omniture

Russell Reynolds Associates Ambil Amy Scissons Pimpin Usaha Pemasaran Global Firma

Russell Reynolds Associates
2020-06-10 21:37 148

NEW YORK, 10 Jun 2020 /PRNewswire/ -- Russell Reynolds Associates, sebuah firma khidmat nasihat kepimpinan dan pencarian global, hari ini mengumumkan bahawa Amy Scissons telah menyertai firma berkenaan sebagai Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi baharunya. Beliau dipusatkan di New York dan juga berperanan sebagai ahli Jawatankuasa Operasi firma berkenaan.


"Kami gembira menerima Amy untuk menyertai pasukan kepimpinan kanan kami," kata Clarke Murphy, Ketua Pegawai Eksekutif Russell Reynolds Associates. "Kepakaran beliau memimpin merentas pelbagai industri dan wilayah amat sejajar dengan perniagaan kami. Beliau turut membawa rekod kejayaan yang luar biasa dalam memanfaatkan platform digital dan tradisional demi menyokong objektif-objektif pertumbuhan perniagaan."

Sebelum menyertai Russell Reynolds Associates, Scissons berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Pemasaran untuk wilayah antarabangsa Mercer, yang mana beliau memimpin operasi pemasaran di lebih 100 bandar dan 41 negara untuk firma perunding HR global. Kepakaran beliau termasuk strategi pemasaran bersepadu, penjanaan permintaan, pemasaran digital/ dipacu data bertumpu pelanggan dan memimpin pasukan yang berprestasi tinggi.

Scissons berkelulusan BA dalam bidang sejarah dan MBA daripada McGill University. Beliau juga berkelulusan Sijil dalam Perniagaan Antarabangsa daripada HEC Paris, pernah berucap sebagai pensyarah jemputan di ESADE Business School dan fasih dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Sepanyol dan Bahasa Perancis.

Latar Belakang Russell Reynolds Associates
Russell Reynolds Associates ialah sebuah firma khidmat nasihat kepimpinan dan pencarian global. Seramai lebih 470 perunding kami di 46 pejabat bekerjasama dengan pertubuhan awam, swasta dan bukan untung dalam seluruh industri dan wilayah. Kami membantu pelanggan kami membina pasukan yang terdiri daripada pemimpin yang membawa transformasi yang dapat menangani cabaran masa kini dan meramalkan trend digital, ekonomi serta politik yang membentuk semula persekitaran perniagaan global. Bermula dengan membantu pihak lembaga dengan struktur, budaya dan keberkesanan mereka kepada mengenal pasti, menilai dan menentukan kepimpinan terbaik untuk organisasi, pasukan kami membawa kepakaran mereka selama berdekad-dekad untuk membantu pelanggan menangani isu-isu kepimpinan mereka yang paling rumit. Kami wujud untuk memperbaiki cara dunia diterajui. www.russellreynolds.com

Hubungi:        
Emily Heinen
Russell Reynolds Associates
212-351-2194
emily.heinen@russellreynolds.com

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1177984/Russell_Reynolds_Associates.jpg  
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/491408/Russell_Reynolds_Associates_Logo.jpg  

Source: Russell Reynolds Associates
Keywords: Banking/Financial Service Workforce Management/Human Resources Personnel announcements