omniture

Jeff Doyle Apstra Keluarkan Buku Intent-Based Networking for Dummies Pertama

Apstra
2020-06-15 16:00 324

Buku baharu sediakan pelan tindakan untuk syarikat-syarikat membangunkan kerangka seni bina perangkaian berasaskan hasrat, memperkasa organisasi-organisasi untuk mentransformasikan semua aspek rangkaian

MENLO PARK, California, 15 Jun 2020 /PRNewswire/ -- Jeff Doyle, Anggota Kakitangan Teknikal di Apstra, pelopor bagi perangkaian berasaskan hasrat dan syarikat perisian multinasional yang mengautomasikan rangkaina pusat data, hari ini menerbitkan buku Intent-Based Networking for Dummies pertama beliau. Buku ini menyediakan pelan tindakan untuk syarikat-syarikat membangunkan kerangka seni bina perangkaian berasaskan hasrat (IBN) dan memperkasa organisasi-organisasi untuk mentransformasikan seni bina serta operasi rangkaian dengan IBN.


"Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, perangkaian berasaskan hasrat telah menjadi istilah popular yang ingin dilaksanakan oleh banyak organisasi, namun hanya segelintir yang benar-benar memahaminya," kata Jeff Doyle, Anggota Kakitangan Teknikal di Apstra dan penulis Intent-Based Networking for Dummies. "Dengan buku ini, kami berusaha untuk memberi penerangan mengenai apa sebenarnya IBN, apa yang menjadikan suatu rangka tindakan yang kukuh bagi tujuan pelaksanaan dan sejauh mana teknologi sesuai dengan usaha transformasi digital seseorang."

Perangkaian berasaskan hasrat, yang dijelaskan oleh Doyle dalam buku beliau, merupakan unsur penting bagi mencapai kejayaan transformasi digital. Walau bagaimanapun, terlalu banyak orgrasnisai yang kekurangan sumber untuk memahami bagaimana untuk melaksanakan seni binanya dan memanfaatkan faedah-faedahnya bagi menyokong usaha transformasi digital. Bermula daripada keadaan penggunaan khusus kepada strategi pembangunan, buku ini menawarkan pandangan yang tiada tandingan untuk mentransformasikan dan mengendalikan rangkaian dengan menyokong perubahan yang pantas dan berskala, menjadikan rangkaian ini lebih autonomi sepanjang kitar hayatnya dan menyediakan pandangan yang terkini mengenai rangkaian.

"Organisasi-organisasi yang tidak menyesuaikan amalan operasi mereka adalah tiga kali lebih cenderung untuk gagal dalam transformasi perniagaan digital mereka," kata Mansour Karam, Presiden dan Pengasas Apstra. "Di Apstra, kami menyediakan pelanggan kami dengan sokongan yang diperlukan untuk menyelaraskan amalan operasi dan melaksanakan perangkaian berasaskan hasrat bagi mewujudkan rangkaian tangkas yang menggalakkan perubahan. Harapan kami adalah agar buku ini dapat melengkapkan semua jenis organisasi dengan pengetahuan yang diperlukan oleh mereka untuk mengambil langkah pertama ke arah transformasi ini."

Dengan pengalaman selama lebih 30 tahun mengkhusus dalam IBN, protokol penghalaan IP, dasar BGP yang rumit, SDN/NFV dan fabrik pusat data, Doyle telah mereka bentuk atau membantu dalam mereka bentuk rangkaian penyedia perkhidmatan IP dan IPv6 berskala besar di 26 negara merentas enam benua. Doyle berperanan sebagai penulis yang andal untuk perangkaian tentuan perisian, menulis buku-buku seperti CCIE Professional Development: Routing TCP/IP, Volumes I and II; OSPF and IS-IS: Choosing an IGP for Large-Scale Networks; dan Software-Defined Networking: Anatomy of OpenFlow.

Doyle membawa pembaca menyelami lebih mendalam terhadap realiti IBN. Topik-topik khusus termasuk:

  • Ciri-ciri asas perangkaian berasaskan hasrat
  • Merancang untuk seni bina perangkaian berasaskan hasrat yang berjaya
  • Mengekstrak pandangan yang boleh diambil tindakan dengan analitik berasaskan hasrat
  • Kepentingan pengautomatan dan pengesahan berterusan dalam operasi
  • Bagaimana untuk menggunakan seni bina rumit dengan pantas dan menjamin kejayaan mereka melangkaui fasa pelaksanaan

Apstra ialah syarikat perangkaian berasaskan hasrat yang terkemuka, membantu pelanggan mengurangkan masa untuk menyediakan perkhidmatan infrastruktur dengan andal sambil menangani cabaran operasi sebaik sahaja infrastruktur ini digunakan. Perkhidmatan IBN Apstra memudahkan rangkaian yang lebih mahir, berkesan kos dan tangkas, menjadikan sumber-sumber berharga tersedia untuk memberi tumpuan pada inisiatif perniagaan. Apstra dibina oleh arkitek dan pengendali, untuk arkitek dan pengendali.

Muat turun salinan Intent-Based Networking for Dummies, https://go.apstra.com/en/intent-based-networking-for-dummies. Ketahui lebih lanjut mengenai Apstra dan bagaimana untuk memanfaatkan perangkaian berasaskan hasrat, kunjungi apstra.com.

Latar Belakang Apstra, Inc
Apstra® ialah sebuah syarikat perisian multinasional yang menyediakan penyelesaian seragam untuk mengautomasikan seni bina serta operasi rangkaian pusat data. Produk khusus Apstra, AOS, memperkasa organisasi-organisasi untuk mengautomasikan semua aspek reka bentuk, pembinaan, penggunaan dan pengendalian rangkaian mereka, bagi membolehkan mereka membuat perubahan pada rangkaian mereka dengan cepat dan andal, di samping memanfaatkan modal insan dengan cekap dan membebaskan mereka daripada penjanjian mengikat vendor perkakasan. Organisasi-organisasi yang menggunakan AOS telah dapat melihat pengurangan sebanyak lebih 80 peratus dalam OpEx, peningkatan ketangkasan sebanyak 99 peratus dan peningkatan keandalan sebanyak lebih 70 peratus. AOS menggunakan analitik berasaskan hasrat termaju daripada Apstra untuk terus mengesahkan rangkaian, seraya menghapuskan kerumitan, kelemahan dan gangguan yang tercetus dalam rangkaian yang selamat dan berdaya tahan.

Apstra, ditubuhkan pada tahun 2014 oleh pemimpin-pemimpin industri perangkaian yang mantap dan terbukti David Cheriton, Mansour Karam dan Sasha Ratkovic, beribu pejabat di Menlo Park, California dengan pejabat-pejabat berada di seluruh dunia.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1178711/Apstra_Intent_Based_Networking_for_Dummies.jpg
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/1166841/Apstra_Logo.jpg

Source: Apstra
Related Links:
Keywords: Books Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Publishing/Information Service Retail Telecommunications New products/services