omniture

Swedish FMV Pilih Sistem Navigasi Quadrans iXblue Lengkapkan Armada Bot Berkelajuan Tingginya

iXblue
2020-06-11 15:07 484

SAINT-GERMAIN-EN-LAYE, Perancis, 11 Jun 2020 /PRNewswire/ -- Swedish Defence Materiel Administration (FMV) menandatangani satu kontrak dengan syarikat navigasi iXblue baru-baru ini untuk sehingga 172 girokompas Quadrans berasaskan FOG. Dihantar dalam jangka masa 4 tahun, sistem navigasi Quadrans akan melengkapkan armada bot berkelajuan tinggi Tentera Laut Sweden, terutamanya bot tempur CB90.

Combat boats CB90 – Swedish Navy
Combat boats CB90 – Swedish Navy

"FMV tercari-cari girokompas tanpa penyelenggaraan dan berprestasi tinggi yang baharu untuk penaiktarafan armada bot berkelajuan tinggi mereka. Teknologi Giroskop Gentian-Optik (FOG) kami yang tidak mempunyai komponen bergerak dan menawarkan keandalan luar biasa, dikenal pasti sebagai penyelesaian ideal untuk mengekalkan kos penyelenggaraan yang rendah," ujar David Cunningham, Pengarah Komersial di iXblue. "Satu lagi aspek utama ialah prestasi yang dibawakan oleh girokompas ini. Bot CB90 sememangnya merupakan bot yang amat pantas dan memerlukan data arah tuju dan atitud yang paling andal dan tepat untuk mengemudi dengan selamat. Sistem Navigasi Inersia Marins Series kami yang telahpun menawarkan perkhidmatan pada kapal selam kelas-Gotland serta MCMV Kelas Koster, manakala girokompas Quadrans kami yang turut melengkapi bot-bot permukaan lain dalam armada Tentera Laut Sweden, FMV sudahpun biasa dengan prestasi tinggi yang dibawakan oleh sistem kami dan mengetahui bahawa Quadrans memenuhi keperluan khusus yang diperlukan untuk CB90."

Dibangunkan sekitar teknologi Giroskop Gentian-Optik yang dipelopori oleh iXblue, girokompas Quadrans sememangnya merupakan sistem keadaan-pepejal dan pemaut-bawah (strap-down), yang menyediakan data arah tuju dan atitud yang sangat tepat serta amat sesuai untuk prestasi tinggi pada kelajuan tinggi dan dalam persekitaran mencabar seperti lokasi menolak GNSS. Kompak, ringan dan dengan penggunaan kuasa yang rendah, Girokompas Quadrans mudah dipasang pada bot bersaiz kecil, manakala seni bina terbukanya menjamin pengantaramukaan lancar dengan semua sistem GNSS utama serta perisian navigasi pihak ketiga.

"Kami amat bangga dengan lambang keyakinan baharu ini terhadap girokompas Quadrans dan teknologi FOG kami," sambung David Cunningham. "Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Swedish Defence Materiel Administration atas kepercayaan berterusan mereka dan perkongsian yang telah lama terjalin serta mengharapkan kolaborasi akan datang kami bersama mereka."

Latar Belakang iXblue

iXblue ialah sebuah syarikat berteknologi tinggi global yang mengkhusus dalam reka bentuk dan pembuatan teknologi marin, fotonik dan autonomi yang canggih. Kepakaran dalaman kumpulan ini melibatkan sistem dan penyelesaian inovatif yang dikhususkan untuk navigasi inersia, penentududukan bawah laut, pengimejan dalam air serta pembinaan kapal dan ujian & simulasi. iXblue menyokong pelanggan Awam dan Pertahanan bagi menjalankan operasi lautan, darat dan angkasa mereka dengan tahap keselamatan, kecekapan serta keandalan maksimum dan menjalankan perniagaannya di lebih 60 negara. www.ixblue.com

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1176887/Combat_boats_CB90_Swedish_Navy.jpg  
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/1176888/iXblue_Logo.jpg

 

Source: iXblue
Related Links:
Keywords: Aerospace/Defense Computer/Electronics Maritime/Shipbuilding Transportation Contracts STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)