Tel Aviv, Israel dan mempunyai pejabat-pejabat di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, lihat www.hubminer.com.

Hubungi: 
HubMiner
Robin Silva
robin.pr@hubminer.com 
+972765994656

Source: HubMiner
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer Hardware Computer/Electronics New products/services Blockchain Financial Technology