omniture

Perkenalkan PCT1 Daripada Xovis - Sensor Kiraan Penumpang Baharu untuk Pengangkutan Awam Dengan Teknologi 3D Dalaman Terbukti

Xovis
2020-06-16 23:57 357

ZOLLIKOFEN, Switzerland, 16 Jun 2020 /PRNewswire/ -- Xovis telah menggalas tugas untuk membawa kepakarannya ke dalam bidang pengangkutan awam. Kereta api yang padat jam 8 pagi dan platform yang lengang jam 10 malam. Menurut Xovis, apa yang seolah-olah dapat diurus dengan mudah melalui sedikit penambahbaikan terhadap sambungan, hakikatnya dikaitkan dengan perancangan yang rumit. Teknologi pengiraan penumpangnya mendayakan penetapan jadual waktu dan konsep trafik yang cekap pada masa depan.

The new Xovis PCT1 sensor for automatic passenger counting in public transportation (PRNewsfoto/Xovis)
The new Xovis PCT1 sensor for automatic passenger counting in public transportation (PRNewsfoto/Xovis)

Bagi pengendali pengangkutan awam, menghasilkan jadual waktu ialah salah satu tugas yang paling penting dan paling rumit. Dengan berbuat demikian, waktu operasi, masa antara sambungan dan laluan tidak boleh diubah sewenang-wenangnya, sebaliknya secara idealnya ia adalah berasaskan fakta.

Xovis telah banyak kali berhadapan dengan isu ini. Sejak tahun 2008, syarikat Switzerland ini telah meneroka bagaimana aliran orang ramai boleh dikira dan diukur. Ia telah membangunkan teknologi yang telah terbukti berjaya.

Christian Studer, Ketua Pegawai Produk di Xovis, menjelaskan: "Apabila menjalankan projek-projek di lapangan terbang, stesen kereta api, pusat membeli belah dan zon pejalan kaki, sambungan pengangkutan awam sering memainkan peranan utama. Lagipun, mengurus aliran orang ramai tidak berakhir pada platform. Tanpa teknologi yang andal, hampir mustahil untuk pengendali pengangkutan awam menilai dinamik pergerakan penumpang atau menukarkan aspek ini kepada data yang boleh digunakan."

Xovis PCT1 yang baru dibangunkan – sensor untuk pengiraan penumpang automatik – lantas disesuaikan khusus untuk sektor pengangkutan. Menggunakan PCT1, kini peluang untuk memanfaatkan kejituan yang ditawarkan oleh teknologi Xovis mungkin dapat diambil dalam sektor pengangkutan awam.

Christian Studer mengulas seperti yang berikut: "Sensor 3D kami telah digunakan di seluruh dunia dalam cabang yang paling pelbagai selama lebih satu dekad sehingga kini. Ini termasuk lapangan terbang dan penjual runcit, selain daripada stadium, hotel, bangunan pejabat dan festival, semuanya bergantung pada penyelesaian kami. Dalam pengangkutan awam, keperluannya serupa, namun syarat-syarat yang berkaitan dan standard yang terpakai berbeza. Oleh itu, kami menyesuaikan teknologi kami mengikut syarat-syarat ini dan menjadikannya sesuai digunakan pada kenderaan. Kini, kesemuanya telah dihimpunkan dalam PCT1 – sensor pengiraan penumpang pertama kami untuk kenderaan. Sensor ini memenuhi syarat-syarat dan standard ketat yang ditetapkan untuk digunakan dalam bas dan kereta api. Ujian persekitaran yang ketat kesemuanya telah lulus dengan cemerlang."

Pengiraan penumpang automatik hanyalah satu permulaan. Sebagaimana yang diulas oleh Studer: "Daripada pengalaman, kami sedia maklum bahawa jumlah orang ramai memberi gambaran asas mengenai apa yang perlu diusahakan. Walau bagaimanapun, penting untuk memahami tingkah laku orang ramai secara keseluruhan. Dalam pengangkutan awam, ini mungkin melibatkan bagaimana penumpang menaiki dan turun di hentian berbeza, bagaimana basikal atau kereta sorong diangkut atau topik mengenai kebolehcapaian untuk penumpang kurang upaya. Kaedah-kaedah pengumpulan data klasik yang mana tinjauan atau pemerhatian dibuat di lokasi adalah tidak tepat mahupun berkesan. Tibalah masanya untuk analisis penumpang mengambil langkah ke hadapan yang seterusnya ke arah pendigitan."

Klik di sini untuk berita lengkap: https://www.xovis.com/en/xovis-insights/detail/we-introduce-the-pct1-our-new-passenger-counting-sensor-for-public-transportation/ 

generated by system

Hubungi
Xovis
Industriestrasse 1
3052 Zollikofen
Switzerland
+41 32 342 04 70
info@xovis.com

Hubungan Media
Andreas Pernter
Pengarah Urusan Xovis Transportation
andreas.pernter@xovis.com

 

Xovis PDF
Xovis PDF

Source: Xovis
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Electronic Design Automation Transportation New products/services