omniture

Finastra membantu mentakrifkan semula masa depan kewangan untuk menyelamatkan berjuta-juta nyawa di seluruh dunia

Finastra
2020-09-23 21:27 366

Teknologi dan ekosistem untuk menangani cabaran penglibatan kewangan, termasuk perbankan bagi mereka yang tidak memiliki akaun bank dan menutup jurang kewangan perdagangan PKS

SINGAPURA, 23 September 2020 /PRNewswire/ -- Finastra telah mengumumkan rancangan berkaitan berbagai inisiatif yang akan memungkinkan pelanggannya mempercepat perubahan dan juga menghasilkan kesan positif kepada berjuta-juta orang di seluruh dunia. Langkah tersebut adalah sebahagian daripada strategi inovasi dan strategi platform awan terbuka syarikat.

Melalui teknologi dan kolaborasi, Finastra dan para pelanggannya akan memberikan kesan positif terhadap lebih daripada sembilan juta nyawa di seluruh dunia, dengan bidang fokus utama di rantau Asia Pasifik untuk merangkumi:

  • Membawa penglibatan kewangan ke pasaran membangun 
    • Yoma Bank: Dengan menggunakan penyelesaian Finastra, Yoma Bank menjadi bank pertama di Myanmar yang melancarkan sistem pembukaan akaun dalam talian. Di negara di mana hanya 25% penduduk memiliki akaun bank, Yoma Bank dengan cepat meningkatkan jumlah pelanggannya, memberikan lebih ramai orang mendapat akses ke perkhidmatan perbankan untuk pertama kalinya. Sejak melancarkan proses pembukaan akaun dalam taliannya, Yoma Bank telah dapat memberikan ribuan pelanggan baru akses dengan cepat dan selamat ke akaun peribadi mereka melalui pelbagai saluran - dengan cepat memperoleh reputasi sebagai pelopor dalam sektor perkhidmatan kewangan di Myanmar.
    • IFIC Bank: Di Bangladesh, kurang daripada sepertiga penduduk mempunyai akaun bank. Melihat peluang untuk membawa kemasukan kewangan kepada berjuta-juta orang, IFIC Bank berusaha mengubah keseluruhan model operasinya dari luar dan dalam - berkembang menjadi bank yang memfokuskan pelanggan dan membezakan dirinya dengan produk dan perkhidmatan inovatif, yang tersedia di cawangan dan melalui saluran digital baharu. Dengan menggunakan penyelesaian Finastra, IFIC Bank mensasarkan untuk membawa perkhidmatan perbankan kepada 100,000 warga Bangladesh yang tidak memiliki akaun bank dalam tempoh dua tahun yang akan datang.
    • TONIK: Filipina ialah salah sebuah negara yang mempunyai kadar pemilikan akaun bank terendah di rantau ini, dengan 70% penduduk tidak menggunakan bank. Sebagai bank digital berlesen dalam talian pertama di Asia Tenggara, TONIK sedang membangunkan kemampuan perbankan terasnya dari hujung ke hujung yang lengkap berdasarkan penyelesaian Finastra, yang membolehkan TONIK menawarkan akses mudah kepada perkhidmatan perbankan. Dikuasakan oleh Finastra, TONIK mensasarkan untuk menyediakan laluan ke perbankan bagi mereka yang tidak pernah berpeluang membuka akaun dan berharap dapat menarik lebih daripada satu juta orang dalam tempoh lima tahun setelah dilancarkan pada tahun 2020.
  • Menutup jurang kewangan perdagangan– Bank Pembangunan Asia (ADB) menganggarkan bahawa syarikat-syarikat PKS sedang menghadapi jurang kewangan perdagangan global sebanyak AS$1.5 trilion. Masalah ini amat membimbangkan di Asia, di mana banyak perniagaan bergantung kepada wang tunai dan oleh itu tidak dapat menunjukkan kelayakan kredit mereka kepada pemberi pinjaman tradisional. Masalah ini telah diburukkan lagi oleh pandemik global yang sedang melanda. Sebagai tindak balas, Finastra telah bekerjasama denganMastercard dan ADB untuk membantu membina laluan digital baharu untuk memberi kredit kepada pemborong. Melalui penerapan teknologi, program ini bertujuan untuk membantu syarikat PKS mendigitalkan perdagangan, sehingga lebih mudah bagi mereka untuk turut serta dalam rantaian bekalan global. Program ini akan dimulakan di Indonesia dengan 500 peruncit dan bertujuan untuk membangunkan 5,000 peruncit pada akhir S1 tahun 2021.

Untuk inisiatif dan projek global yang lain, sila klik di sini.

Wissam Khoury, Ketua Antarabangsa di Finastra, mengatakan, "Pandemik ini telah membawa masa depan lebih jauh ke depan, mendorong peningkatan permintaan untuk transformasi digital di sektor perkhidmatan kewangan. Kami komited untuk membantu para pelanggan mempercepatkan perubahan ini melalui teknologi dan ekosistem kami. Ini juga merupakan saat penting di mana kita berpeluang mentakrifkan semula kewangan untuk kebaikan dan mencipta penyelesaian baharu yang memberikan hasil yang lebih baik bagi masyarakat secara berpusat." 

Produk teknologi meluas Finastra yang merangkumi pinjaman, pembayaran, perbendaharaan dan perbankan runcit mendorong inisiatif ini, di samping platform pembangun terbukaFusionFabric.cloud . Semua ini berteraskan rangkaian komprehensif pemahaman mendalam yang dipacu data untuk meningkatkan kecerdasan perniagaan; dan rangkaian perkhidmatan transformasi yang dibentuk untuk membantu para pelanggan maju dengan pesat menerusi perubahan.

Untuk mengetahui lebih lanjut, sertai siaran web APAC kami hari ini, 23 September jam 11 pagi SGT. Untuk mendaftar atau mengakses rakaman, sila layari:  https://www.finastra.com/financeforgoodlive 

Tentang Finastra
Finastra sedang membangun platform terbuka yang mempercepat kolaborasi dan inovasi dalam perkhidmatan kewangan, mewujudkan pengalaman yang lebih baik untuk orang ramai, perniagaan dan komuniti. Disokong oleh portfolio perisian perkhidmatan kewangan yang paling meluas dan mendalam, Finastra menyampaikan teknologi yang sangat penting ini kepada institusi kewangan pelbagai saiz di seluruh dunia, termasuk 90 daripada 100 bank utama di dunia. Pendekatan seni bina terbuka kami mengumpulkan sebahagian besar rakan kongsi dan inovator. Bersama-sama kita memimpin bagaimana cara aplikasi ditulis, diuruskan dan digunakan dalam perkhidmatan kewangan untuk berkembang dengan perubahan dalam keperluan pelanggan.
Ketahui lebih lanjut di finastra.com  

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/967510/Finastra_Logo.jpg?p=medium600

Source: Finastra
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics New products/services Financial Technology