omniture

PlantSnap bawakan pengecaman tumbuhan ke Snapchat

PlantSnap, Inc.
2020-06-16 10:32 2566

TELLURIDE, Colorado, 16 Jun 2020 /PRNewswire/ -- PlantSnap, aplikasi pengecaman tumbuhan serta media sosial yang paling canggih, komprehensif dan tepat dari segi teknologi di dunia, diumumkan hari ini sebagai rakan kongsi baharu untuk platform Scan Snapchat, yang memberi pengalaman yang membantu, menggembirakan dan relevan melalui kamera Snapchat. Kini, pengguna Snapchat boleh mengenal pasti lebih 600,000 tumbuhan terus daripada Snapchat Camera.

Algoritma pembelajaran mesin PlantSnap kemudiannya akan menganalisis dan mengecam tumbuhan dan memaparkan serta merta nama tumbuhan tersebut pada skrin. Platform ini akan mula dilancarkan hari ini.

Alami Hebahan Berita Berbilang Saluran yang interaktif di sini:

https://www.multivu.com/players/English/8736351-plantsnap-plant-identification-app-announces-snapchat-scan-partnership/

"Penting untuk kita memahami bahawa kita merupakan sebahagian daripada alam semula jadi, bukan terpisah daripadanya dan menjadi tanggungjawab kita untuk melindungi dunia kita untuk generasi-generasi akan datang. Maka, kami mencipta instrumen yang menggalakkan orang ramai untuk berhenti dan menerokai keindahan dan keajaiban dunia yang kita diami ini," kata Eric Ralls, Pengasas/Ketua Pegawai Eksekutif PlantSnap. "Dengan membawa kembali orang ramai ke alam semula jadi melalui penggunaan teknologi, PlantSnap membantu golongan muda dan tua merasakan bahawa mereka merupakan bahagian penting daripada planet yang hebat ini. Kita bersama-sama dapat membantu dunia memahami bahawa kita merupakan penjaga Bumi, bukan pemiliknya."

PlantSnap bukan sahaja menghubungkan kembali orang ramai kepada alam semula jadi, tetapi turut mencipta pangkalan data tumbuhan yang memberi maklumat berguna kepada penggemar mahupun golongan profesional. PlantSnap diterjemahkan kepada 37 bahasa dan kini digunakan di lebih 200 negara setiap hari. Dengan lebih 620,000 tumbuhan yang kini terdapat dalam pangkalan data kami dan lebih 35 juta pemasangan setakat ini, PlantSnap telah menjadi aplikasi RUJUKAN buat tukang kebun, pendaki, pereka landskap, guru, pelajar, pencari dan sesiapa sahaja yang gemar menikmati alam semula jadi.

"Di PlantSnap, kami menghidupkan semula minat terhadap keindahan dan keajaiban alam semula jadi serta kehidupan tumbuhan luar biasa yang mengelilingi kita setiap hari, di samping memperkasa saintis dan peminat alam semula jadi dengan teknologi untuk menyenaraikan dan berkongsi penemuan mereka," kata Ralls. "Apa yang paling menarik mengenai integrasi PlantSnap ke dalam Snapchat ini adalah ia memberi kita peluang untuk berhubung dengan 229 juta pengguna aktif harian Snapchat, ramai antara mereka merupakan Gen Z, dengan harapan agar dapat menarik minat mereka terhadap tumbuhan sambil menerapkan rasa kasih dan hormat yang abadi ke dalam diri mereka terhadap alam semula jadi dan alam sekitar."

Foto tumbuhan yang diimbas dan hasil penamaan akan ditunjukkan dalam antara muka pengguna Snapchat, berserta pautan ke "Learn more" ("Ketahui lebih lanjut") mengenai tumbuhan ini melalui aplikasi PlantSnap.

Latar Belakang PlantSnap

Mengenal pasti serta merta semua jenis tumbuhan-tumbuhan: bunga, pokok, sukulen, cendawan, kaktus dan banyak lagi! PlantSnap ialah aplikasi pengecaman tumbuhan revolusioner daripada Earth.com yang dibina untuk membantu anda mengenal pasti serta merta tumbuh-tumbuhan dalam sekelip mata. Ia menyediakan pengguna dengan platform unik untuk menerokai alam semula jadi dalam kehidupan harian. Rata-rata lebih 500,000 gambar diambil dalam lebih 200 negara setiap hari, PlantSnap merupakan cara yang mudah untuk semua penduduk Bumi memainkan peranan bagi melindungi dan menyelamatkan alam sekitar hanya dengan mengambil gambar tumbuh-tumbuhan ke mana sahaja anda pergi.

 

Source: PlantSnap, Inc.
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Entertainment Environmental Products & Services Mobile Entertainment Telecommunications Broadcast feed announcements Licensing/marketing agreements