omniture

Panacea Biotec dan Refana Umum Kolaborasi Penting untuk Vaksin COVID-19

Panacea Biotec
2020-06-12 13:03 525

- Kolaborasi akan membolehkan pembangunan, pembuatan dan pengedaran global vaksin Calon COVID-19 

NEW DELHI, 12 Jun 2020 /PRNewswire/ -- Panacea Biotec memajukan tindak balasnya bagi menangani cabaran COVID-19 yang belum pernah terjadi sebelum ini dengan menjalin kerjasama dengan Refana Inc. AS untuk menjadikan vaksin COVID-19 boleh diakses secara meluas di seluruh dunia dengan cara yang saksama melalui syarikat Usaha Sama yang akan berpangkalan di Ireland.

Kolaborasi ini bertujuan untuk membawakan pesakit dengan vaksin berasaskan virus tak teraktif utuh untuk COVID-19. Menerusi kolaborasi ini, Panacea Biotec akan bertanggungjawab untuk pembangunan produk dan pembuatan komersial, dengan Usaha Sama ini menjalankan pembangunan klinikal dan penyerahan kawal selia di seluruh Dunia. Kedua-dua Panacea dan Refana akan melakukan penjualan dan pengedaran vaksin di wilayah masing-masing.

Dr. Rajesh Jain, Pengarah Urusan, Panacea Biotec, berkata, "Dunia memerlukan vaksin yang selamat, berkesan dan boleh diskala dalam kemudahan pembuatan mematuhi cGMP yang mempunyai kapasiti dan keupayaan yang besar untuk menampung permintaan global. Kolaborasi kami bersama Refana bertujuan untuk menghasilkan lebih 500 juta dos vaksin calon COVID-19 kami, dengan lebih 40 juta dos dijangka akan tersedia untuk dihantar pada awal tahun hadapan. Vaksin virus tak teraktif utuh mempunyai kebarangkalian keselamatan dan keberkesanan yang lebih tinggi, melihatkan sejarah panjang dan pemahaman yang lebih baik mengenai mekanisme tindakannya, yang telah dijelaskan selama berdekad-dekad. Vaksin ini berpotensi untuk menjadi Vaksin Pilihan bagi perjuangan global memerangi COVID-19. Kami percaya dan berharap agar vaksin kami akan membolehkan dunia kembali bekerja tanpa rasa takut secepat mungkin."

Dr Phillip Schwartz menyatakan, "Refana dan jaringan penyelidik dan pengamal saintifik antarabangsanya berdedikasi untuk mencari penyelesaian yang praktikal terhadap masalah perubatan global yang rumit dan mendesak ini. Kami bersyukur atas input yang kami perolehi daripada berpuluh-puluh saintis perubatan dan ahli epidemiologi dalam lebih daripada belasan negara menerusi kolaborasi seluruh dunia yang belum pernah terjadi sebelum ini bagi menghapuskan COVID-19. Perkongsian kami bersama Panacea Biotec membawa impian ini menjadi suatu kenyataan yang praktikal dengan keupayaan untuk menghasilkan 500 juta vaksin COVID-19 selama 12 bulan. Memanfaatkan model patogenesis virus terbukti dan pelaksanaan pelbagai kajian praklinikal dan klinikal yang selari, Refana percaya bahawa ia dapat mempercepatkan pembangunan vaksin dan proses kelulusan dengan ketara untuk pendekatan vaksin virus tak teraktif utuh yang teruji. Kami amat teruja untuk menggabungkan pendekatan ini dengan keupayaan teknologi, pembangunan dan pengeluaran Panacea Biotec yang bertaraf dunia."

Latar Belakang Panacea Biotec 

Panacea Biotec ialah kumpulan bioteknologi diterajui inovasi yang memberi tumpuan pada penemuan, pembangunan dan pengkomersialan ubat-ubatan preskripsi. Kemudahan-kemudahannya diberi kelayakan terlebih dahulu oleh WHO, diluluskan FDA AS dan mematuhi cGMP. Ia juga menjalankan pembangunan Vaksin Denggi Tetravalen baharu, vaksin Konjugat Pneumokokus antara program pembangunan ubat-ubatan berbeza yang lain.

Pada April 2019, India Resurgence Fund (IndiaRF), platform pelaburan berfokus India yang terkemuka, yang dipromosikan oleh Piramal Enterprises Limited dan Bain Capital Credit, mengumumkan pelaburan sehingga INR 992 Kror / US$ 144 Juta dalam Panacea Biotec.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi: www.panaceabiotec.com

Latar Belakang Refana 

Dr Schwartz ialah Ketua Saintifik dan penasihat Perubatan Refana Inc., serta pengasas dan juga presiden EnteraBio senaraian NASDAQ. Refana Inc., syarikat swasta yang berdaftar di Amerika Syarikat berdedikasi untuk mencari penyelesaian yang praktikal dan inovatif untuk masalah perubatan di dunia. Dengan memanfaatkan sistem sumber terbuka penyelidikan dan pembangunan yang amat kolaboratif Refana berupaya untuk menarik minat pemimpin-pemimpin dunia dalam bidang saintifik serta perubatan masing-masing untuk menyelesaikan masalah ini. Melalui model ini, Refana berharap dapat mempercepatkan dengan ketara proses pembangunan vaksin untuk Covid-19 dan membantu melindungi bukan sahaja kesihatan dunia, tetapi juga ekonomi serta kestabilan negara-negara yang berisiko.

Untuk maklumat lanjut mengenai Refana dan pengumuman ini, sila hubungi Debbie Fuller, Tel: +44-7494-636015, info@refana.com dan pr@refana.com

Untuk maklumat lanjut: 

Untuk Pelabur: 

Untuk Media: 

En. Devender Gupta

Ketua Pegawai Kewangan dan Ketua Teknologi Maklumat

Tel: + 91-11-41679000 Samb. 1225, 41578011 (Talian Terus)

Emel: devendergupta@panaceabiotec.com 

En. P.D. Karan
Naib Presiden Komunikasi Korporat & Pembangunan Perniagaan
Tel: + 91-11-4167900 Samb.1406
41578080 (Talian Terus)
Emel: pdkaran@panaceabiotec.com 

Logo: https://mma.prnewswire.com/media/1178902/Panacea_Biotec_Logo.jpg  

 

Source: Panacea Biotec
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical/Pharmaceuticals Joint ventures