omniture

Warisan Kepakaran. Masa Depan Jualan: Syarikat-syarikat Latihan Jualan Global Richardson & Sales Performance International Jadi Richardson Sales Performance

Richardson Sales Performance
2020-06-12 00:32 464

PHILADELPHIA, 12 Jun 2020 /PRNewswire/ -- Richardson and Sales Performance International (SPI), peneraju bagi bidang latihan jualan dan peningkatan prestasi global, mengumumkan nama syarikat baharu mereka pada hari ini: Richardson Sales Performance. Hal ini susulan pengumuman yang dibuat pada lewat tahun 2019 bahawa kedua-dua syarikat akan bergabung di bawah hak milik Kartesia.

Selama lebih 40 tahun, kedua-dua syarikat telah bekerjasama dengan pelanggan untuk memacu hasil jualan melalui pembangunan kakitangan, proses dan teknologi. Sebagai sebuah syarikat, Richardson Sales Performance akan bekerjasama dengan organisasi-organisasi jualan yang terkemuka bagi mempermudah dan memenuhi keperluan pertumbuhan-jualan mereka melalui operasi pengurusan jualan mereka, keupayaan jualan bidang mereka serta data dan alatan yang dapat membantu pasukan mereka maju dan kekal berada di hadapan.

Dengan penyampaian didayakan digital bagi metodologi yang sudah terbukti serta kemahiran yang disokong oleh sains tingkah laku yang membantu mengembangkan syarikat-syarikat di seluruh dunia, Richardson Sales Performance baharu ini wujud bagi membantu organisasi-organisasi mencari laluan terbaik bagi mengatasi prestasi dengan menonjolkan potensi organisasi ini dengan kejelasan yang boleh diambil tindakan.

Kejelasan ini adalah lebih kritikal berbanding sebelum ini dalam persekitaran perniagaan global yang dicirikan oleh lingkungan pihak berkepentingan yang semakin berkembang dan persaingan semakin sengit, yang kedua-duanya mewujudkan kerumitan yang semakin bertambah untuk organisasi-organisasi jualan.

John Elsey, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Richardson Sales Performance, menjelaskan, "Kami membawa kaedah mudah tanpa mengorbankan kecanggihan dalam usaha kami untuk menyelesaikan persamaan pertumbuhan-jualan untuk organisasi-organisasi bertumpu pelanggan." Persamaan ini terdiri daripada komponen-komponen yang tangkas, analitik dan selaras dengan pembeli yang berfungsi bersama untuk mewujudkan metodologi penjualan terpiawai. Richardson Sales Performance menawarkan struktur ini bagi membantu golongan profesional jualan melaksanakan kemahiran dan strategi yang menggalakkan pertumbuhan. Pendekatan ini mengiktiraf bahawa organisasi-organisasi penjualan moden perlu mendapatkan daya tarikan segera sambil membangunkan prestasi lebih baik dalam tempoh jangka panjang.

Pasukan antarabangsa di Richardson Sales Performance teruja untuk membawa hasil ini dengan menerapkan amalan jualan yang cukup teguh untuk mendorong hasil dalam mana-mana pasaran walaupun berlaku perubahan yang berterusan. Keteguhan ini datangnya daripada penyesuaian kolaboratif yang memenuhi keperluan setiap organisasi melalui perkongsian bertumpu pertumbuhan dan pengesanan peningkatan prestasi jualan yang boleh diukur. Dengan ahli-ahli profesional yang ditempatkan di AS, Eropah dan Asia, Richardson Sales Performance terus menyokong pelanggan menerusi kehadiran globalnya.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Richardson Sales Performance, sila kunjungi kami secara dalam talian di https://www.richardson.com. Ikuti kami di Halaman LinkedIn Baharu kami.

Hubungan Media: Meghan Steiner, Naib Presiden Pemasaran — Meghan.Steiner@richardson.com

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/1178731/Richardson_Sales_Performance_Logo.jpg

Source: Richardson Sales Performance
Keywords: Banking/Financial Service Workforce Management/Human Resources