omniture

Medicom Umum Kemudahan Pelitup Muka Kolmi-Hopen Kedua di Perancis

AMD Medicom Inc.
2020-06-12 19:45 506

MONTREAL, 12 Jun 2020 /PRNewswire/ -- Medicom Group, ("Medicom"), salah satu pengeluar yang terkemuka di dunia bagi pelitup muka pembedahan dan pernafasan, mengumumkan rancangan untuk membuka kemudahan pengeluaran pelitup muka kedua di Perancis. Kilang ini akan ditubuhkan sebagai Medicom Kolmi-Hopen Engineering dan akan membantu syarikat untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat di seluruh Eropah tatkala Medicom terus melabur di seluruh dunia bagi menjamin pengeluaran pelitup muka yang berhampiran pasaran akhir.

The Medicom Group is one of the world’s leading manufacturers and distributors of high-quality single-use infection control, patient care and preventive products. Medicom is dedicated to making the world safer and healthier by using carefully selected materials, state-of-the-art technology and continuous innovation to provide protection that healthcare professionals can count on.

Kolmi-Hopen ialah cabang Eropah bagi Medicom Group dan pengeluar yang terkemuka di Perancis bagi pelitup muka pembedahan dan pernafasan. Medicom mengambil alih kemudahan pengeluaran semasa di Saint-Barthelemy-d'Anjou berhampiran Angers pada tahun 2011 sebagai sebahagian daripada inisiatif strategik untuk mempelbagaikan pengeluaran pelitup muka di serata dunia.

Pada awal tahun ini, Presiden Perancis Emmanuel Macron melawat kilang Kolmi-Hopen dan mengambil peluang untuk mengesahkan kesediaan beliau bagi melindungi industri Perancis dan kebebasan rantaian bekalan peralatan perlindungan diri. Dengan 11 barisan baharu dan jadual pengeluaran yang dioptimumkan, pengeluaran pelitup muka di kedua-dua lokasi di Angers akan meningkat tiga kali ganda dalam tempoh lima bulan.

Dengan pembukaan kemudahan pengeluaran pelitup muka dan PPE kedua di Beaucouzé, juga berhampiran Angers, pada awal Julai ini, Medicom akan mempunyai kapasiti untuk memenuhi komitmennya terhadap pelanggan terdahulunya dan untuk bertindak balas kepada permintaan daripada pelbagai kerajaan Eropah.

Menyambung semula bekalan kepada pelanggan di luar Perancis

Awalnya, pengeluaran di kilang Medicom baharu di Beaucouzé akan dikhususkan untuk pelanggan terdahulu syarikat, termasuk pelanggan di luar Perancis yang mana syarikat tidak dapat menawarkan perkhidmatan dan dalam masa yang sama menghormati permintaan yang diperintahkan oleh kerajaan Perancis. Berikutan penghapusan halangan perdagangan pada akhir Mei lalu, Kolmi-Hopen boleh menyambung semula pembekalan kepada pelanggan di 26 negara Eropah, selain di Kanada dan Hong Kong.

"Kami berbangga dengan perkongsian kami bersama Kerajaan Perancis yang bekerjasama dengan kami untuk meningkatkan kecekapan, meningkatkan output dan mengurangkan masa pengedaran peralatan yang kritikal buat petugas barisan hadapan," kata Pengurus Besar Kolmi-Hopen Gérald Heuliez. "Dengan kemajuan ini, dan penubuhan kilang pembuatan baharu pada Julai ini, kami akan dapat menyambung semula pembekalan kepada pelanggan dan pasaran lain."

Pengembangan global yang berterusan  

"Salah satu kekuatan utama kami ialah jejak pembuatan kami yang pelbagai di seluruh dunia dan kesediaan kami untuk melabur bagi mengatur pengeluaran tempatan seperti yang diumumkan baru-baru ini di Kanada, Singapura dan kini dengan kemudahan yang kedua di Perancis," ujar Ketua Pegawai Operasi Global Guillaume Laverdure.

Dengan kepakaran saintifik selama tiga dekad, rangkaian pembekal bahan mentah global yang luas serta sepuluh kemudahan pembuatan yang dikawal sepenuhnya, termasuk kemudahan-kemudahan yang dibuka atau diumumkan baru-baru ini di Kanada serta Singapura, Medicom berkedudukan unik untuk membantu memenuhi permintaan pesat produk-produk seperti pelitup muka semasa berlakunya krisis kesihatan seluruh dunia seperti pandemik coronavirus pada masa kini dan selanjutnya.

Latar Belakang Medicom 
Medicom Group ialah salah satu pengeluar dan pengedar yang terkemuka di dunia bagi produk pencegahan dan kawalan jangkitan sekali guna yang berkualiti tinggi untuk pasaran perubatan, pergigian, perindustrian, kesihatan haiwan, makmal, peruncitan serta kesihatan dan kesejahteraan. Medicom mengedarkan produk kawalan jangkitan di bawah jenama-jenama Medicom, Ritmed, Ocean Pacific, Kolmi dan Hopen serta di bawah jenama Hedy yang diambil alih baru-baru ini. Medicom beroperasi di bawah syarikat Kolmi-Hopen di Angers, Perancis, Medicom Asia di Hong Kong dan KHM Engineering di Singapura.

Medicom mempunyai pengalaman yang luas dalam memberi respons terhadap permintaan peralatan perlindungan diri semasa berlakunya pandemik. Medicom ditubuhkan pada tahun 1988 sebagai respons kepada keperluan segera terhadap sarung tangan perubatan untuk golongan profesional penjagaan kesihatan semasa berlakunya krisis HIV global. Sejak itu, syarikat telah menjadi pembekal yang andal bagi penyelesaian kawalan jangkitan semasa berlakunya pelbagai peristiwa wabak termasuk penyakit selesema burung, SARS, H1N1 dan Ebola.

Untuk maklumat lanjut mengenai Medicom dan portfolio penyelesaian kawalan jangkitan mereka yang komprehensif termasuk rangkaian luas pelitup muka perubatan, sila kunjungi Medicom.com

Untuk maklumat lanjut mengenai Kolmi-Hopen, sila kunjungi Kolmi-Hopen.

The Medicom Group is one of the world’s leading manufacturers and distributors of high-quality single-use infection control, patient care and preventive products. Medicom is dedicated to making the world safer and healthier by using carefully selected materials, state-of-the-art technology and continuous innovation to provide protection that healthcare professionals can count on.
The Medicom Group is one of the world’s leading manufacturers and distributors of high-quality single-use infection control, patient care and preventive products. Medicom is dedicated to making the world safer and healthier by using carefully selected materials, state-of-the-art technology and continuous innovation to provide protection that healthcare professionals can count on.

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/1178989/AMD_Medicom_Inc__Medicom_Announces_Second_Kolmi_Hopen_Mask_Facil.jpg
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/1178988/AMD_Medicom_Inc__Medicom_Announces_Second_Kolmi_Hopen_Mask_Facil.jpg

Source: AMD Medicom Inc.
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals New products/services Public Safety