omniture

Oracle Terpilih Sebagai Penyedia Awan Selamat Bagi TikTok

Oracle
2020-09-21 20:50 247

Oracle mengambil alih sebanyak 12.5 peratus pegangan dalam TikTok Global

REDWOOD SHORES, California, 21 September 2020 /PRNewswire/ -- Oracle Corporation (NYSE: ORCL) hari ini mengumumkan bahawa ia telah dipilih untuk menjadi penyedia teknologi awan selamat bagi TikTok.  Keputusan teknikal oleh TikTok ini sangat dipengaruhi oleh kejayaan Zoom baru-baru ini dalam memindahkan sebahagian besar kapasiti persidangan videonya ke Oracle Public Cloud.

"TikTok memilih infrastruktur Cloud Generasi 2 Oracle yang baharu kerana ia jauh lebih pantas, lebih dipercayai dan lebih selamat berbanding teknologi generasi pertama yang kini ditawarkan oleh semua penyedia awan utama yang lain," kata Ketua Pegawai Teknologi Oracle, Larry Ellison. "Dalam tinjauan tahun 2020 CloudPath Industri yang telah dilancarkan oleh IDC baru-baru ini di mana ia meninjau 935 pelanggan Infrastruktur sebagai Perkhidmatan (IaaS) atas kepuasan mereka dengan vendor IaaS utama termasuk Oracle, Amazon Web Services, Microsoft, IBM dan Google Cloud .... Oracle IaaS mendapat skor kepuasan tertinggi." 

"Sebagai sebahagian daripada perjanjian ini, TikTok akan menggunakan platform Oracle Cloud dan Oracle akan menjadi pelabur minoriti dalam TikTok Global," kata CEO Oracle Safra Catz. "Oracle akan dengan cepat mengguna pakai, membuat skala cepat dan mengoperasikan sistem TikTok dalam Oracle Cloud. Kami seratus peratus yakin dengan kemampuan kami untuk menyampaikan persekitaran yang sangat selamat kepada TikTok dan memastikan privasi data kepada pengguna TikTok Amerika dan pengguna di seluruh dunia. Keselamatan dan privasi yang dijamin ini akan meningkatkan pertumbuhan pesat komuniti pengguna TikTok untuk memberi manfaat kepada semua pemegang taruh."

Berdasarkan pengalaman selama puluhan tahun dalam menjamin keselamatan data paling sensitif di dunia, awan Oracle Generasi 2 dibangunkan dari awal hingga sepenuhnya mengasingkan aplikasi yang sedang berjalan dan bertindak balas secara automatik terhadap ancaman keselamatan.  Oracle akan menggabungkan teknologi awannya yang selamat dengan tinjauan, pemantauan dan pengauditan kod yang berterusan untuk memberikan jaminan yang belum pernah dilakukan sebelumnya bahawa data pengguna TikTok A.S. adalah peribadi dan selamat.

Tentang Oracle
Oracle Cloud menawarkan rangkaian lengkap aplikasi terpadu untuk Jualan, Perkhidmatan, Pemasaran, Sumber Manusia, Kewangan, Rantaian Bekalan dan Pembuatan, serta Infrastruktur Generasi 2 yang Sangat Automatik dan Selamat yang menampilkan Pangkalan Data Autonomi Oracle. Untuk maklumat lanjut tentang Oracle (NYSE: ORCL), sila layari www.oracle.com.

Cap dagangan
Oracle and Java adalah cap dagangan berdaftar Oracle dan/atau sekutunya. Nama-nama lain mungkin merupakan cap dagangan pemiliknya masing-masing.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/467598/Oracle_Logo.jpg?p=medium600

Source: Oracle
Related Stocks:
NYSE:ORCL
Related Links:
Keywords: Advertising Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Workforce Management/Human Resources Licensing/marketing agreements