omniture

Empire State Building Melancarkan Pertandingan Foto Tahunan Kesembilan Dengan Hadiah Utama $5,000 dan Penerbangan FlyNYON

Empire State Realty Trust, Inc.
2020-09-12 05:10 443

Peraduan ini  juga akan dijalankan secara interaktif dengan pengundian awam untuk Pemenang Hadiah Utama

NEW YORK, 11 September 2020 /PRNewswire/ -- Balai Cerap Empire State Building (ESB) mengumumkan bahawa pertandingan foto tahunan kesembilannya akan dilancarkan hari ini, 10 September 2020. Jurugambar amatur dari seluruh Amerika Syarikat diminta untuk berkongsi gambar bangunan ikonik mereka yang terbaik untuk peluang mereka untuk mendapat kebanggaan dan Hadiah Utama. Buat pertama kalinya, pertandingan ini akan menjadi interaktif untuk pengikut dan peminat Empire State Building, kerana mereka memilih kiriman kegemaran mereka melalui esbphotocontest.com. Pemenang Hadiah Utama akan menerima $5,000 dan dua tiket penerbangan FlyNYON untuk merakam gambar udara tambahan dari Bangunan Terkenal di Dunia tersebut. Pemenang tempat kedua menerima $1,500 dan ESB akan memberikan $500 kepada lapan finalis tambahan.


Finalis akan dipilih dari lapan kategori baharu: (1) Kemasukan Umum, (2) Syot Telefon Pintar Terbaik, (3) Syot FlyNYON Terbaik, (4) Photoshop/Edit Terbaik, (5) Syot Cuaca Terbaik, (6) Syot Kuarantin Terbaik , (7) Syot Paparan Terbaik dan (8) Syot Potret Terbaik. Peminat boleh menghantar foto pilihan mereka di www.esbphotocontest.com sehingga 5 November 2020.

"Empire State Building dengan bangga berdiri sebagai pusat New York, "kata Jean-Yves Ghazi, Presiden Balai Cerap. "Sebagai subjek kegemaran jurugambar dari seluruh dunia, kami amat bangga dengan kiriman yang kami terima setiap tahun. Bakat peminat kami tidak ada tandingannya dan kami tidak sabar untuk melihat banyak cara mereka meraikan Empire State Building yang terkenal di dunia pada tahun kesembilan pertandingan."

Keindahan bangunan Art Deco klasik meningkat di sebalik kesibukan New York City ketika perniagaan kembali beroperasi seperti biasa. Dengan penyempurnaan pengubahsuaian berjumlah $165 juta pada bulan Disember 2019, keajaiban Pengalaman Balai Cerap dalaman kini sepadan dengan luaran, dengan saat-saat yang dapat diingati seperti Model Bangunan setinggi 25 kaki yang duduk di atas Grand Staircase, muzium dua tingkat seluas 10,000 kaki persegi, Balai Cerap di tinkat 86 yang terkenal di dunia dan permata mahkota, Balai Cerap tingkat 102 dengan tingkap-tingkap besar dan pemandangan yang tiada tandingannya.

Peraduan ditutup pada 5 November 2020. Peserta mestilah berumur lebih dari 18 tahun dan merupakan penduduk sah Amerika Syarikat. Foto pemenang tahun lalu boleh didapati melalui pautan ini. Untuk peraturan peraduan rasmi dan maklumat tambahan tentang peraduan foto, sila layari www.esbphotocontest.com

Tentang Empire State Building
Berdiri setinggi 1,454 kaki di atas Midtown Manhattan (dari tapak ke bahagian atas antena), Empire State Building, yang dimiliki oleh Empire State Realty Trust, Inc., adalah "Bangunan Paling Terkenal di Dunia." Dengan pelaburan baharu dalam kecekapan tenaga, infrastruktur, kawasan awam dan kemudahan, Empire State Building telah menarik penyewa kelas atasan dalam pelbagai industri dari seluruh dunia. Empire State Building telah dinobatkan sebagai destinasi pelancongan paling popular di dunia dalam kajian yang dilakukan oleh Uber dan dinobatkan sebagai bangunan kegemaran Amerika dalam tinjauan yang dijalankan oleh American Institute of Architects. Untuk maklumat lebih lanjut tentang Empire State Building, sila layari www.empirestatebuilding.com, www.facebook.com/empirestatebuilding, https://twitter.com/empirestatebldg, www.instagram.com/empirestatebldg , http://weibo.com/empirestatebuilding, www.youtube.com/esbnyc, https://www.tiktok.com/@empirestatebldg, atau www.pinterest.com/empirestatebldg.

Tentang Empire State Realty Trust
Empire State Realty Trust, Inc. (NYSE: ESRT), amanah pelaburan hartanah (REIT) terkemuka, memiliki, mengurus, mengendali, memperoleh dan mengambil alih hartanah pejabat dan runcit di Manhattan dan kawasan metropolitan New York yang lebih besar, termasuk Empire State Building, "Bangunan Paling Terkenal di Dunia." Beribu pejabat di New York, pejabat dan portfolio runcit Syarikat meliputi 10.1 juta kaki persegi yang boleh disewa, pada  30 Jun 2020  yang terdiri daripada 9.4 juta kaki persegi yang boleh disewa di 14 hartanah pejabat, termasuk sembilan di Manhattan, tiga di Fairfield County, Connecticut dan dua di Westchester County, New York; dan kira-kira 700,000 kaki persegi yang boleh disewa dalam portfolio runcit. 


 

 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1252247/empire_state_building___photo_contest_winner_19.jpg?p=medium600

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1252248/esb.jpg?p=medium600

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/479871/Empire_State_Realty_Trust_Inc_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Empire State Realty Trust, Inc.
Related Stocks:
NYSE:ESRT
Related Links:
Keywords: Art Computer/Electronics Entertainment Social Media Travel Future Events