omniture

Red Box lancar Penyelesaian Rakaman Pematuhan untuk Microsoft Teams

Red Box
2020-08-17 21:00 459

LONDON dan NEW YORK, 17 Ogos 2020 /PRNewswire/ -- Red Box, platform untuk suara yang terkemuka, hari ini mengumumkan ketersediaan umum penyelesaian Rakaman Pematuhan untuk Microsoft Teams.

Penyelesaian ini, yang dalam proses untuk diperakui sebagai sebahagian daripada program pensijilan rakan kongsi Compliance Recording ISV baharu Microsoft, akan menyokong organisasi dengan merakam, mendapatkan semula, pengarkiban dan pengekalan komunikasi Microsoft Teams yang selamat, lasak dan boleh dipertingkatkan dalam apa yang merupakan lanskap pengawalseliaan global yang mendesak.

Red Box akan menawarkan pilihan pelaksanaan yang fleksibel baik di awan mahupun di premis sesuai dengan pilihan pelanggan. Ia adalah lebih penting dari sebelum ini apabila industri terkawal, seperti perkhidmatan kewangan dan pusat hubungan, memikirkan semula strategi dan semakin berusaha untuk memanfaatkan peluang alat kolaborasi untuk menyokong kerja yang fleksibel dan di rumah, sambil kekal patuh.

Platform Red Box juga menyediakan API percuma dan terbuka, memberikan organisasi kawalan dan akses selamat kepada komunikasi Microsoft Teams yang dirakam untuk dimanfaatkan dalam alat dan aplikasi pilihan mereka, sama ada itu ialah platform Pengalaman Pelanggan, pengarkiban pematuhan atau penyelesaian pengesanan dan pemantauan penipuan.

Red Box ialah Rakan Kongsi Telefoni Pilihan untuk kecerdasan perbualan, sebahagian daripada Wawasan Perkhidmatan Pelanggan dan Wawasan Jualan Dynamics 365 yang membolehkan organisasi memanfaatkan set data yang banyak yang dirakam oleh Red Box dan menganalisa panggilan pada skala untuk meningkatkan prestasi jualan dan Pengalaman Pelanggan.

"Dengan ribuan pelanggan kami yang beroperasi dalam industri yang terkawal, penyelesaian Rakaman Pematuhan untuk Microsoft Teams ialah penyepaduan utama pada peta jalan sambungan kami," komen Pete Ellis, Ketua Pegawai Polisi Red Box. "Rakaman suara dan metadata berkualiti tinggi yang lasak dan selamat dan keluasan sambungan kami juga adalah teras kepada peyepaduan kami dengan Wawasan Perkhidmatan Pelanggan dan Wawasan Jualan Dynamics 365, dan rakan kongsi AI dan analitik lain kami, memberikan pelanggan dengan akses kepada set data yang banyak yang boleh ditukarkan menjadi wawasan yang dapat dilaksanakan."

Jun Pak, Pengurus Pemasaran Produk, Pasukan Kerja Moden dan Platform di Microsoft menambah, "Dengan penyepaduan antara Red Box, Teams dan Dynamic 365, organisasi boleh mendapat manfaat daripada rakaman lasak yang menangani keperluan pengawalseliaan, dan pada masa yang sama menjamin akses kepada audio dan metadata berkualiti tinggi untuk tujuan AI dan analitik."

Latar Belakang Red Box
Red Box ialah pakar suara khusus yang terkemuka, yang memberdayakan organisasi untuk merakam, mendapatkan dan menemukan nilai suara perusahaan. Dengan platform yang paling terbuka dan terhubung, kami merakam dan mentranskripsikan komunikasi suara dari lebih 85 sistem (legasi dan baharu), di seluruh perusahaan dan PKS global. Pelanggan kami mengekalkan kedaulatan data yang lengkap dan kami menghubungkannya dengan ekosistem rakan kongsi yang paling luas untuk memaksimumkan nilai data suara yang dirakam.

Bekerjasama dengan saluran penjual global kami, kami dipercayai oleh organisasi terkemuka di seluruh sektor kewangan, pusat hubungan, sektor kerajaan dan keselamatan awam (termasuk enam bank utama di dunia, 85% broker antara pengurus global, 1,700 pusat panggilan dan lebih daripada 80% pasukan polis UK) dan kami merakam dan mendapatkan berjuta-juta panggilan setiap hari untuk lebih daripada 3,500 pelanggan di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut layari www.redboxvoice.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/728408/Red_Box_logo.jpg?p=medium600

Untuk pertanyaan akhbar sila hubungi:
Clarity PR di +44(0)7813-581-513 | +44(0)7444-368-407
redbox@claritypr.com 

Source: Red Box
Keywords: Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Telecommunications VoIP New products/services