omniture

Bangunan Empire State Raikan Pembukaan Semula Bandar Raya New York

Empire State Realty Trust, Inc.
2020-06-09 23:22 109

Umum Kembalinya Lampu Putih Terkenalnya  

NEW YORK, 9 Jun 2020 /PRNewswire/ -- Hari ini, Bangunan Empire State mengumumkan kembalinya lampu putih terkenalnya ke latar langit Bandar Raya New York bagi meraikan hari pertama pembukaan semula Bandar Raya New York.

Sejak 30 Mac lalu, lampu-lampu putih terkenal Bangunan Empire State digantikan pada setiap malam dengan 'Pandemic Siren' dan 'Heartbeat of New York' Bangunan tersebut. Terdapat juga pemancaran lampu pada setiap jam bagi memberi penghormatan dan menginspirasikan penggerak balas pertama Bandar Raya New York, kempen #HeroesShineBright, pertunjukan muzik-diiringi-lampu bersama Alicia Keys dan The Beatles dengan kerjasama iHeartRadio dan pengumpulan dana video muzik YouTube istimewa dengan kerjasama Robin Hood Foundation yang menampilkan Billy Joel dengan pengenalan oleh Gabenor Cuomo.

Menerusi liputan media di seluruh dunia, lampu-lampu Bangunan Empire State telah menjadi isyarat bagi mengingatkan kita bahawa kita semua menempuh cabaran ini bersama-sama.

"Di Amerika Syarikat, India, Australia dan China sahaja, lampu-lampu Bangunan Empire State telah menghasilkan lebih daripada 33 bilion impresi semasa perjuangan memerangi pandemik ini," kata Anthony E. Malkin, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi Empire State Realty Trust. "Bangunan Empire State merupakan gambaran tulen Bandar Raya New York dan Negeri New York kepada dunia."

Beliau menyambung, "Kami meraikan komitmen peribadi semua penggerak balas pertama dan kepimpinan medan tempur pegawai-pegawai Negeri New York dan Bandar Raya New York bersama penduduk New York yang telah membawa kami ke tahap yang membolehkan Bandar kami dapat kembali beroperasi. Kami tidak sabar-sabar untuk berkongsi New York bersama penduduk New York, negara ini dan seluruh dunia apabila kami membuka semula Balai Cerap kami yang terkenal di dunia."

Bangunan ini bersinar dengan lampu putih terkenalnya pada malam-malam apabila pemancaran cahaya untuk sesebuah organisasi atau percutian tidak dijadualkan. Sehingga pandemik COVID-19 berakhir, penghormatan berkilauan selama lima minit pada setiap jam oleh Bangunan Empire State kepada penggerak balas pertama yang masih berada di barisan hadapan dan kegelapan selama lima minit bagi memperingati mereka yang telah terkorban yang menyusuli kilauan jam 9 malam, akan diteruskan. Untuk maklumat lanjut mengenai lampu menara bangunan ini, kunjungi kalendar pemancaran cahaya di laman sesawang Bangunan Empire State untuk jadual penuh kami.

Latar Belakang Bangunan Empire State
Tersergam setinggi 1,454 kaki di Midtown Manhattan (dari tapak ke antena), Bangunan Empire State, yang dimiliki oleh Empire State Realty Trust, Inc., merupakan "Bangunan Paling Terkenal di Dunia." Dengan pelaburan baharu yang dibuat dalam kecekapan tenaga, prasarana, kawasan awam dan kemudahan, Bangunan Empire State telah menarik minat penyewa kelas pertama daripada pelbagai industri dari seluruh dunia. Bangunan Empire State dinamakan sebagai destinasi perjalanan yang paling popular di dunia dalam satu kajian yang dijalankan oleh Uber dan dipilih sebagai bangunan kegemaran Amerika dalam satu tinjauan yang dijalankan oleh Institut Arkitek Amerika. Untuk maklumat lanjut tentang Bangunan Empire State, sila kunjungi www.empirestatebuilding.com, www.facebook.com/empirestatebuilding, https://twitter.com/empirestatebldg, www.instagram.com/empirestatebldg, http://weibo.com/empirestatebuilding, www.youtube.com/esbnyc, https://www.tiktok.com/@empirestatebldg atau www.pinterest.com/empirestatebldg.

Latar Belakang Empire State Realty Trust  
Empire State Realty Trust, Inc. (NYSE: ESRT), dana pelaburan hartanah (REIT) yang terkemuka memiliki, mengurus, mengendali, mengambil alih dan menetapkan semula kedudukan hartanah pejabat dan perniagaan di Manhattan dan kawasan sekitar metropolitan New York, termasuk Bangunan Empire State, "Bangunan Paling Terkenal di Dunia." Beribu pejabat di New York, New York, portfolio pejabat dan perniagaan Syarikat meliputi 10.1 juta kaki persegi kawasan boleh sewa, setakat 31 Mac 2020, mencakupi 9.4 juta kaki persegi kawasan boleh sewa di 14 hartanah pejabat, termasuk sembilan di Manhattan, tiga di Fairfield County, Connecticut dan dua di Westchester County, New York; serta kira-kira 700,000 kaki persegi kawasan boleh sewa dalam portfolio perniagaan.

Source: Empire State Realty Trust, Inc.
Related Stocks:
NYSE:ESRT
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Commercial Real Estate Real Estate